Malcolm Turnbull

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
Malcolm Turnbull
AP
Malcolm Turnbull 2014.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
15 September 2015
Raja/Ratu Elizabeth II
Gabenor Jeneral Peter Cosgrove
Timbalan Warren Truss
Didahului oleh Tony Abbott

Penyandang
Tempoh jawatan 
14 September 2015
Timbalan Julie Bishop
Didahului oleh Tony Abbott
Tempoh jawatan
16 September 2008 – 1 Disember 2009
Timbalan Julie Bishop
Didahului oleh Brendan Nelson
Diganti oleh Tony Abbott

Tempoh jawatan
18 September 2013 – 14 September 2015
Perdana Menteri Tony Abbott
Didahului oleh Anthony Albanese
Diganti oleh Kosong

Tempoh jawatan
16 September 2008 – 1 Disember 2009
Timbalan Julie Bishop
Didahului oleh Brendan Nelson
Diganti oleh Tony Abbott

Tempoh jawatan
30 Januari 2007 – 3 Disember 2007
Perdana Menteri John Howard
Didahului oleh Ian Campbell
Diganti oleh Peter Garrett

Penyandang
Tempoh jawatan 
9 Oktober 2004
Didahului oleh Peter King

Lahir (1954-10-24) 24 Oktober 1954 (umur 62)
Sydney, Australia
Parti politik Parti Liberal
Sekutu politik
yang lain
Gabungan
Pasangan Lucy Hughes
Anak Alex
Daisy
Alma mater Universiti Sydney
Brasenose College, Oxford
Agama Roman Katolik[1]
Laman web malcolmturnbull.com.au

Malcolm Bligh Turnbull (lahir 24 Oktober 1954) ialah ahli politik yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Australia dan Ketua Parti Liberal. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen untuk Wentworth pada tahun 2004.

Turnbull menghadiri Sydney Grammar School sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sydney dimana beliau menerima ijazah seni dan kemudian ijazah undang-undang. Beliau kemudiannya menghadiri Brasenose College, Oxford sebagai penerima biasiswa Rhodes di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil. Sebelum menyertai politik, Turnbull bekerja sebagai wartawan, peguam, pegawai bank pelaburan dan pemodal teroka. Pada tahun 1993, beliau menjadi Pengerusi Gerakan Republikan Australia, memegang jawatan itu sehingga tahun 2000.

Menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air untuk masa yang singkat dalam Kerajaan Howard pada tahun 2007, Turnbull dilantik sebagai Ketua Parti Liberal pada bulan September 2008, menjadikannya Ketua Pembangkang. Pada bulan November 2009, sokongannya terhadap Skim Pengurangan Pencemaran Karbon yang dicadangkan oleh Kerajaan Parti Buruh memecah belahkan Parti Liberal. Dalam satu pengundian pada bulan berikutnya, Turnbull kehilangan kepimpinan kepada Tony Abbott dengan satu undi. Pada awalnya bercadang untuk meninggalkan politik, Turnbull kekal sebagai seorang AP dan kemudiannya menjadi Menteri Komunikasi dalam Kerajaan Abbott pada bulan September 2013.

Pada bulan September 2015, Turnbull mencabar Abbott untuk kepimpinan Liberal dan memenangi undian berikutnya dengan 54 undi berbanding Abbott 44. Beliau menggantikan Tony Abbott sebagai Perdana Menteri ke-29 Australia selepas dilantik oleh Gabenor Jeneral, Sir Peter Cosgrove.[2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Malcolm Turnbull dilahirkan di Sydney, New South Wales pada 24 Oktober 1954 kepada Bruce Bligh Turnbull dan Coral Magnolia Lansbury. Salah seorang daripada moyang sebelah ibunya dan neneknya May (née Morle) dilahirkan di England.[4][5] Bapanya merupakan seorang broker hotel, ibunya merupakan seorang pelakon radio, penulis, ahli akademik dan sepupu jarak jauh pelakon British, Angela Lansbury.[6] Mereka berpisah ketika Turnbull berumur sembilan tahun, dengan ibu Turnbull menuju ke New Zealand dan kemudiannya Amerika Syarikat.[7] Turnbull kemudiannya dibesarkan oleh bapanya.[8][9][10]

