Pergi ke kandungan

Malwarebytes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malwarebytes Anti-Malware
PembangunMalwarebytes Inc.
Pelancaran pertamaJanuari 2006; 18 tahun yang lalu (2006-01) (sebagai Malwarebytes Anti-Malware)
Versi terkini/stabil
Microsoft Windows: 5.0 (22 Februari 2024)
Sistem pengendalianWindows XP dan versi kemudiannya, OS X 10.9 dan versi kemudiannya serta Android Jelly Bean dan versi kemudiannya, iOS 11 dan versi kemudiannya
PelantarIA-32, x86-64, ARM
SaizWindows: 68.61 MB
Android: 31.13 MB
Tersedia dalamBelanda, Bulgaria, Catalonia, Cina (Tradisional), Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Hungary, Ibrani, Indonesia, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Norway, Perancis, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Sepanyol, Slovak, Slovenia, Sweden, Turki dan Vietnam
Senarai bahasa
Belanda, Bulgaria, Catalonia, Cina (Tradisional), Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Hungary, Ibrani, Indonesia, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Norway, Perancis, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Sepanyol, Slovak, Slovenia, Sweden, Turki dan Vietnam
JenisAnti-malwarePerisian antivirus
GenreAnti-malware
LesenFreemium
Pautan berkaitan
Tapak webwww.malwarebytes.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malwarebytes (dahulunya dikenali sebagai Malwarebytes Anti-Malware & disingkatkan sebagai MBAM) merupakan perisian anti-malware untuk sistem pengendalian Microsoft Windows,[1] macOS, Android, dan iOS yang dapat mengesan dan menghapuskan perisian hasad. Perisian ini dibangunkan oleh syarikat Malwarebytes Inc. dan dikeluarkan buat julung kalinya pada bulan Januari, 2006. Perisian ini boleh didapati dengan versi percumanya yang boleh mengimbas dan menghapuskan perisian hasad apabila didayakan secara manual. Manakala pada versi berbayarnya, perisian ini tersedia dengan ciri perlindungan masa nyata, imbasan berjadual dan pengimbas ingatan kilat (flash-memory scanner).

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Malwarebytes pada dasarnya merupakan pengimbas yang dapat mengesan dan menghapuskan perisian hasad dan berbahaya, termasuk perisian intip dan perisian iklan. Malwarebytes mengimbas dalam mod berkumpulan (batch mode) untuk mengurangkan gangguan jika terdapat perisian pencegah perisian hasad lain yang dijalankan mengikut kehendak pengguna pada komputer yang sama.[2][3]

Malwarebytes boleh didapati dengan versi percuma ataupun versi premium berbayar.[4] Versi percumanya boleh dijalankan secara manual oleh pengguna jika perlu, manakala versi berbayarnya boleh menjalankan imbasan berjadual, menyekat alamat IP tapak sesawang yang berbahaya, mengimbas secara automatik fail yang dibuka, serta boleh juga mengimbas perkhidmatan Windows, atur cara dan pemacu peranti yang sedang digunakan.

Pada 8 Disember 2016, syarikat Malwarebytes Inc. telah mengeluarkan versi 3.0 kepada umum. Versi ini menyediakan perlindungan daripada perisian hasad, perisian tebusan, ekploitasi keselamatan komputer dan tapak sesawang yang berbahaya.[5]

Pencegahan Vonteera[sunting | sunting sumber]

Vonteera merupakan perisian iklan yang menggunakan sijil-sijil yang dicuri. Perisian hasad ini mampu menyahdayakan perlindungan antivirus dan anti-malware, seperti yang ada pada Malwarebytes.[6] Malwarebytes telah menyenaraikan penyelesaian untuk menghapuskan ancaman ini.[7]

Kerentanan keselamatan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Februari 2016, Project Zero telah menghebahkan bahawa terdapat 4 kerentanan pada produk terulung Malwarebytes. Antaranya ialah ketiadaan penyulitan server-side untuk fail kemaskini serta ketiadaan penandaan muat beban yang wajar dalam data yang disulitkan. Hal ini boleh menyebabkan penggodam dapat mengatur semula muat beban yang disulitkan dengan eksploitasi.[8] Malwarebytes membalas pada satu hari sebelum mendedahkannya dalam satu artikel blog dengan memperincikan tentang betapa susahnya untuk melaksanakan serangan ini. Mereka juga mendedahkan bahawa isu penyulitan dan server-side yang dihebahkan itu telah diselesaikan dalam penyelidikan mereka selama berhari-hari.[9] Malwarebytes juga menerbitkan maklumat tentang cara untuk melindungi pengguna-pengguna semasanya, sehingga patch seterusnya dikeluarkan. Peristiwa ini telah menjurus kepada pelaksanaan bug bounty program yang rasmi oleh Malwarebytes, yang mana mereka menawarkan sehingga $1000 untuk setiap pendedahan (hanya sehingga tahun 2018), mengikut tahap keterukan dan keeksploitasian.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "10 Best Malware Removal Tools for Windows 10 - Windows Able". windowsable.com. Dicapai pada Ogos 24, 2016.
  2. ^ "Malwarebytes Corporation". MalwareBytes. Dicapai pada Ogos 18, 2009.
  3. ^ Neil J. Rubenking (Julai 6, 2010). "Free Antivirus and Antispyware". PC Magazine. Dicapai pada Mac 2, 2014.
  4. ^ Malwarebytes Anti-Malware review at PCworld.com, dicapai pada Julai 22, 2014
  5. ^ "Announcing Malwarebytes 3.0". Malwarebytes Corporation. Dicapai pada Disember 8, 2016.
  6. ^ Casey, Henry T. (November 25, 2015). "Latest adware disables antivirus software". Tom's Guide. Yahoo.com. Dicapai pada November 25, 2015.
  7. ^ "Vonteera Adware Uses Certificates to Disable Anti-Malware - Malwarebytes Labs - Malwarebytes Labs". blog.Malwarebytes.org. Dicapai pada Disember 31, 2017.
  8. ^ Leyden, John. "Google ninjas go public with security holes in Malwarebytes antivirus". The Register. Dicapai pada Februari 6, 2016.
  9. ^ "Malwarebytes Anti-Malware vulnerability disclosure".
  10. ^ "Malwarebytes Bug Bounty". Dicapai pada Julai 6, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]