Man Bai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah mengenai Man Bai. Untuk album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, sila lihat Man Bai (album Man Bai).
Man Bai
ManBai.jpg
Man Bai bersama gitarnya.
Latar belakang
Nama lahir Abdul Rahman bin Osman
Kelahiran (1967-11-30) 30 November 1967 (umur 49) [1]
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre Rock, pop rock
Pekerjaan Penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penerbit rakaman, penggubah lagu
Instrumen Vokal, gitar
Tahun aktif 1981 - kini
Label Roslan Aziz Productions (1991 - 2000)
Kegiatan berkait Kumpulan Gersang

Man Bai (lahir 30 November 1967) atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman merupakan seorang penyanyi rock Malaysia bermula sejak 1980-an.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya Man Bai menyertai kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981. Selepas melalui beberapa cabaran, kumpulan Gersang mula menjulang nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988.

Pada awal tahun 1990-an, Man Bai keluar dari kumpulan Gersang untuk menyanyi secara solo pada awal 1990-an. Dia mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan hit Kau Ilhamku pada tahun 1995.

Selepas album ketiga Gersang B-29 (1989) Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila suaranya menghadapi masaalah dan memerlukan pembedahan. Dia kemudian berehat selama hampir enam tahun.

Dia bekerja dengan Roslan Aziz Productions dari tahun 1991 hingga 2000.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album bersama Gersang
  • Masih Aku Terasa (1988),
  • Suratan Takdir (1989),
  • B29 (1990)
Album solo

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  1. Filem Layar Lara
  2. Cinta 200 Ela
  3. Filem Syukur 21
  4. Filem Ah Loke Cafe
  5. Filem Puteri Gunung Ledang
  6. 1957 Hati Malaya

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]