Turnbull menghabiskan tiga tahun pertama persekolahannya di Vaucluse Public School sebelum menyambung pendidikan rendah di bekas kampus Randwick[7] Sydney Grammar Prep.[11][12] Beliau kemudiannya menghadiri sekolah senior Sydney Grammar School di College Street, Sydney atas biasiswa separa.[7][12][13] Beliau merupakan kapten bersama sekolah senior pada tahun 1972, serta memenangi Pertandingan Pidato Lawrence Campbell dan cemerlang terutamanya dalm mata pelajaran sastera seperti Bahasa Inggeris dan Sejarah.[7][14] Walau bagaimanapun, berdasarkan beberapa sumber tertentu,[13] Turnbull bukanlah kapten semasa tahun menamatkan pengajian beliau di Sydney Grammar.[15] Pada tahun 1987, sempena mengingati ayahnya, beliau menubuhkan biasiswa cara-diuji Bruce Turnbull di Sydney Grammar yang menawarkan pembatalan yuran penuh untuk pelajar yang tidak mampu.[12]

Pada tahun 1973, Turnbull menghadiri Universiti Sydney dan menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (jurusan Sains Politik) pada tahun 1977 dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1978.[16][17] Semasa pengajiannya, beliau bekerja sebagai wartarwan politik untuk Nation Review, Radio 2SM dan Channel 9 meliputi politik negeri.[18]

Pada tahun 1978, Turnbull mendapat Biasiswa Rhodes[19] dan menghadiri Brasenose College, Oxford, dimana dia belajar untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil diantara tahun 1978 dan 1980, menamatkan pengajian dengan Kepujian. Semasa di Oxford, beliau bekerja untuk The Sunday Times serta menyumbang kepada surat khabar dan majalah di Amerika Syarikat dan Australia.[20]

Karier profesional[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pengajian dengan Kepujian dari Oxford, Turnbull kembali ke Australia dan mula bekerja sebagai seorang barrister. Beliau meninggalkan majlis peguam pada tahun 1983 untuk menjadi Peguam Am dan Setiausaha untuk Australian Consolidated Press Holdings Group, dari tahun 1983 sehingga 1985. Semasa tempoh ini, beliau mempertahankan Kerry Packer terhadap dakwaan "Goanna" yang dibuat oleh Costigan Commission.

Dengan kerjasama bersama Bruce McWilliam, beliau menubuhkan firma guamannya sendiri, Turnbull McWilliam pada tahun 1986. Pada tahun itu Turnbull, beliau mempertahanka Peter Wright, bekas agen MI5, yang menulis buku Spycatcher, dan berjaya menyekat percubaan Kerajaan British untuk menyekat penerbitan buku itu. Turnbull kemudiannya menulis buku mengenai perbicaraan itu.[21]

Pada tahun 1987, beliau menubuhkan sebuah firma perbankan pelaburan, Whitlam Turnbull & Co Ltd, dengan kerjasama bersama Neville Wran (bekas Perdana Menteri New South Wales) dan bekas Ketua Eksekutif State Bank of New South Wales, Nicholas Whitlam (anak kepada Gough Whitlam, bekas Perdana Menteri Australia dari Parti Buruh). Whitlam berpisah dengan yang lain pada tahun 1990 dan firma itu beroperasi sebagai Turnbull & Partners Ltd sejak itu sehingga tahun 1997, apabila Turnbull berpindah untuk menjadi pengarah urusan dan kemudian seorang rakan kongsi Goldman Sachs.

Turnbull merupakan pengarah FTR Holdings Ltd (1995–2004), pengerusi dan pengarah urusan Goldman Sachs Australia (1997–2001) dan rakan kongsi bersama Goldman Sachs and Co (1998–2001).

Pada tahun 1990an, Turnbull merupakan pengerusi Axiom Forest Resources, yang menjalankan pembalakan di Kepulauan Solomon dibawah nama dagangan Silvania Forest Products. Kerja selepas itu digambarkan oleh Biro Bantuan Pembangunan Antarabangsa Australia sebagai "operasi penebangan jelas", dan kemudiannya Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Solomon Mamaloni dilapor mengancam untuk menutup kerana "pelanggaran yang berterusan pembalakan", menurut satu artikel kritikal dalam Solomon Times.[22][23]

Turnbull menyelia perkembangan Pembekal Perkhidmatan Internet Australia, OzEmail dari tahun 1994 sehingga 1999 di mana satu tahap syarikat itu dijual kepada gergasi telekomunikasi MCI, Worldcom dan kepentingannya dilaporkan bernilai hampir AUD 60 juta. Pada tahun yang sama, beliau menggunakan syarikat perisian dan pelaburannya, FTR Holdings Ltd untuk mengambil kedudukan dalam beberapa perniagaan Internet termasuk WebCentral dan Chaos.com.[24]

