Manchester City F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Manchester City)
Jump to navigation Jump to search
Manchester City
Manchester City 2016.png
Nama penuhManchester City Football Club
GelaranCity, The Citizens, The Sky Blues
Diasaskan1880; sebagai St Mark's (West Gorton)
1894; sebagai Manchester City
StadiumStadium Bandaraya Manchester
(Muatan: 55,097[1])
PemilikKumpulan Bola Sepak City
ADUG – 87.21%
Kumpulan CITIC – 13.79%
PengerusiKhaldoon Al Mubarak
PengurusPep Guardiola
LigaLiga Perdana Inggeris
2017–18Liga Perdana, Pertama (juara)
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga

Manchester City FC ialah sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Bandaraya Manchester, England. Ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St. Marks (West Gorton), kelab ini bertukar nama kepada Ardwick Association Football Club pada tahun 1887 dan seterusnya kepada nama Manchester City F.C. pada tahun 1894. Kelab ini bermain di Stadium Bandaraya Manchester sejak tahun 2003, setelah bermain di Maine Road sejak tahun 1923.

Manchester City pertama kali bermain dalam peringkat tertinggi Liga Bola Sepak Inggeris pada tahun 1899 dan memenangi Piala FA pada tahun 1904. Tempoh paling berjaya kelab ini adalah dari tahun 1968 sehingga 1970 dimana mereka memenangi Kejuaraan Liga, Piala FA, Piala Liga dan Piala Pemenang Piala Eropah dibawah pasukan pengurusan Joe Mercer dan Malcolm Allison. Selepas tewas dalam perlawanan akhir Piala FA 1981, kelab ini telah melalui tempoh kemerosotan, menyebabkan mereka tersingkir ke peringkat ketiga bola sepak Inggeris pada tahun 1998. Setelah kembali ke Liga Perdana Inggeris pada awal 2000-an, Manchester City dibeli oleh Abu Dhabi United Group pada tahun 2008. Kelab ini berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012, 2014 dan 2018.

Pada musim 2013–14, Manchester City mempunyai pendapatan keenam tertinggi di dalam dunia bola sepak dengan pendapatan tahunan sebanyak €414.4 juta,[2] dan merupakan pasukan bola sepak kelima paling berharga di dunia dengan anggaran nilai $1.38 bilion menurut majalah Forbes.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fifteen men posing across three rows. Eleven of the men are wearing a football kit with a Maltese Cross on the breast. The other four are wearing suits and top hats.
St. Marks (Gorton) pada tahun 1884 [4]

City memperoleh kejayaan pertama mereka dengan memenangi Divisyen Dua pada tahun 1899; dengan itu mereka dinaikkan pangkat ke peringkat tertinggi dalam bola sepak Inggeris, Divisyen Satu. Mereka memenangi kejayaan besar pertama mereka pada 23 April 1904, dengan menewaskan Bolton Wanderers 1-0 di Crystal Palace untuk memenangi Piala FA; City terlepas untuk memenangi kejuaraan berganda liga dan Piala FA, selepas menamatkan liga di tempat kedua tetapi City menjadi kelab pertama di Manchester untuk memenangi kejuaraan. Pada musim berikutnya, kelab ini telah dibelenggu dengan dakwaan penyelewengan kewangan, menyebabkan penggantungan tujuh belas pemain pada tahun 1906, termasuk kapten Billy Meredith, yang kemudiannya berpindah ke Manchester United. Satu kebakaran di Hyde Road memusnahkan tempat penonton utama pada tahun 1920, dan pada tahun 1923 kelab ini berpindah ke stadium yang baru dibina mereka, Maine Road yang terletak di Moss Side.

A group of thirteen men, eleven in association football attire typical of the early twentieth century and two in suits. A trophy sits in front of them
Pasukan Manchester City yang memenangi Piala FA pada tahun 1904

