Malique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malique
Kelahiran
Malik bin Ibrahim

(1977-08-21) 21 Ogos 1977 (umur 46)
Nama lainThe General, Que Chill
Pekerjaan
Tahun aktif1998 - kini
PasanganMelissa Maureen (k. 2008)

Malik Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique atau The General (lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, Johor.

Beliau merupakan bekas ahli duo hip hop Too Phat bersama Joe Flizzow.[1] Selepas duo itu dibubarkan pada 2007, Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, Beliau lebih selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di mana-mana media cetak dan elektronik.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 2008, Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan beliau yang juga seorang personaliti TV, Melissa Maureen di Bali, Indonesia.[2] Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat mereka. Beliau telah dikurniakan 4 cahaya mata.

Anak pertama beliau, Inca Medina telah membuat penampilan secara featuring dalam muzik video Sedih Hati yang dilancarkan oleh Qarma Studios pada Ogos 2023.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memasuki industri muzik tanah air pada 1998 bersama duo hip-hop Too Phat. Beliau bergerak solo di sekitar tahun 2007.

Pada 2008, Beliau telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri dengan nama Qarma Musiq dan aktif berkarya dengan memperkenalkan beberapa lagu dengan artis-artis ternama dan artis-artis baharu di bawah syarikat rakaman beliau itu.[3]

Beliau telah mengeluarkan single seperti Kau Yang Punya tampil bersama Najwa, Mantera Beradu bersama M. Nasir, Cerita Kedai Kopi bersama Salam, Aku Maafkan Kamu bersama Jamal Abdillah, Teman Pengganti bersama Black Hanifah dan Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

Menghasilkan LP pertama bertajuk OK yang memuatkan 18 buah lagu pada 2008. Pada 2009, beliau menghasilkan LP kedua dengan usaha sama DJ Fuzz bertajuk K.O The Mixtape yang memuatkan 19 buah lagu. Pada 2015, Beliau memperkenalkan artis baru di bawah Qarma Musiq, Nukilan yang dianggotai 3 orang, Kirana, Kelana dan Agenda dengan penampilan khas dalam lagu bersama artis pop dari Indonesia, Shae dalam lagu Rindu. Pada pertengahan April 2015, Nukilan mengeluarkan single pertama mereka, Aduh Neng yang kerap dimainkan di corong radio. Pada Disember 2016, Beliau menghasilkan LP tebaru berjudul TKO: Pejamkan Mata yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008-2015 dan memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

Pada Mac 2017, pada acara Anugerah Meletop ERA 2017. Malique telah "muncul kembali" ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Pejamkan Mata bersama Dayang Nurfaizah tetapi hakikatnya bukan Malique yang kelihatan semasa persembahan tersebut namun ramai peminat yang hadir pada malam itu begitu gembira apabila mendengar suara Malique secara siaran langsung selepas 10 tahun lamanya.[4]

Pada awal 2023, Malique telah menlancarkan single terbaru yang bertajuk Ayuh bersama Kmy Kmo, Aman RA dan juga Ernie Zakri. Lagu ini juga ada lagu tema bagi filem Polis Evo 3, lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Pada 28 Julai 2023, beliau telah melancarkan single terbaru iaitu Sedih Hati di Instagram dan Youtube. Lagu Sedih Hati ini menampilkan petikan suara Mona Fandey atau nama sebenar, Maznah Ismail dari lagu Ratapan Anak, salah satu lagu dari album Diana (1987). Di samping itu, Malique, melalui QarmaMusiq juga mengumumkan album terbarunya yang berjudul Malique IV, yang mana tarikh pelancarannya belum dinyatakan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • O.K (2008)
  • KO the Mixtape (2009) Single Edisi Terhad
  • K.O The Mixtape (2009)
  • Malique Unreleased (2011) hanya 25 keping dicetak
  • TKO: Pejamkan Mata (2016)
  • Sedih Hati (2023) Single
  • Malique IV (2023) pending release

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Dayang Nurfaizah) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yusup, Nor Eryani (3 Mac 2015). "Hip hop Hip hop Joe tidak canggung". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-28. Dicapai pada 27 April 2016.
  2. ^ "Ada sebab rahsia kahwin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
  3. ^ Malique Nafi Jawab Lagu ‘Apa Khabar’ Joe Flizzow.
  4. ^ Malique Perjelas Kulit Album Lambang Mata Bukan Dajjal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]