Pada bulan Mei 2002, Turnbull muncul di hadapan Suruhanjaya Diraja HIH Insurance dan disoal mengenai penglibatan Goldman Sachs dalam kemungkinan penswastaan salah satu daripada pengambilalihan syarikat insurans yang runtuh. Laporan Pesuruhjaya Diraja tidak membuat sebarang penemuan buruk terhadapnya atau Goldman Sachs.[25]

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal politik[sunting | sunting sumber]

Turnbull pertama kali menunjukkan minat untuk memasuki Parlimen Australia pada tahun 1981. Beliau bertanding untuk pra pemilihan Parti Liberal untuk kerusi Wentworth di pinggir bandar timur Sydney semasa pilihan raya kecil Wentworth 1981; walau bagaimanapun, beliau kalah kepada Peter Coleman.[8] Beliau meninggalkan keahliannya dalam Parti Liberal pada tahun 1980an dan menyertai semula pada lewat tahun 2000.[26] Turnbull merupakan Bendahari Persekutuan Parti Liberal dan merupakan ahli persekutan parti itu dan Eksekutif New South Wales dari tahun 2002 sehingga 2003. Beliau juga merupakan pengarah Menzies Research Centre, pusat penyelidikan Parti Liberal.

Turnbull pada tahun 2005

Gerakan Republik Australia[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1993 sehingga 2000, Turnbull merupakan pengerusi Gerakan Republik Australia. Beliau adalah seorang perwakilan terpilih di dalam Konvensyen Perlembagaan Australia 1998 di Canberra pada bulan Februari.[27] Di Konvensyen itu, Turnbull memberi amaran terhadap mencampurkan peranan Presiden dan Perdana Menteri, menyokong sebuah Parlimen Republik dan menyokong pelantikan Bi-partisan model republik yang diterima pakai oleh Konvensyen.[28]

Turnbull aktif dalam kempen referendum 1999 yang tidak berjaya untuk menubuhkan republik Australia sebagai pengerusi Jawatakankuasa Ya. Beliau menerbitkan sebuah buku mengenai kempen ini, yang dipanggil Fighting for the Republic. Pada tahun 2000, Turnbull bersara sebagai pengerusi Gerakan Republik Australia. Turnbull meninggalkan lembaga Ausflag pada tahun 1994 selepas diminta untuk meletakkan jawatan dan pada tahun 2004 dia menyertai Persatuan Bendera Kebangsaan Australia.

Pilihan Raya Parlimen[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, Turnbull mengumumkan sekali lagi bahawa beliau memohon untuk bertanding satu kerusi parlimen. Pada awal tahun 2004, beliau memenangi satu lagi pertandingan hangat untuk Wentworth, mengalahkan Peter King. Selepas tidak dipilih, King bertanding untuk kerusi itu dalam pilihan raya 2004 sebagai calon bebas. Pertandingan untuk kerusi itu telah menjadi tiga penjuru diantara Turnbull, King dan calon Parti Buruh, David Patch. Semasa kempen itu, Turnbull menghabiskan lebih AUD 600,000 untuk berkempen.[29] Undi utama Liberal jatuh sepuluh peratus dan Turnbull menang.

Kerajaan Howard[sunting | sunting sumber]

Ketika mengumumkan rombakan kabinet pada 24 Januari 2006, Perdana Menteri, John Howard menaikkan Turnbull dari ke Setiausaha Parlimen dengan tanggungjawab khas untuk air ketika kemuncak kemarau Australia 2000an.[30] Dalam kapasiti baru ini, beliau melaporkan terus kepada Perdana Menteri. Pada 26 September 2006, Howard mengumumkan penubuhan dalam Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet, "Pejabat Sumber Air" baru untuk menangani masalah kemarau di Australia. Turnbull diberi tugas untuk menguruskan pejabat ini sehingga dia dinaik pangkatkan oleh Howard sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air pada bulan Januari 2007.

Dalam kedudukan beliau sebagai Menteri Alam Sekitar, Turnbull meluluskan cadangan Bell Bay Pulp Mill bernilai AUD1.7 bilion di utara Tasmania, berdekatan Launceston.[31] Kelulusan Turnbull untuk projek Bell Bay Pulp Mill oleh Gunns Ltd datang pada 4 Oktober 2007 dan diikuti laporan oleh ketua saintis Kerajaan, Jim Peacock atas kemungkinan impak alam sekitar oleh projek itu, yang memerlukan projek itu untuk menepati 48 syarat "ketat alam sekitar".

Pada bulan Februari 2007, Turnbull dikritik kerana menerima elaun kerajaan AUD175 semalam dan membayar kepada isterinya sebagai sewa semasa tinggal di rumah bandar miliknya di Canberra.

