Mama Aku Ingin Pulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mama Aku Ingin Pulang adalah album pasca kematian pertama penyanyi rock Indonesia, Nike Ardilla yang diterbitkan pada tahun 1995. Ini kerana album ini dikeluarkan selepas pemergian beliau akibat maut dalam kemalangan jalan raya pada 19 Mac 1995 yang lalu. Lagu-lagu didalam album ini adalah merupakan koleksi lagu yang tidak diterbitkan sewaktu hayat beliau disebabkan permintaan penyanyi ini sendiri ketika itu.

Mama Aku Ingin Pulang
Album studio oleh Nike Ardilla
Dikeluarkan pada1995
Dirakam pada1993-1995
GenreSlow Rock, Pop Rock
Masa47:54
SyarikatMusic Plus
HP Records
Blackboard
PenerbitIwan Sastrawijaya
Kronologi Nike Ardilla
Sandiwara Cinta
(1995)
Mama Aku Ingin Pulang
(1995)
Suara Hatiku
(1996)

Trivia lagu Mama Aku Ingin Pulang[sunting | sunting sumber]

Lagu ini pada asalnya berjudul Ingin Pulang, namun kerana ingin nampak lebih komersial, maka judulnya ditukar kepada Mama Aku Ingin Pulang. Lagu ini sebenarnya sudah pun dirakam disekitar tahun 1993. Namun, Nike Ardilla sempat menolak untuk merakamkan lagu ini ketika itu disebabkan lirik dan melodinya yang terlalu sendu. Bahkan sewaktu proses rakaman lagu ini berlangsung, beliau sempat berhenti selepas menyanyikan sebaris liriknya kerana beliau tidak sanggup untuk meneruskan nyanyiannya ketika itu. Namun kerana pihak studio sudah terikat dengan kontrak, maka beliau harus menyiapkan proses rakaman lagu ini. Selesai sesi rakaman, beliau pun meminta kepada pihak penerbit agar lagu ini tidak dirilis dan tidak dimuatkan ke dalam album baharunya ketika itu.

Permintaannya itu ditunaikan lalu lagu ini terus diberikan kepada penyanyi Poppy Mercury. Sesudah pemergian penyanyi rock ini, barulah lagu ini diterbitkan didalam sebuah album yang menggunakan judul yang sama. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu kegemaran ibu kandung Nike Ardilla, Nining Ningsihrat. Menurut ibunya, beberapa hari sebelum pemergian anak gadisnya itu, Nike sempat berpesan agar ibunya mendengar sebuah lagu yang dinyanyikan khas untuknya sesudah ketiadaannya kelak.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPencipta Masa
1. "Mama Aku Ingin Pulang"  Youngky R.M 5:45
2. "Mengapa Harus Berpisah"  Papa T. Bob 5:40
3. "Cerita Lama"  Chairul 4:29
4. "Biarlah"  Dadang S. Manaf 3:40
5. "Jangan Diulang"  Sandy Laraz, Harry Minggoes 4:39
6. "Kehadiranmu"  Pance F. Pondaag 4:44
7. "Garis Nasib"  Jati 4:41
8. "Warna Cinta Kita"  Wildan HS 4:46
9. "Jangan Lari Dari Kenyataan"  Deddy Dhukun, Sam Bobo 4:10
10. "Ku Terima Cintamu"  Yonny Dores 4:51
Jumlah masa:
47:54

Rujukan[sunting | sunting sumber]