Pada tahun 1930-an, Manchester City layak ke dua perlawanan akhir berturut-turut Piala FA, kalah kepada Everton pada tahun 1933, sebelum memenangi Piala dengan menewaskan Portsmouth pada tahun 1934. Semasa musim Piala FA 1934, Manchester City memecah rekod penonton teramai dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris, 84569 peminat membanjiri Maine Road untuk pusingan keenam Piala FA menentang Stoke City pada tahun 1934 -. rekod yang masih kekal hingga ke hari ini. Kelab ini memenangi gelaran Divisyen Satu buat pertama kali pada tahun 1937 tetapi telah diturunkan divisyen pada musim berikutnya walaupun menjaringkan lebih banyak gol daripada mana-mana pasukan lain dalam liga. Dua puluh tahun kemudian, pasukan City yang diilhamkan oleh sistem taktikal yang dikenali sebagai Pelan Revie memasuki perlawanan akhir berturut-turut Piala FA sekali lagi, pada tahun 1955 dan 1956; seperti pada tahun 1930, mereka tewas dalam perlawanan yang pertama, kepada Newcastle United dan memenangi yang kedua. Perlawanan akhir 1956, di mana Manchester City menewaskan Birmingham City 3-1, adalah salah satu perlawanan akhir yang paling terkenal sepanjang zaman, dan diingati kerana penjaga gol City, Bert Trautmann terus bermain selepas tidak sedar lehernya patah.

Selepas penyingkiran ke Divisyen Dua pada tahun 1963, masa depan City kelihatan gelap dengan rekod kehadiran penonton yang rendah iaitu 8,015 penonton ketika menentang Swindon Town pada bulan Januari 1965. Pada musim panas tahun 1965, pasukan pengurusan Joe Mercer dan Malcolm Allison telah dilantik. Dalam musim pertama di bawah Mercer, City memenangi gelaran Divisyen Dua dan membuat pembelian penting Mike Summerbee dan Colin Bell. Dua musim kemudian, pada musim 1967-1968, Manchester City memenangi Kejohanan Liga buat kali kedua, merangkul gelaran pada hari terakhir musim dengan kemenangan 4-3 di Newcastle United dan menewaskan jiran terdekat mereka Manchester United di tempat kedua. Trofi seterusnya yang dimenangi adalah Piala FA pada tahun 1969, sebelum mencapai kejayaan Eropah dengan memenangi Piala UEFA pada tahun 1970, mengalahkan Górnik Zabrze 2-1 di Vienna. City turut memenangi Piala Liga musim itu, menjadi pasukan Inggeris yang kedua untuk memenangi trofi Eropah dan trofi domestik pada musim yang sama.

Kelab ini terus mencabar pasukan lain untuk kejuaraan sepanjang tahun 1970-an, mengakhiri musim satu mata di belakang juara liga sebanyak dua kali dan layak ke perlawanan akhir Piala Liga 1974. Salah satu perlawanan dalam tempoh ini yang paling diingati oleh penyokong Manchester City adalah perlawanan terakhir musim 1973-74 terhadap musuh ketat Manchester United yang memerlukan kemenangan untuk mengelakkan penyingkiran. Bekas pemain United Denis Law menjaringkan gol dengan gaya backheel untuk memberikan City kemenangan 1-0 di Old Trafford dan mengesahkan penyingkiran pesaing mereka. Trofi akhir dalam tempoh paling berjaya kelab itu dicapai pada tahun 1976, apabila Newcastle United tewas 2-1 pada perlawanan akhir Piala Liga.

Malcolm Allison menyertai semula kelab itu untuk menjadi pengurus untuk kali kedua pada tahun 1979, tetapi mensia-siakan sejumlah besar wang ke atas pembelian yang gagal seperti Steve Daley. Pertukaran pengurus berganti-ganti. Tujuh dalam tempoh 1980-an. Di bawah John Bond, City layak ke perlawanan akhir Piala FA 1981 tetapi tewas dalam perlawanan ulangan kepada Tottenham Hotspur. Kelab ini telah dua kali diturunkan divisyen dalam tempoh 1980-an (pada tahun 1983 dan 1987), tetapi kembali ke divisyen utama sekali lagi pada tahun 1989 dan menduduki tempat kelima pada tahun 1991 dan 1992 di bawah pengurusan Peter Reid. Walau bagaimanapun, ini hanya bersifat sementara dan berikutan pemergian Reid nasib Manchester City terus pudar. City adalah pengasas Liga Perdana setelah penciptaannya pada tahun 1992, tetapi selepas tamat ditempat kesembilan pada musim pertama mereka mengalami tiga musim yang sukar sebelum diturunkan liga pada tahun 1996. Selepas dua musim dalam Divisyen Satu, City jatuh ke divisyen terendah dalam sejarag mereka, menjadi pemenang trofi Eropah kedua yang diturunkan ke liga peringkat ketiga negara mereka, selepas 1. FC Magdeburg dari Jerman.

