Malim Ghozali PK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Malim Ghozali PK
محمد غزالي بن عبدالرشيد
Info kelahiranMohamed Ghazali bin Abdul Rashid
(1949-03-04)4 Mac 1949
Malim Nawar, Perak, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
Kematian18 Jun 2020(2020-06-18) (umur 71)
Hospital Serdang, Selangor, Malaysia
Nama penaMalim Ghozali PK
PekerjaanPenulis
BahasaMelayu
PendidikanUniversiti Malaya
GenreCereka
AnugerahAnugerah Penulisan Asia Tenggara (2013)
Sasterawan Perak (2014)
PasanganRatnawati Jamil (m. 2020)

Dr. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid (Jawi: محمد غزالي بن عبدالرشيد) atau lebih dikenali dengan nama penanya Malim Ghozali PK (4 Mac 1949 – 18 Jun 2020) ialah seorang sasterawan Melayu[1] Malaysia dari Perak.[2] Beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada tahun 2014. Beliau mengarang pelbagai jenis karya sastera seperti novel dan cerpen. Beliau turut menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2013.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid dilahirkan di Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 4 Mac 1949.[4]

Beliau memulakan pengajiannya di Sekolah Melayu Gunung Panjang sebelum menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya lalu lulus dengan Sarjana Muda Sastera pada tahun 1973. Selain itu, beliau turut mengikuti program Fellowship Penulisan Kreatif di Pusat Seni Kreatif Virginia, Amerika Syarikat.[5]

Kerjaya dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Penulisan Asia Tenggara dan Sasterawan Perak[sunting | sunting sumber]

Mohamed Ghazali menerima gelaran sebagai Sasterawan Perak ketiga daripada kerajaan negeri Perak pada 13 Disember 2014.[3] Beliau juga menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 2013.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada hari Khamis 18 Jun 2020, beliau meninggal dunia akibat kanser di Hospital Serdang, Selangor pada pukul 11.20 pagi.[6][7] Kematiannya berlaku selepas pembedahan membuang ketumbuhan di jantung pada hari sebelumnya.[6][8] Jenazahnya disembahyangi di Surau Ad Duha, Kota Damansara selepas asar[4] lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor.[9] Beliau meninggalkan dua orang balu dan enam orang anak.[6]

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

Bukan cereka[sunting | sunting sumber]

  • Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan. Petaling Jaya: Seladang Ventures. 2006. ISBN 978-983-372-409-3. OCLC 953649167.
  • (Inggeris) Understanding Perfection: The Profound Truth. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2010. ISBN 978-983-372-408-6. OCLC 191659323.
  • Kampung-kampung tersohor : di sepanjang Sungai Perak = Famous villages : along the Perak river. Perak: Institut Darul Ridzuan. 2011. ISBN 978-967-016-501-1. OCLC 844990395.
  • Hotel Syariah De Palma : Konsep dan Pelaksanaan = De Palma Syariah Compliant Hotels : Concept and Implementation. Petaling Jaya, Selangor: Kumpulan Hotel De Palma. 2011. ISBN 978-967-101-370-0. OCLC 968953821.
  • Psikosomatik yang menyala. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2017. ISBN 978-967-460-540-7. OCLC 994290850.

Novel[sunting | sunting sumber]

Kumpulan dan antologi[sunting | sunting sumber]

Penterjemahan[sunting | sunting sumber]

  • Noordin Hassan (2009). The Frankincense: Selected Plays [Mana setangginya? Kumpulan Drama Pilihan] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemah oleh Malim Ghozali PK; Mohd Bahadun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. ISBN 978-983-068-441-3. OCLC 500468164.

Rencana[sunting | sunting sumber]

  • Masyarakat rumpun Melayu di Surinam : sebuah nostalgia nusantara. 1990. OCLC 968961902.
  • Pencarian kendiri bangsa dalam Sajak-Sajak Sejarah Melayu karya SN Muhammad Hj. Salleh. 2010. OCLC 969566443.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Institut Terjemahan & Buku Malaysia 2014, m/s. xxii.
  2. ^ Balqis Jazimah Zahari (18 Jun 2020). "Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  3. ^ a b c "Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia". Malaysiakini.com. 18 Jun 2020. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  4. ^ a b Norshazlina Nor Azman (18 Jun 2020). "Pemergian Malim Ghozali, hilangnya permata dalam dunia sastera". BERNAMA. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  5. ^ Saifullah Ahmad (18 Jun 2020). "Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia". Sinar Online. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  6. ^ a b c Latifah Arifin (18 Jun 2020). "Malim Ghozali Pk meninggal dunia". BH Online. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  7. ^ Bernama (19 Jun 2020). "Agong zahir takziah pemergian tokoh sasterawan Dr Mohamed Ghazali". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  8. ^ BERNAMA (19 Jun 2020). "Agong zahir takziah pemergian Malim Ghozali Pk". BH Online. Diarkib daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  9. ^ AL-FATIHAH | Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK Meninggal Dunia (Terbitan televisyen). Buletin Utama. TV3. 18 Jun 2020. Peristiwa berlaku di 0:10.
  10. ^ a b c Ooi 2017, m/s. 254.

Buku[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]