Semasa kempen pilihan raya 2007, Turnbull mengumumkan bahawa Kerajaan pada masa itu akan menyumbang AUD10 juta kepada penyiasatan sebuah teknologi Rusia yang belum dicuba bertujuan untuk mencetuskan hujan daripada atmosfera walaupun tiada awan. Perbadanan Hujan Australia membentang dokumen penyelidikan itu ditulis dalam Bahasa Rusia, dijelaskan oleh seorang penyelidik Rusia yang bercakap kepada pakar-pakar tempatan dalam Bahasa Rusia.[32] Walaupun Turnbull mendakwa Perbadanan Hujan Australia berpangkalan di Australia, siasatan mendedahkan bahawa ia 75 peratus dimiliki Switzerland. Ia juga didedahkan bahawa pihak berkepentingan dalam Perbadanan Hujan Australia, Matt Handbury, adalah anak saudara kepada Rupert Murdoch. Turnbull enggan menjawab soalan-soalan mengenali sumbangan Handbury kepada Forum Wentworth, organisasi mengumpul dana utama untuk kempen pilihan raya 2007 Turnbull.[32]

Pada tahun 2007, Turnbull menjanjikan bahawa kerajaan beliau, jika dipilih, akan memberikan manfaat kematian pasangan sama-seks dalam skim persaraan Komanwel, janji yang sama yang dibuat tiga tahun sebelum itu, semasa kempen pilihan raya persekutuan 2004.[33]

Pembangkang[sunting | sunting sumber]

Tanpa persaingan pilihan raya daripada bekas penyandang AP Peter King, seperti pada tahun 2004, Turnbull mengekalkan kerusinya semasa pilihan raya 2007. Perdana Menteri, Howard tewas kerusinya sendiri Bennelong, dan pada 25 November 2007, timbalan ketua Liberal, Peter Costello mengumumkan bahawa beliau tidak akan mendapatkan kempimpinan parti. Turnbull mengisytiharkan pencalonannya pada hari yang sama dan dianggap kegemaran ramai.[34] Beliau tewas kepada Brendan Nelson dengan 45 undi kepada 42. Nelson melantiknya sebagai Bendahari Bayangan.[35]

Ketua Pembangkang[sunting | sunting sumber]

Turnbull (tengah) bersama Helen Coonan (kiri) dan Julie Bishop (kanan) pada bulan Julai 2009.

Pada 16 September 2008, Turnbull dilantik sebagai ketua parti dengan 45 undi kepada 41. Pada bulan yang sama, beliau mengaku bahawa beliau pernah menghisap ganja ketika zaman mudanya, menjadikannya ketua Liberal pertama untuk membuat pengakuan seperti itu. Katanya, beliau kini berpendapat bahawa ia adalah idea yang sangat buruk kerana dadah boleh merosakkan. Pada awal tahun 2009, Turnbull melantik Chris Kenny, bekas kakitangan Downerdan wartawan Advertiser, sebagai ketua kakitangannya.

Pada bulan Mei 2009, Turnbull menyerang belanjawan persekutuan Australia 2009, khususnya ujian cara untuk rebat insurans kesihatan swasta.[36] Pada bulan berikutnya, Godwin Grech, seorang pegawai Perbendaharaan, mendakwa bahawa seorang peniaga kereta yang mempunyai kaitan dengan Parti Buruh telah menerima layanan istimewa di bawah program OzCar, mencetuskan 'Hubungan OzCar'. Pada hari itu, Turnbull menyatakan bahawa Perdana Menteri Rudd dan Bendahari, Wayne Swan telah "menggunakan sumber pejabat dan pembayar cukai mereka' untuk mendapatkan kelebihan untuk salah seorang daripada rakan-rakan mereka dan kemudian berbohong mengenainya kepada Parlimen" dan bahawa mereka perlu menjelaskan tindakan mereka atau meletakkan jawatan.[37] Pada 22 Jun, emel yang dihantar Grech kepada Parti Liberal untuk menyokong dakwaan ini telah didapati dipalsukan oleh Grech; kemudiannya diakui oleh Grech,[38] dan Pejabat Audit Negara Australia pada 4 Ogos membersihkan kedua-dua Rudd dan Swan daripada sebarang salah laku.[39] Pengendalian Turnbull terhadap Hubungan OzCar membawa kepada penurunan yang besar dalam penilaian kelulusan Parti Liberal dalam undian pendapat.[40]

