Mambang (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Mambang"
Single oleh Altimet
daripada album Air
Dilancarkan pada26 Februari 2018
Dirakamkan pada2017
Format
GenreHip hop
Panjang3:46 minit
SyarikatWarner Music Malaysia
Penulis
PenerbitAltimet
Kronologi Kronologi single Altimet
""KL Wangan"
(2017)"
"Mambang" ""Bunga"
(2018)"
"Mambang" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Mambang" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Altimet, dikeluarkan pada 26 Februari 2018 sebagai single pertama dari album keempatnya, Air (2018). Lagu ini menjadi sohor kini di media sosial apabila ia dikatakan ditujukan kepada Malique, namun Altimet menjelaskan "Mambang" ialah mengenai dirinya sendiri.[1][2][3]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 3 minit dan 46 saat, "Mambang" ialah sebuah lagu hip hop yang menampilkan elemen nusantara dengan unsur muzik gamelan yang unik.[2] Melodi untuk lagu ini ialah hasil nukilan Alif Ilham dan Emir Hermono sementara liriknya ditulis oleh Altimet sendiri.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas dikeluarkan, "Mambang" menjadi sohor kini dan subjek kontroversi apabila warganet dan peminat membuat andaian bahawa lirik lagu itu dikatakan ditujukan kepada lagenda hip hop, Malique yang merupakan bekas ahli kumpulan Too Phat.[4][5][6] Dalam temubual bersama mStar Online, Altimet menjelaskan melodi dan lirik "Mambang" berkisarkan mengenai dirinya sendiri. Beliau berkata:

"Tidak. Ia bukan berkenaan atau ditujukan kepada sesiapa dan perkara ini memang yang banyak bertanya kepada saya. Tahun lalu saya mendapat idea menghasilkan lagu ini daripada seorang teman apabila dia kata perjalanan dunia seni saya sudah jauh berjalan. Lirik lagu itu sebenarnya mengenai diri saya yang dahulu dan saya 'tembak' (menyentuh) diri saya yang sekarang. Saya lawan dengan diri sendiri [...] Mambang itu merujuk kepada diri saya yang lama dan pada tahap sekarang saya tak kisah jika masih ada yang tak percaya. Saya sendiri memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sebelum melancarkan "Mambang"".

Altimet dalam ciapan di Twitternya bagaimanapun, menyerahkan kuasa kepada peminat dan warganet untuk menilai kandungan lagu tersebut, mahupun percaya atau tidak.[7] Beliau turut mendedahkan "Mambang" bersifat abstrak mengikut konsep yang dicetuskannya iaitu 'aku lawan aku'.[8]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

"Mambang" dikeluarkan sebagai single pertama Altimet untuk album keempatnya, Air yang dikeluarkan pada Mac 2018 dan mendapat sambutan menggalakkan meskipun kurang disiarkan di stesen radio.[4][9][10] Muzik video lirik lagu ini telah meraih 500,000 jumlah tontonan dan menduduki tangga ke-7 dalam Carta Trending YouTube Malaysia.[4][11]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

"Mambang" ialah salah satu daripada 30 lagu yang dipersembahkan oleh Altimet secara langsung di konsert The Last Altimet Show yang berlangsung pada 16 Februari 2019.[12]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[13]
  1. "Mambang" – 3:46

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 26 Februari 2018 Muat turun digital[13]
Media penstriman[14]
Warner Music Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shaha Al-Fayed (18 Mac 2018). "Sejarah lagu 'diss track' dalam industri muzik negara". The Vocket. Dicapai pada 20 Disember 2018. Baru-baru ini industri muzik negara terutamanya arena hip-hop gempar dengan kemunculan lagu terbaru penyanyi rap terkenal Malaysia Altimet bertajuk ‘Mambang’. Lagu ini sangat menarik perhatian dengan menampilkan elemen nusantara serta patah-patah rap yang sangat jelas daripada Altimet. Namun yang menjadikan lagu ‘Mambang’ ini trending adalah apabila ada pendengar merumuskan bahawa lirik lagu ‘Mambang’ ini ditujukan kepada lagenda rap Malaysia iaitu Malique.
  2. ^ a b c Syaziyah Sharif (2 Mac 2018). "Betul ke lagu 'Mambang' ditujukan kepada Malique? Altimet buka mulut dan jawab spekulasi". Says. Dicapai pada 30 April 2018. "Nak percaya atau tak, terpulang".
  3. ^ "'Kalau nak bahasakan saya, sebut nama saya' - Altimet". Astro Awani. 21 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2018. Dicapai pada 30 April 2018.
  4. ^ a b c Mohd Al Qayum Azizi (5 Mac 2018). "'Mambang' kisah Altimet, bukannya menyerang Malique". mStar Online. Dicapai pada 30 April 2018. Penyanyi rap Altimet menyangkal dakwaan single terbaharunya Mambang adalah sebuah lagu 'menyerang' bekas anggota kumpulan Too Phat iaitu Malique.
  5. ^ Ash Nordin (2 Mac 2018). "Peminat hip hop dakwa lagu 'Mambang' ditujukan kepada Malique, ini cerita sebenar dari Altimet". Oh! Bulan. Dicapai pada 30 April 2018.
  6. ^ Mohamad Bakar (8 Mac 2018). ""Lagu Mambang bukan untuk Malique, tapi diri sendiri" - Altimet". Rojak Daily. Dicapai pada 30 April 2018.
  7. ^ "Netizen buat spekulasi, Altimet ceritakan di sebalik lagu Mambang". Era. Dicapai pada 30 April 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (8 Mac 2018). "Altimet nafi 'serang' Malique dalam lagu". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2018.
  9. ^ "Mambang bukan sindiran". Berita Harian. 12 Mac 2018. Dicapai pada 30 April 2018.
  10. ^ Georgie Joseph (11 April 2018). "Tak sindir sesiapa". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  11. ^ "Altimet ada mambang baru!". Suria. 1 Mac 2018. Dicapai pada 30 April 2018.
  12. ^ Syanty Octavia Amry (17 Januari 2019). "5,000 penonton meriahkan konsert akhir Altimet". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2019.
  13. ^ a b "Mambang - Single by Altimet". iTunes (MY). Dicapai pada 30 April 2018.
  14. ^ "Mambang - Single by Altimet". Spotify. Dicapai pada 30 April 2018.