Selepas penyingkiran, kelab ini telah melalui pergolakan di luar padang, dengan pengarah baru David Bernstein memperkenalkan disiplin fiskal yang lebih besar. Di bawah pengurus Joe Royle, City dinaikkan liga dalam percubaan pertama mereka, dicapai dengan cara yang dramatik dalam perlawanan play-off menentang Gillingham. Kenaikkan liga berturut-turut menyaksikan City kembali ke bahagian atas tetapi ini terbukti merupakan satu langkah langkah terlalu jauh untuk kelab yang berada dalam proses pemulihan dan pada tahun 2001, City telah diturunkan liga sekali lagi. Kevin Keegan meggantikan Royle sebagai pengurus dan mencapai pulangan segera ke liga utama selepas kelab ini memenangi Divisyen Satu musim 2001-02, dimana mereka turut memecahkan rekod mata dan gol yang dijaringkan dalam satu musim. Musim 2002-03 adalah musim terakhir di Maine Road dan termasuk kemenangan 3-1 ke atas musuh derby Manchester United, mengakhiri tempoh 13 tahun tanpa kemenangan derby. City juga layak ke pertandingan Eropah untuk pertama kali dalam 25 tahun. Pada musim 2003, City berpindah ke Stadium Bandaraya Manchester. Empat musim pertama City di stadium itu berakhir di pertengahan liga. Bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson menjadi pengurus pertama kelab itu yang berasal dari luar negara apabila dilantik pada tahun 2007. Selepas persembahan permulaan baik tetapi pudar pada separuh kedua musim, Eriksson telah dipecat pada Jun 2008. Eriksson telah digantikan oleh Mark Hughes dua hari kemudian pada 4 Jun 2008.

Pada tahun 2008, kelab ini berada pada kedudukan kewangan yang tidak menentu. Thaksin Shinawatra telah mengambil kawalan kelab ini tahun sebelumnya, tetapi krisis politiknya menyaksikan asetnya dibekukan. Pada bulan Ogos 2008, kelab ini telah dibeli oleh Abu Dhabi United Group. Pengambil alihan ini telah diikuti oleh tawaran tergesa-gesa untuk mendapatkan pemain berprofil tinggi; kelab ini memecahkan rekod perpindahan British dengan menandatangani pemain antarabangsa Brazil, Robinho dari Real Madrid dengan yuran perpindahan untuk £32.5 juta. Persembahan City tiada peningkatan yang besar dari musim sebelumnya walaupun perbelanjaan wang yang banyak, dengan pasukan hanya menduduki tempat kesepuluh, walaupun mereka melakukannya dengan baik untuk mara ke suku akhir Piala UEFA. Pada musim panas tahun 2009, kelab ini telah melakukan perbelanjaan pemindahan ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan perbelanjaan lebih daripada £100 juta untuk pemain Gareth Barry, Roque Santa Cruz, Kolo Touré, Emmanuel Adebayor, Carlos Tévez dan Joleon Lescott. Pada bulan Disember 2009, Mark Hughes yang dilantik tidak lama sebelum pertukaran pemilik pada asalnya dikekalkan oleh lembaga pengarah baru telah digantikan oleh Roberto Mancini. City menamatkan musim di tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris, hampir layak ke Liga Juara-Juara, dan bertanding dalam Liga Europa pada musim 2010-11.