Pada 24 November 2009, mesyuarat bilik parti telah diadakan untuk membincangkan cadangan Kerajaan Rudd iaitu Skim Pengurangan Pencemaran Carbon (CPRS). Turnbull mengarahkan partinya untuk menyokong CPRS walaupun perbezaan pendapat yang ketara dalam kalangan rakan-rakannya.[41] Terdapat juga cadangan bahawa beberapa Ahli Dewan Negara Liberal perlu mengundi untuk perdebatan "guillotine" dan memaksa undian segara Senat ke atas rang undang-undang CPRS. (Jika Senat menolak rang undang-undang, ini telah memberikan kerajaan satu pencetus pembubaran berganda.) Sebagai tindak balas pada hari berikutnya, AP Wilson Tuckey dan Dennis Jensen membuat "gerakan tumpahan" (untuk undi kepimpinan parti), tetapi ia dikalahkan dengan 48 undi kepada 35.[42] Walau bagaimanapun, pemberontakan itu berterusan;– ramai kerusi depan Liberal meletak jawatan daripada kabinet bayangan termasuk Tony Abbott.[43]

Pada 1 Disember 2009, satu gerakan tumpahan telah dijalankan. Turnbull tewas undian kepimpinan seterusnya kepada Abbott dengan 42 undi kepada 41 dalam pengundian kedua.[44]

Selepas kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Selepas undian kepimpinan, Turnbull berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Wentworth.[45] Pada 6 April 2010, beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula.[46] Walau bagaimanapun, pada 1 Mei 2010 beliau menukar semula keputusannya.[47]

Ketika pilihan raya persekutuan 2010, Turnbull dipilih semula[48] dan kemudiannya dibawa balik ke bangku depan sebagai menteri komunikasi bayangan.[49] Di Kuliah Alfred Deakin 2012 mengenai kebebasan digital[50] beliau bercakap kuat terhadap cadangan dua tahun undang-undang pengekalan data kerajaan Australia.[51]

Pada bulan Julai 2012, Turnbull dikritik kerana mengatakan bahawa kesatuan awam perlu diterima sebagai langkah pertama ke arah hak-hak penuh perkahwinan sejenis. Turnbull juga menyokong perkahwinan sejenis dan undi nurani untuk Ahli Parlimen Gabungan mengenai isu itu. Walau bagaimanapun, Tony Abbott tidak membenarkan undi nurani atas isu tersebut. Turnbull berkata negara-negara yang telah membenarkan perkahwinan sejenis seperti Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Kanada dan United Kingdom bermula dengan mempunyai kesatuan awam.[52]

Menteri Komunikasi[sunting | sunting sumber]

Turnbull ketika mesyuarat November 2014 International Telecommunication Union di Busan, Korea Selatan, sebagai Menteri Komunikasi

Pada Selasa 9 April 2013, Turnbull bersama-sama Tony Abbott mengumumkan racangan alternatif Rangkaian Jalur Lebar Kebangsaan (NBN).[53] Pada tahun 2014, Turnbull mengumumkan bahawa Laporan Vertigan, sebuah analisis faedah kos untuk menyediakan jalur lebar yang cepat ke serantau dan luar bandar Australia melalui tanpa wayar dan perkhidmatan satelit, mendedahkan bahawa ia akan menelan kos hampir AUD5 bilion dan dijangka untuk menghasilkan hanya AUD600 juta faedah ekonomi - pulangan sebanyak hanya 10 peratus. Walaupun kos ekonomi seperti berikut, Turnbull menyatakan bahawa subsidi jalur lebar ke kawasan serantau "mahal" tetapi berkata tidak ada pilihan lain.[54] Turnbull mengurus perjanjian diantara kerajaan, NBN Co dan Telstra pada bulan Disember 2014 dimana NBN Co memperolehi rangkain tembaga sepaksi hibrid serat (HFC) Telstra yang boleh digunakan untuk menyampaikan NBN. Selanjutnya, Telstra dan NBN Co akan bekerja bersama-sama dalam percubaan FTTN yang melibatkan 200,000 premis.[55]

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2015, satu usul tumpahan ke atas Tony Abbott dikalahkan dengan 61 undi kepada 39.[56] Turnbull dispekulasi akan mempertimbangkan untuk bertanding kepimpinan jika usul tumpahan berjaya.[57]

Pada 14 September 2015, Turnbull mengumumkan bahawa beliau akan mencabar Abbott untuk kepimpinan Parti Liberal serta sebagai pemimpin Gabungan Liberal-Kebangsaan dan Perdana Menteri. Beliau meletak jawatan daripada kabinet selepas itu.[58] Dalam undian berikutnya Ahli Parlimen Liberal, beliau menang dengan 54 undi berbanding 44.[59] Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-29 Australia pada 15 September.[2][60]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Turnbull dan isterinya, Lucy Turnbull, bekas Datuk Bandar Sydney, pada bulan Januari 2012

