Maman Teacher's Pet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maman Teacher's Pet
Maman Teacher's Pet
Latar belakang
Nama asalRosman b Lamri
Juga dikenali sebagai
Maman Teacher's Pet
Kelahiran3 Ogos 1969
GenreRock, Rock Kontemporari, Muzik Dunia (World Music)
InstrumenAkustik gitar
Tahun aktif1987-sekarang
Syarikat rakaman
Warnada Music, Warner Music, Life Records, Meta Music Xtreme
Laman sesawang
https://www.youtube.com/@mamanteacherspet

BIOGRAFI[sunting | sunting sumber]

Rosman b. Lamri (lahir 3 Ogos 1969), ialah seorang penyanyi rock popular Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Maman Teacher's Pet. Selain dikenali sebagai seorang penyanyi, Maman juga adalah seorang pemuzik, komposer, penulis lirik dan pelakon. Karier Mamam bermula sebagai vokalis kumpulan rock Malaysia, Teacher's Pet. Beliau juga dikenali sebagai seorang penggubah lagu "prodigy", kerana lagu-lagu gubahan Maman selalunya menjadi "hit" di radio dan televisyen di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Selain dikenali sebagai Maman, beliau juga sinonim dengan gelaran "Shark", iaitu watak yang dipegang olehnya di dalam filem Layar Lara. Walaupun karier lakonan Maman tidak berpanjangan, namun impak lakonannya menjadi ingatan peminat-peminatnya sehingga ke hari ini.

Maman dikenali di dalam industri seni tanahair sebagai seorang "perfectionist" di dalam penggubahan lagu-lagunya dan di dalam persembahannya.

KEHIDUPAN PERIBADI[sunting | sunting sumber]

Maman dilahirkan di Singapura. Beliau adalah anak ketiga, dari empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di sekolah, di Singapura. Maman juga telah menamatkan "National Service" yang menjadi kewajipan rakyat Singapura.

Maman meminati bidang muzik sejak dia berusia 9 tahun. Dia menjumpai sebuah gitar lama yang mempunyai satu tali sahaja, di kediamannya di Queen Crescent, Singapura, dan dengan gitar tersebutlah Maman belajar cara bermain gitar. Dia mengumpul duit dengan bekerja membantu kedai menjual makanan untuk membeli tali lain untuk gitar tersebut. Kesungguhannya untuk mengejar cita-citanya menjadi pemuzik dan penyanyi, semuanya bermula dari gitar tersebut. Maman belajar bermain berbagai alat muzik, sendiri (self-taught) dan dengan ketekunannya, dia berjaya mencipta lagu pertamanya pada usia 16 tahun bertajuk "Masihkah Ada Harapan". Lagu tersebut diselitkan di dalam album "Di Suatu Hari Di Suatu Waktu". Lagu tersebut adalah berdasarkan peristiwa di mana rakan baiknya terjerumus dengan dadah, ditangkap, dipenjarakan dan akhirnya meninggal dunia kerana mengambil dadah berlebihan.

Satu perkara yang selalu ditekankan oleh Maman ialah bagaimana dia menyelamatkan dirinya dari terjebak di dalam kancah dadah, yang pada tahun 1980an, sangat berleluasa di kalangan remaja. Dengan berpegang kuat kepada cita-citanya untuk berjaya di dalam hidupnya dan dengan berbekalkan bakat dan cinta kepada muzik Maman terselamat dari pengaruh dadah dan gangsterism di tempat dia membesar. Muzik adalah faktor yang membuat Maman terus melangkah ke depan untuk berjaya. "The rest is history" sebagaimana yang diungkapkan oleh mereka yang berjaya seperti Maman.

Maman kini telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita Malaysia, Fayza Mohamed Amin[1] dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Selain dari bidang muzik, Maman juga merupakan seorang penggemar basikal "custom-made", di mana rekaan basikalnya telah di paparkan di majalah basikal di rantau ini. Maman juga adalah seorang penggemar pengendalian "quadcopter" untuk penggambaran jarak tinggi (aerial photography).

