Mamai
| Mamai | |
|---|---|
| Beylerbey | |
Mamai dan tenteranya dalam Kronik "Ivan si Jahat" | |
| Diikuti oleh | Edigu |
| Keputeraan | s. 1325 Mongolia |
| Kemangkatan | 1381 Krimea |
| Pasangan | Tulun Beg Khanum |
| Dinasti | Kiyat |
| Ayahanda | Alash Beg |
| Agama | Islam Sunni |
Mamai (Mongolia: Мамай; Tatar: Мамай, rumi: Mamay; 1325–1381) ialah seorang Wazir Agung tentera Turko-Mongol yang yang memegang pangkat beylerbey dalam pentadbiran Golden Horde.[1] Dia berasal daripada keturunan Kiyat. Berbeza dari banyak kronik semasanya, Mamai bukanlah seorang khan (raja) melainkan seorang kingmaker (bendahara) untuk beberapa orang khan, dan memegang sebahagian atau keseluruhan Golden Horde selama hampir dua dekad pada tahun 1360-an dan 1370-an.[1]
Masa pentadbirannya dipenuhi perang saudara. Selama khan di Golden Horde saling menjatuhkan dan mentabalkan diri mereka, Mamai menjaga pentadbiran agar tetap kuat dan mengawasi wilayah-wilayah Rus agar mereka tunduk dan membayar ufti. Kekalahannya dalam Pertempuran Kulikovo, menjadi akhir dari kerjaya politiknya. Dia dibunuh oleh Tokhtamysh semasa bertempat di Krimea.
Keluarga dan nama
[sunting | sunting sumber]Mamai bukan keturunan Golden Horde (Jochi/Genghis), tetapi dia berasal daripada marga Turko-Mongol Kiyat yang merupakan keturunan dari abang Genghis, Mugetu Kiyan. Mugetu adalah anak tertua Yesugei Baghatur. Nama lahirnya ialah Muḥammad, dan ketika dewasa dia dipanggil Kičik ("little") oleh teman dekatnya. Nama Mamai sendiri ialah nama singkatannya yang terkenal.
Majmu al-tawarikh memasukan puak Kiyat sebagai salah satu daripada dua puluh sembilan keluarga besar bangsawan Golden Horde.
Pentadbiran selepas kematian Berdi Beg
[sunting | sunting sumber]Berdi Beg yang sebelumnya mewarisi tahta dari ayahnya Jani Beg, mula merasakan paranoia. Dia takut akan disakiti atau bahkan dibunuh oleh kerabatnya sendiri. Berdi atas saran dari Tughluq Beg, membunuh dan memburu semua keturunan Jochi yang lain. Taydula Khatun, nenek mereka berdua menyuruh cucunya untuk berhenti. Tetapi hal itu tidak didengar. Berdi dan Tughluq kemudian maut pada Ogos 1359, Qulpa yang bermastautin di Krimea menggantikannya. Jawatan Mamai dalam Dewan Istana terancam, banyak dari keturunan Jochi yang masih hidup melihat kekuatan Kiyat mengganggu Golden Horde.
Qulpa hanya mentabalkan diri dan menduduki tahta selama 6 bulan. Kemudian dia diganti oleh Nawruz Beg, lalu Khidr Khan, kemudian Timur Khwaja, lalu Ordu Malik, kemudian Kildi Beg dan khan lainnya. Perang saudara dan kekecohan dalam politik terus berlaku selama 20 tahun lamanya dan lebih dari 20 khan telah menduduki jawatan. Mamai pada masa ini lebih menyibukan diri pada pertumbuhan ekonomi dan menjaga agar Golden Horde tidak bersurai.
Diplomasi
[sunting | sunting sumber]Sekitar tahun 1370an, mengasaskan semula hubungan persahabatan antara Golden Horde dan Mamlukiyah di Mesir. Selama pentadbirannya, dia membina perkongsian niaga antara dua koloni Itali di pesisir Laut Hitam. Venezia dan Genoa, ketika Venezia menunjukan dukungannya pada Kildi Beg, Mamai menghukum mereka. Sebagai gantinya, Mamai ingin Venezia untuk mendukung, ʿAbdallāh Khan pada 1362. Mamai juga membina hubungan dengan koloni Pisa. Agar para peniaga Itali tidak terlalu selesa dan untuk membuat stabil perniagaan, dia membolehkan peniaga Poland dari Lvov dan Galicia untuk masuk. Mamai juga mencari cara agar emas-emas dari India boleh masuk ke kerajaannya.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Selepas pertempuran di Kulikovo, Mamai harus bersemuka dengan Tokhtamysh yang mendapat bantuan oleh Timur. Tokhtamysh sudah menguasai Sarai dan Khan ʿArab Shāh tunduk kepadanya. Kebanyakan pengikut Mamai kini berbalik mendukung Tokhtamysh. Mamai melarikan diri ke koloni Genoa di pesisir dan bandar Solkhat, tempat ia memulakan kerjayanya dahulu tetapi beliau tidak mendapat dukungan. Tokhtamysh tetap menginginkan Mamai maut. Seakan tidak ada yang menghargai kerja kerasnya. Beliau pada akhirnya tetap dibunuh, tetapi Tokhtamysh masih datang ke pemakamannya. Dia mengampuni anaknya, Mansur Kiyat dan pengikut-pengikut Mamai yang masih setia.