Turnbull berkahwin dengan ahli perniagaan dan bekas Datuk Bandar Sydney, Lucy Turnbull , née Hughes. Mereka berkahwin pada 22 Mac 1980 di Cumnor, Oxfordshire.[61] Mereka mempunyai dua orang anak, Alex dan Daisy.[62]

Pada tahun 2005, campuran nilai bersih Malcolm dan Lucy Turnbull dianggar AUD133 juta,[63] menjadikannya Ahli Parlimen Australia terkaya[64] sehingga pemilihan bilionair, Clive Palmer semasa Pilihan Raya 2013.[65][66]

Turnbull disenarai dalam BRW Rich 200 pada tahun 2010, dan walaupun jatuh daripada nombor 182 ke 197, nilai bersihnya dianggar AUD186 juta, dan beliau merupakan satu-satunya ahli politik yang disenaraikan.[67] Turnbull tidak disenaraikan dalam senarai tahun 2014 BRW Rich 200.[68]

Pangkat dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pangkat[sunting | sunting sumber]

  • 4 November 1957 – 9 Oktober 1994: Mr Malcolm Turnbull
  • 9 Oktober 2004 – 30 Januari 2007: Mr Malcolm Turnbull AP
  • 30 Januari 2007 – sekarang: Yang Berhormat Malcolm Turnbull AP

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pingat
  • Australia 1 Januari 2001 Pingat Centenary, Untuk perkhidmatan kepada sektor korporat.[69]

Kerja-kerja yang diterbitkan[sunting | sunting sumber]