KERJAYA MUZIK[sunting | sunting sumber]

Maman memulakan karier muziknya seawal usia 18 tahun, sebagai vokalis kumpulan Flying Funeral (FF)[2], pada tahun 1987. Selepas perpecahan kumpulan FF, Maman telah menubuhkan kumpulan Teacher's Pet pada tahun 1990[3]. Beliau telah bekerja dan mengumpul dana sendiri, untuk membuat rakaman lagu-lagu Teacher's Pet di Singapura. Menyedari bahawa pasaran Singapura adalah terlalu kecil, untuk beliau membina kehidupan sebagai seorang penyanyi, Maman mencuba nasib di Kuala Lumpur, untuk menembusi pasaran muzik Malaysia. Dengan gaya tersendiri, berlainan dari kumpulan rock Malaysia, Maman berjaya menawan hati Dato' Nasser Abu Kassim[4] dan Dato' Tony Fernandez[5]. Kumpulan Teacher's Pet melancarkan album rock kontemporari, berimej bersih dan membawa pengaruh "Mr BIG", "Eh...Keras Tu", terbitan Warner Music (M) pada tahun 1991. Dibawah tunjuk ajar dan mentoring oleh Dato Nasser Abu Kassim, lagu-lagu Maman, mendapat tempat di hati peminat-peminat muzik di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lagu-lagu seperti "Warisan Wanita Terakhir" dan "Malas" telah menjadi siulan anak-anak muda di ketiga-tiga negara. Album tersebut juga mendapat perhatian penaja besar iaitu "Lee Cooper Jeans" yang telah menaja konsert Teacher's Pet di seluruh Malaysia. Maman boleh dikategorikan sebagai pelopor jalan bekerjasama antara muzik dan jenama besar Malaysia. Maman berjaya mengubah taraf muzik Rock di Malaysia kerana beliau ketengahkan lagu-lagu Rock progressive yang mampu menarik perhatian dari golongan berpelajaran dan professional. Melodi dan lirik lagu-lagu Maman, lebih menenangkan dan tidak berkisar tentang cinta semata-mata. Sehingga hari ini, lagu "Warisan Wanita Terakhir" masih di nyanyikan oleh ramai penyanyi muda (cover) dan telah di rakam semula oleh Sony Music (M) untuk kumpulan KLangit[6].

Setelah album Eh...Keras Tu, Maman membubarkan Kumpulan Teacher's Pet. Pada tahun 1995, beliau telah meneruskan karier nya secara solo dengan album "Di Suatu Hari Di Suatu Waktu"[7]. Album ini telah menguatkan lagi nama beliau di persada muzik dan hiburan tanahair dengan berbagai pencalonan anugerah muzik. Sekali lagi, Maman berjaya mencuri hati pendengar-pendengar muzik di ketiga-tiga negara dengan lagu-lagu nya seperti "Kasih Ku Pinjam Wajah Mu"[8] dan "Cinta Kita" yang lebih kontemporari dan relevan dengan kehendak masyarakat pada ketika itu.

Maman juga telah melebarkan sayapnya, dengan mendalami kerja-kerja pembikinan lagu (composing) dan penataan muzik (music score) untuk filem. Oleh kerana populariti beliau adalah amat tinggi ketika itu, beliau telah di undang khas sebagai pelakon untuk filem Layar Lara[9]. Lakonannya di dalam filem tersebut telah mendatangkan impak yang besar kepada peminat-peminat Maman yang hingga waktu ini, masih menggelar beliau sebagai "Shark" iaitu nama watak Maman di dalam filem tersebut. Tidak puas dengan berlakon, filem ini lah yang beliau tangani sebagai Penata Lagu (Music Score) dan memenangi anugerah. Maman cuma berlakon untuk satu lagi telefilem iaitu "Ladang" pada tahun 1997. Sekitar tahun 1998, Maman telah muncul sebagai pelakon undangan di dalam siri Spanar Jaya.[10] Tidak lama kemudian Maman membuat keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan untuk fokus dalam bidang muzik.

Lagu-lagu Maman telah beberapa kali dicalonkan dan memenangi anugerah[11].

Terbaru, Maman telah kembali aktif di dalam bidang muzik pada tahun 2023. Pada bulan Febuari, Maman telah menerbitkan sebuah Single untuk Bob Sentuhan yang berjudul "Bukit Bintang". Lagu tersebut mendapat sambutan ramai walaupun dianaktirikan oleh saluran radio-radio di Malaysia.

Pada bulan Jun 2023, Maman telah melancarkan album terbaru berjudul AKU yang menampilkan 7 buah lagu. Album ini istimewa kerana Maman telah bekerjasama dengan pakar konten dari Timur Tengah, Indonesia dan Amerika untuk menghasilkan Muzik Video yang menggunakan Artificial Intelligence "Stable Diffusion" DALLe2. Lagu "Rahsia" dari album AKU telah dipertaruhkan untuk tujuan ini. Muzik Video "Rahsia" yang dilancarkan pada 15 Jun 2023 adalah yang pertama di Malaysia menggunakan Artificial Intelligence sepenuhnya. Sekali lagi Maman memecahkan tradisi industri muzik di Malaysia dan mengangkat martabat seni muzik ke tingkat antarabangsa.

