Manāt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Manah" dilencongkan ke sini. Untuk tempat berhampiran dengan Makkah, sila lihat Mina.
Mitos Bulan Sabit Subur
series
Palm tree symbol.svg
Mitologi Mesopotamia
Mitologi Arab Silam
Mitologi Levant Silam
Tuhan Semenanjung Arab Pra-Islam

Manāt (Bahasa Arab: مناة‎) adalah salah seorang daripada tiga dewi utama Makkah.[1] Masyarakat Arab sebelum Islam mempercayai Manāt sebagai dewi takdir. Dia digelar dengan nama yang seasal Manawat kepada orang Nabatea dari Petra, yang menyamakannya dengan dewi Greek-Rom Nemesis dan dia dianggap isteri Hubal.[2] Dia juga disebut dalam al-Quran (Surah 53:20) yang masyarakat Arab pra-Islam mempercayai sebagai salah seorang anak perempuan Allah bersama dengan Allāt dan Al-‘Uzzá. Menurut Grunebaum dalam Classical Islam, nama Arab Manat adalah rakan selinguistik keyunanian Tyche, Dahr, 'Masa' yang ditakdirkan menangkap orang dan mencuri kewujudan mereka daripada tujuan dan nilai. Ada juga perkaitan dengan Khronos daripada mitologi Mithras dan Zurvan.[3] Kitab Berhala menjelaskannya:

Yang tersilam dari semua berhala ini adalah Manāt. Orang Arab pernah menamakan [anak mereka] 'Abd-Manāt dan Zayd-Manāt. Manāt didirikan di tepi pantai di kawasan sekitar al-Mushallal di Qudayd, di antara Madinah dan Mekah. Semua orang Arab pernah mnghormatinya dan berkorban deminya, dan membawa sebelumnya persembahan mereka... Kaum Aws dan Khazraj, dan juga orang Arab yang di kalangan orang Yathrib dan tempat lain yang mengambil ini sebagai cara hidup mereka, pergi berhijrah dan memerhati yang berwaspada di semua tempat yanf ditetapkan, tetapi tidak menyukur kepala mereka. Di hujung kehijrahan, sungguhpun, apabila mereka dalam perjalanan balik rumah, mereka akan pergi di mana Manāt berdiri, menyukur kepala mereka, dan tinggal di sana untuk sementara. Mereka tidak menganggap kehijrahan selesai sampai mereka melawat Manāt.
Kitab Berhala, pp 12-14[4]

Puak-puak ruling al-Madinah, dan orang Arab lain berlanjut menyembah Manat hingga zaman Muhammad.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Book of Idols
  2. ^ Hommel, First Encyclopaedia of Islam, Jil. 1. m/s. 380
  3. ^ Grunebaum, m/s. 24
  4. ^ B. al-Kalbī mengarang (N.A. Faris 1952, pp.12-14)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ibn al-Kalbī; (author) and Nabih Amin Faris (translator & commentary) (1952): The Book of Idols, Being a Translation from the Arabic of the Kitāb al-Asnām. Princeton University Press. US Library of Congress #52006741
  • Grunebaum, G. E. von (1970). Classical Islam: A History 600 A.D. - 1258 A.D.. Aldine Publishing Company. ISBN 202-15016-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Time in religion and mythology