Turnbull telah menulis beberapa buku mengenai perbahasan republik, serta pengalaman beliau semasa perbicaraan Spycatcher. Contoh ketara tulisannya termasuk:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malcolm Turnbull interview with Belinda Hawkins". ABC Australia. August 3, 2009. 
  2. ^ a b Malcolm Turnbull sworn in as Australia's 29th Prime Minister
  3. ^ (14 September 2015). "Malcolm Turnbull wins Liberal leadership ballot over Tony Abbott" – ABC News. Retrieved 14 September 2015.
  4. ^ Lansbury, Coral Magnolia (1929–1991)
  5. ^ "Will privilege drown his message?". The Sydney Morning Herald. 17 September 2008. 
  6. ^ Fowler, Glenn (4 April 1991). "obituary". New York Times. Dicapai pada 27 April 2010. 
  7. ^ a b c d Clune, Richard (1 March 2013). "GQ&A with Malcolm Turnbull". GQ. 
  8. ^ a b Ackland, Richard (17 October 2003). "A sureness that weakens Turnbull's case". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 10 September 2007. 
  9. ^ Lee, Sandra (3 December 2006). "A leader in waiting?". The Daily Telegraph. Dicapai pada 11 September 2007. 
  10. ^ "Turnbull battles for Wentworth". The 7.30 Report. ABC TV. 8 November 2006. Dicapai pada 9 November 2007. 
  11. ^ "Biography". Malcolm Turnbull MP. 
  12. ^ a b c "Panellist: Malcolm Turnbull". Q&A. Australian Broadcasting Corporation. 
  13. ^ a b Overington, Caroline; Madden, James (17 September 2008). "I'm no silvertail, says new leader Malcolm Turnbull". The Australian. 
  14. ^ Tovey, Josephine (16 December 2013). "HSC results: Malcolm Turnbull recalls the day he received his results as wait for NSW students is almost over". Turf Craft. 
  15. ^ McNicoll, D. D. (19 September 2008). "Dux-hunting season". The Australian. 
  16. ^ Fell, Liz (2011). "Malcolm Turnbull: A feisty interview with the Shadow Minister". Telecommunications Journal of Australia. 61 (1): 2.1–2.10. 
  17. ^ Andrews, Kirsten (16 September 2013). "University of Sydney welcomes alumni to Cabinet" (Press release). University of Sydney. 
  18. ^ "The rise and rise of Malcolm Turnbull". The Sydney Morning Herald. 16 September 2008. 
  19. ^ "Rhodes scholars". University of Sydney. 
  20. ^ Daley, Paul (21 September 2008). "Team Kevin rattled as Malcolm eyes the middle". The Age. Melbourne. Dicapai pada 27 April 2010. 
  21. ^ Ferguson, Sarah (25 August 2008). "My Brilliant Career" (transcript). Four Corners. ABC TV. Dicapai pada 10 September 2008. 
  22. ^ "A Former Logger Becomes Australian Federal Opposition Leader". Solomon Times. 21 September 2008. 
  23. ^ Randhawa, Sonia (26 September 2008). "Turnbull's logging background raises questions". ABC Radio Australia. Diarkibkan daripada original pada 16 December 2008. Dicapai pada 27 July 2014. 
  24. ^ "Top 20 Shareholders Chaosmusic Limited". Australian Securities Exchange. 14 December 1999. Dicapai pada 27 April 2010. 
  25. ^ "Turnbull fights HIH liquidator claims" (transcript). Lateline. Australia: ABC TV. 22 February 2006. Dicapai pada 27 April 2010. 
  26. ^ Wright, Lincoln (22 December 2000). "PM backs republican Turnbull for spot on think-tank board". The Canberra Times. p. 3. 
  27. ^ Vizard, Steve (1998). Two Weeks in Lilliput: Bear Baiting and Backbiting At the Constitutional Convention. Penguin. ISBN 0-14-027983-0. 
  28. ^ "The Age and Sydney Morning Herald – Australia's Constitutional Convention 1998". Pandora. National Library of Australia. Dicapai pada 31 July 2012. 
  29. ^ "Candidate electoral return for the election held on 9 October 2004" (PDF). Australian Electoral Commission. 2004. Dicapai pada 28 August 2007. 
  30. ^ Jenentt, Greg (14 September 2015). "Malcolm Turnbull: From international case-winning barrister to struggling opposition leader, 'Mr Broadband'". ABC. Dicapai pada 14 September 2015. 
  31. ^ Harrison, Dan (4 October 2007). "Turnbull approves Tasmanian pulp mill". The Age. Melbourne. Dicapai pada 19 November 2007. 
  32. ^ a b "Turnbull pumps $10m into rainmaking gamble". ABC News. Australia. 20 November 2007. Dicapai pada 21 November 2007. 
  33. ^ Stafford, Annabel; Schubert, Misha (9 November 2007). "Gay activists remind parties of promises". The Age. Melbourne. Dicapai pada 9 November 2007. 
  34. ^ "Media gather at Turnbull's residence". The Age. Melbourne. 25 November 2007. Dicapai pada 25 November 2007. 
  35. ^ "Nelson wins Lib leadership". The Age. Melbourne. 29 November 2007. 
  36. ^ "Turnbull responds to budget". The Sydney Morning Herald. 15 May 2009. Dicapai pada 27 April 2010. 
  37. ^ "PM refers OzCar allegations to inquiry". AM. Australian Broadcasting Corporation. 20 June 2009. Dicapai pada 25 November 2009. 
  38. ^ "Grech 'wrote fake email'". The Age. Melbourne. 4 August 2009. Dicapai pada 25 November 2009. 
  39. ^ Saulwick, Jacob (4 August 2009). "Rudd, Swan cleared over OzCar scandal". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 25 November 2009. 
  40. ^ Coorey, Phillip (29 June 2009). "Malcolm Turnbull and Utegate | Liberal Party". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 27 April 2010. 