Industri seni di Malaysia yang kini sedang tenat kerana syarikat-syarikat televisyen dan radio telah mengenepikan kualiti seni dan hanya mengejar "rating" dengan membabi-buta telah gagal untuk mengenalpasti inovasi yang dibawa oleh insan kreatif dan berbakat besar seperti Maman.

KERJAYA LAKONAN[sunting | sunting sumber]

Disaat populariti Maman memuncak, pengarah tersohor Malaysia, Shuhaimi Baba telah menawarkan Maman untuk berlakon di dalam filem "Layar Lara". Walaupun hanya memegang watak sebagai pelakon pembantu, namun "Shark" watak Maman di dalam filem tersebut, masih kekal menjadi sebutan peminat-peminat beliau dan juga peminat-peminat filem Layar Lara. Maka nama Maman menjadi sinonim dengan "Shark", seorang yang berbakat besar, tetapi panas baran. Maman cuma meneruskan lakonannya untuk sebuah lagi telefilem, iaitu, "Ladang", dan terus berundur dari dunia lakonan untuk menumpukan perhatian di dalam bidang nyanyian.

Maman Teacher's Pet Berwajah Baru 2020

ANUGERAH[sunting | sunting sumber]

Album/Single Kategori Anugerah Tahun Keputusan
Eh...Keras Tu 1 Artis Baru Terbaik

2 Persembahan Vokal Terbaik

Anugerah Industry Muzik ke-2 1995 Pencalonan
Di Suatu Hari Di Suatu Waktu Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular

Berita Harian (ABPBH)

1995 Pencalonan
Angel In The Night (Kumpulan

Lovehunters)

Lagu Terbaik Anugerah Radio Singapura 1995 Menang
Di Suatu Hari Di Suatu Waktu Penyanyi Lelaki Terbaik Anugerah Bintang RTM 1996 Pencalonan
Di Suatu Hari Di Suatu Waktu Album Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 3 (AIM) 1996 Menang
Layar Lara Penata Muzik Filem

Terbaik

Anugerah Bintang RTM 1997 Pencalonan
Betapa Berat Cintaku (Penyanyi

Hady Mirza)

Lagu Popular Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 Pencalonan
Belaian Rindu (Teacher's Pet

Reunion Single)

Lagu Popular Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 Pencalonan

Setiap "sentuhan emas" (midas touch) Maman, telah mendapat penghargaan dari industri muzik di Malaysian dan Singapura.

DISCOGRAFI[sunting | sunting sumber]

Album/Single Penyanyi/Kumpulan Komposer Label Tahun
Kenangan Flying Funeral Vokalis Various Warnada 1992
Eh...Keras Tu Teacher's Pet Maman/various Warner Music (M) 1992
Tribute To Ramli Sarip Maman Various Warner Music (M) 1994
Angel in The Night Kumpulan Lovehunters Maman Pony Canyon 1995
Di Suatu Hari Di Suatu Waktu Maman Maman/Various Warner Music (M) 1995
Tribute to Led Zeppelin Maman Various Warner Music (M) 1996
Layar Lara Maman Maman Warner Music (M) 1997
Beramah Mesra Di Hari Raya

(Single)

Maman Maman Self-release 2000
Hijrah Maman Maman Planet Spiritual 2009
Betapa Berat Cintaku

(Single)

Hady Mirza Maman Hype Records 2012
Dzikir Alam Maman Maman Life Records 2013
Keluhan Rasa (Single) Maman Maman LIfe Records 2014
Istiqamah Maman Maman Unpublished 2017

See Also[sunting | sunting sumber]

Maman Teacher's Pet Instgram

Maman Teacher's Pet Youtube Channel

Maman Teacher's Pet Twitter

Malaysian RockMusic of Singapore

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Ayu Ayol (20 Oktober 2014) "Maman Teacher's Pet Kembali!" in Artis Meletop

Rudy Imran Shamsuddin (18 Sep 2016) "Maman Alih Perjuangan" in Harian Metro

Nurmaya Alias (29 Ogos 2014) "Maman Kembali Dengan Keluhan Rasa" in Berita Harian

Rozdan Mazalah (21 Oktober 2014) "Maman Meriahkan Semula Dunia Muzik" in Berita Harian

  1. ^ https://my.linkedin.com/in/fayzamin
  2. ^ Flying Funeral
  3. ^ [1] Penubuhan Kumpulan Teacher's Pet
  4. ^ https://www.discogs.com/artist/5798031-Nasser-Abu-Kassim
  5. ^ Tony Fernandes
  6. ^ [2]Kolaborasi Maman dan Kumpulan KLangit untuk Sony Music
  7. ^ [3] Album Di Suatu Hari Di Suatu Waktu
  8. ^ [4] Kasih Ku Pinjam Wajah Mu
  9. ^ Layar Lara
  10. ^ Spanar Jaya
  11. ^ [5]