Mama Juwie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Juwie" dilencongkan di sini.
Mama Juwie
Kelahiran Abdul Jalil bin Salleh
(1953-07-09)9 Julai 1953
Singapura
Meninggal dunia 4 April 2015(2015-04-04) (umur 61)
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
Sebab kematian kanser usus, kanser prostat
Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Selayang Baharu
Warganegara Malaysia
Nama lain Juwie
Kerakyatan Melayu
Pekerjaan Wartawan, Penulis lirik
Tahun aktif Kerjaya muzik
Genre Balada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock
Pekerjaan Penulis lirik
Tahun aktif 1980–2002
Syarikat rakaman
Musical Sound Organisation
Kegiatan berkaitan
Lan Laga

Mama Juwie atau nama asalnya Abdul Jalil bin Salleh merupakan seorang penulis lirik yang popular pada tahun 1980-an di Malaysia.[1] Beliau juga pernah popular dengan majalah hiburan Mangga yang menampilkan ramai artis remaja Malaysia.

Abdul Jalil dilihat sebagai Sebagai ikon kewartawanan hiburan dan pencetus kepada revolusi penulisan gosip di Malaysia dengan memberi penekanan kepada laras bahasa bersifat santai dan bersahaja. Allahyarham memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984 dan kemudian menjadi Pengarang Majalah Mangga pada 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Antara karya lirik yang hebat dan agung yang pernah dihasilkan beliau ialah Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan dinyanyikan oleh penyanyi ternama, Ramlah Ram. Lirik-lirik tulisan Juwie juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada kejayaan artis-artis lain seperti Jamal Abdillah, kumpulan Alleycats, Norsheila Amin, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.

Juwie mungkin satu-satunya penulis senikata Malaysia yang namanya diabadikan oleh penulis senikata lain sebagai subjek untuk sebuah lagu, dan ini berlaku seawal 1987 oleh kumpulan BPR. Walau bagaimanapun, senikata lagu Juwie Juwie Juwie bukanlah menceritakan tentang Juwie seorang penulis senikata, tetapi merujuk kepada Juwie (yang turut digelar "Mama") seorang wartawan hiburan yang sangat terkenal pada 1980-an.[2]

Abdul Jalil meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras akibat menghidap kanser prostat.[3]

Lagu-lagu Ciptaan[sunting | sunting sumber]

  1. Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu - Ramlah Ram
  2. Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi - Ramlah Ram
  3. Bila Rindu Ku Sebut Namamu - Siti Fairuz
  4. Sekali Aku Jatuh Cinta - Nassier Wahab
  5. Cinta Yang Terbiar - Jamal Abdillah
  6. Sepi Seorang Perindu - Jamal Abdillah
  7. Kehebatan Cinta - Jamal Abdillah (Duet Francissca Peter)
  8. Sayang Semuanya Sudah Terlambat - Shidee
  9. Sampaikan Salam Cintaku - Alleycats
  10. Cintamu Mekar Di Hati - May
  11. Cintaku Sewangi Kasihku - May
  12. Suci - May
  13. Masih Aku Terasa - Gersang
  14. Siapa Yang Rampas Cintamu - Ukays
  15. Mahligaimu Dari Airmataku - Lestari
  16. Wangian Cintamu - Lestari
  17. Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari
  18. Terima Kasih Segalanya - Lestari
  19. Andainya Perpisahan Terjadi - Lestari
  20. Airmata Di Hari Persandinganmu - Lestari
  21. Seksanya Menanggung Rindu - Lestari
  22. Kekasih Sandaran - Lestari
  23. Hatiku Ikhlas Mencintamu - Lestari
  24. Dalam Diam Aku Mencintaimu - Stings
  25. Ingatku Dalam Doamu - Stings
  26. Adakah Kau Setia? - Stings
  27. Seandainya Tuhan Mengizinkan - Stings
  28. Cinta Memerlukan Kesetiaan - Stings
  29. Bahagiakah Hidupmu? - Stings
  30. Sebak - Stings
  31. Luka Bersalut Rindu - EYE
  32. Takdir Dan Waktu - Mega
  33. Suara Cinta - Mega
  34. Buat Seorang Kekasih - Slam
  35. Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta - Spring
  36. Sampai Hati - Spring
  37. Romantis - Spring
  38. Pesanan Buat Kekasih - Spring
  39. Sepi Tanpa Cinta - Spring
  40. Keadaan Memaksa - Spring
  41. Kemarau Kasih - Spring
  42. Tak Suka Tak Apa - Screen
  43. Kita Ditakdirkan Berpisah - Screen
  44. Bila Kau Kata: Kau Sayang - Screen
  45. Orang Yang Ku Sayang Sayang - Screen
  46. Mengapa Sukar Untuk Setia - Scan
  47. Sanggupkah Kau Bersabar Sayang - Scan
  48. Balasan Janji Palsumu - Leon
  49. Kejamnya Hatimu - Leon
  50. Selamat Tinggal Cinta - Arena
  51. Lahar Cinta - Final List
  52. Lebuhnya Cinta - Final List
  53. Tak Rela Berkongsi Cinta - Final List
  54. Wajahmu Di Mataku - Melissa
  55. Impian Cinta - Melissa
  56. Hitam Manisan - Olan
  57. Sekiranya Kau Membalas Cintaku - Rio
  58. Ikhlas - Rio
  59. Sudah Takdir Begitu - Samudera
  60. Rinduku Mengundang Cintamu - Versi
  61. Buktikan Cintamu Padaku - Versi
  62. Kekasihku Diambil Orang - Lemon T
  63. Tuluskah Cintanya? - Twins

Penulis lirik[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penulis lirik, beliau amat dikenali dengan karya Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Bila Rindu Ku Sebut Namamu dan banyak lagi. Antara artis yang mendapat sentuhan lirik beliau adalah seperti Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, Alleycats, Gersang, May, Jamal Abdillah dan ramai lagi.

Pada tahun 1988, Juwie memenangi anugerah Juara Lagu menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu hasil lirik oleh beliau sendiri sementara lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan sekali lagu pada tahun 1991 menerusi gandingan bersama Rahim Othman untuk lagu Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega. Mama Juwie merupakan pemenang AJL yang pertama memenangi anugerah utama lebih dari satu kali.


Wartawan[sunting | sunting sumber]

Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik dan pernah menulis lirik lagu popular era 80-an, termasuk “Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati Mu”, “Cinta Hanyut Di Lautan Sepi' dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu”.

Dalam dunia kewartawanan, Juwie pernah bertugas sebagai wartawan hiburan di Berita Harian sebelum menyertai Utusan Melayu Malaysia Berhad. Di Utusan Melayu, beliau mengendalikan ruangan pojok Auww Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Ruangan Auww Juwie itu diganti oleh anak didiknya sendiri iaitu Huzz (Sensasi Huzz) dan Niezam Abdullah (Niezam Kring-Kiring)

Daripada seorang wartawan di Utusan, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarang Muda-Mudi, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia dan jawatan terakhirnya sebagai Pengarang Hiburan Majalah Mangga bermula 1995 sebelum bersara pada tahun 2008.

Beliau berjaya menjadikan majalah Mangga sebagai majalah hiburan nombor satu sehingga mencecah jualan 200,000 naskah pada tahun 1998 dengan cerita yang pelbagai.

Selepas bersara, Juwie aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan selain banyak menumpukan untuk melakukan ibadat.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Juwie menghembuskan nafas terakhir pada 3 April 2015 akibat kanser prostat. Arwah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan usus kali kedua semalam dan pembedahan pertama dijalankan pada 23 Mac 2015.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]