  41. ^ Franklin, Matthew (26 November 2009). "Malcolm Turnbull sharpens the knife". The Australian. Dicapai pada 27 April 2010. 
  42. ^ Coorey, Phillip (25 November 2009). "Three quit as Turnbull survives". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 25 November 2009. 
  43. ^ Rodgers, Emma (26 November 2009). "Senior Liberals desert Turnbull". ABC News. Australia. Dicapai pada 27 April 2010. 
  44. ^ "Shock win for Abbott in leadership vote". ABC News. Australia. 1 December 2009. 
  45. ^ Nine Morning News, 1 December 2009.
  46. ^ Balogh, Stefanie (6 April 2010). "Malcolm Turnbull to leave politics at next election". The Courier-Mail. Dicapai pada 27 April 2010. 
  47. ^ "Turnbull reverses decision to quit". The Age. Melbourne. 1 May 2010. Dicapai pada 1 May 2010. 
  48. ^ "House of Representatives Division First Preferences". Australian Electoral Commission. 15 September 2010. Dicapai pada 20 September 2010. 
  49. ^ Hudson, Phillip (14 September 2010). "Tony Abbott promotes Malcolm Turnbull in new shadow ministry". Herald Sun. Dicapai pada 20 September 2010. 
  50. ^ Turnbull, Malcolm. "Free at last or freedom lost? Liberty in the digital age" (October 2012).Templat:Self-published-inline
  51. ^ Taylor, Josh (8 October 2012). "Turnbull has grave misgivings about data retention proposal". ZDNet. 
  52. ^ Peatling, Stephanie (7 July 2012). "Turnbull under fire for gay marriage stance". The Age. Melbourne. Dicapai pada 30 September 2013. 
  53. ^ "All that glitters ... Abbott and 'Mr Broadband' hawk the copper option". The Sydney Morning Herald. 
  54. ^ Knott, Matthew; Timson, Lia (27 August 2014). "Malcolm Turnbull: NBN plan won't change despite massive cost for rural coverage". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 24 December 2014. 
  55. ^ Ferguson, Adele (15 December 2014). "Malcolm Turnbull to make NBN better, faster, stronger". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 24 December 2014. 
  56. ^ ABC News 9 February 2015. Accessed 9 February 2015.
  57. ^ Leslie, Tim (9 February 2015). "Liberal leadership spill: as it happened". ABC. Dicapai pada 14 September 2015. 
  58. ^ http://www.abc.net.au/news/2015-09-14/turnbull-requests-liberal-leadership-ballot/6774506
  59. ^ http://www.abc.net.au/news/2015-09-14/malcolm-turnbull-wins-liberal-leadership-ballot-over-tony-abbott/6775464
  60. ^ Dan Conifer and James Glenday (15 September 2015). "Malcolm Turnbull to be sworn in as PM after ousting Tony Abbott as Liberal leader". Dicapai pada 15 September 2015. 
  61. ^ Ralat Lua pada baris 55 di Modul:Citation/CS1/Utilities: bad argument #1 to 'message.newRawMessage' (string expected, got nil).
  62. ^ "About Malcolm". Malcolm Turnbull. 2010. Dicapai pada 17 September 2010. 
  63. ^ Murphy, Katharine; Grattan, Michelle (18 September 2008). "All a bit rich as wealthy worlds collide in the battle for the battlers". The Age. Melbourne. Dicapai pada 2 June 2014. 
  64. ^ "The politics of envy and the actions of greed". Live News. 24 September 2008. Dicapai pada 27 April 2010. 
  65. ^ Thomson, James (9 September 2013). "Clive Palmer joins elite club of rich-list politicians, but his fortune's under pressure". BRW. 
  66. ^ Griffiths, Emma (2 December 2013). "Clive Palmer calls for company tax changes in maiden speech to Parliament". Yahoo!7. 
  67. ^ Zappone, Chris (26 May 2010). "Politicians' wealth revealed as Malcolm Turnbull makes rich list again". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 26 May 2010. 
  68. ^ "BRW Rich 200". BRW. 27 June 2014. Dicapai pada 26 December 2014. 
  69. ^ Its an Honour: Centenary Medal, AustralianGovernment, dicapai pada 14 September 2015 
  70. ^ Turnbull, Malcolm (1988). The Spycatcher trial. William Heinemann Australia. ISBN 978-0-85561-239-9. 
  71. ^ Turnbull, Malcolm (1993). The reluctant republic. William Heinemann Australia. ISBN 978-0-85561-372-3. 
  72. ^ Turnbull, Malcolm (1999). Fighting for the republic: the ultimate insider's account. Hardie Grant. ISBN 978-1-86498-107-0. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan pertubuhan bukan keuntungan
Didahului oleh
Thomas Keneally
Pengerusi Gerakan Republikan Australia
1993–2000
Diikuti oleh:
Ian Chappell
Parlimen Australia
Didahului oleh
Peter King
Ahli Parlimen untuk Wentworth
2004–sekarang
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Ian Campbell
Menteri Alam Sekitar dan Air
2007
Diikuti oleh:
Peter Garrett
Didahului oleh
Wayne Swan
Bendahari Bayangan Australia
2007–2008
Diikuti oleh:
Julie Bishop
Didahului oleh
Brendan Nelson
Ketua Pembangkang
2008–2009
Diikuti oleh:
Tony Abbott
Didahului oleh
Tony Smith
Menteri Bayangan Komunikasi
2010–2013
Diikuti oleh:
Anthony Albanese
Didahului oleh
Anthony Albanese
Menteri Komunikasi
2013–2015
Diikuti oleh:
TBD
Didahului oleh
Tony Abbott
Perdana Menteri Australia
2015–sekarang
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Brendan Nelson
Ketua Parti Liberal
2008–2009
Diikuti oleh:
Tony Abbott
Didahului oleh
Tony Abbott
Ketua Parti Liberal
2015–sekarang
Pemegang jawatan kini