Pelaburan yang berterusan dalam pemain pada musim berikutnya dan hasil mula menampakkan hasil dengan peningkatan kualiti pemain. City layak ke perlawanan akhir Piala FA 2011, perlawanan akhir pertama mereka dalam tempoh lebih daripada tiga puluh tahun, selepas mengalahkan saingan derby Manchester United pada separuh akhir, yang merupakan pertama kali mereka menyingkirkan pesaing mereka keluar dari pertandingan piala sejak tahun 1975. Mereka mengalahkan Stoke City 1-0 dalam perlawanan akhir, memenangi Piala FA mereka yang kelima, dan merupakan trofi pertama kelab itu sejak memenangi Piala Liga 1976. Pada minggu yang sama, City melayakkan diri ke Liga Juara-Juara UEFA untuk kali pertama sejak tahun 1968 dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur. Pada hari terakhir musim 2010-11, City mengatasi Arsenal untuk tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, dengan itu mendapatkan kelayakan terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Persembahan yang kukuh terus diikuti pada musim 2011-12, termasuk menewaskan Tottenham 5-1 di White Hart Lane dan menundukkan Manchester United dengan jaringan 6-1 di tempat lawan. Walaupun persembahan kukuh City berkurangan di pertengahan musim, dan pada satu ketika City jatuh lapan mata di belakang musuh ketat mereka dengan hanya enam perlawanan lagi untuk bermain, kemerosotan tidak diduga oleh juara sebelumnya menyebabkan City kembali memberikan saingan dengan berbaki dua perlawanan, membentuk perlawanan kemuncak liga yang menarik dengan kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama. Walaupun City hanya memerlukan satu kemenangan menentang pasukan di zon penyingkiran, mereka masih ketinggalan gol di belakang pada akhir masa biasa, yang menyebabkan beberapa pemain United untuk menyelesaikan permainan mereka meraikan dengan kepercayaan bahawa mereka telah memenangi liga. Dua gol dalam masa kecederaan - termasuk satu dijaringkan ketika hampir lima minit selepas waktu biasa telah berlalu - menyebabkan kemenangan pada saat-saat akhir, kali pertama kelab dalam tempoh 44 tahun, dan menjadi pasukan yang kelima untuk memenangi Liga Perdana Inggeris sejak penciptaannya pada tahun 1992. Selepas kemenangan itu, media UK dan dari seluruh dunia menyatakan kemuncak perlawanan ini sebagai saat paling hebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Perlawanan ini juga diingati kerana bekas pemain City, Joey Barton dibuang padang selepas tiga insiden yang layak diberikan kad merah ke atas tiga pemain City hanya dalam tempoh beberapa saat, menyebabkan dia digantung 12 perlawanan yang memaksa beliau untuk meninggalkan bola sepak Inggeris.

Penyokong Manchester City selepas kemenangan Liga Perdana Inggeris 2011–12.

Selepas menamatkan musim, ramai yang percaya bahawa kemenangan ini akan merangsangkan City. Hampir tiada pemain menyertai kelab itu sehingga hari terakhir musim, apabila saat-saat akhir aktiviti perpindahan menyaksikan empat pemain yang berbeza menyertai kelab ini dalam tempoh 10 jam. City mengakhiri musim di tempat kedua, dan hanya memberi sedikit saingan untuk memenangi liga. Dalam Liga Juara-Juara Eropah, kelab ini telah tersingkir pada peringkat kumpulan untuk musim kedua berturut-turut, dalam keputusan yang seolah-olah untuk mengesahkan reputasi Mancini sebagai jauh lebih baik menguruskan perlawanan domestik berbanding Eropah, manakala perlawanan akhir kedua Piala FA dalam tiga musim berakhir dengan kekalahan 1-0 kepada Wigan Athletic, selepas khabar angin mengatakan bahawa Mancini akan dipecat. Mancini telah dipecat dua hari kemudian, kononnya kerana beliau telah gagal mencapai sasaran beliau untuk musim ini tetapi media mencadangkan hubungan antara Mancini dan pemainnya dan juga dengan pengarah kelab itu, manakala keengganan untuk menggunakan pemain muda juga disebut. Di tempat beliau telah dilantik Manuel Pellegrini, yang mempunyai rekod yang lebih mengagumkan dalam Liga Juara-Juara tetapi kurang memenangi trofi. Pada musim pertama Pellegrini, City memenangi Piala Liga dan kejuaraan Liga Perdana pada hari terakhir musim. Pada musim 2014/15, 2 gelaran yang dipegang City masing-masing gagal dipertahankan apabila kedua-dua gelaran tersebut menjadi milik pencabar terdekat mereka, Chelsea F.C. Namun pada musim 2015/16, City mulakan musim baharu dengan langkah cemerlang tetapi menunjukkan penurunan apabila sampai ke pertengahan liga. Akan tetapi, City kembali memenangi Piala Liga selepas semusim tidak memperolehnya.

Logo kelab dan warna[sunting | sunting sumber]

Warna tuan rumah Manchester City adalah biru langit dan putih. Warna tradisi tempat lawan adalah maroon atau (bermula tahun 1960an) merah dan hitam; walau bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa warna berlainan telah digunakan. Asal-usul warna tuan rumah kelab ini tidak jelas tetapi terdapat bukti bahawa kelab ini telah memakai warna biru sejak tahun 1892 atau lebih awal. Sebuah buku kecil bertajuk Famous Football Clubs – Manchester City diterbitkan pada tahun 1940an menunjukkan bahawa West Gorton (St. Marks) pada asalnya bermain memakai warna merah dan hitam, dan laporan bertarikh dari tahun 1884 mengambarkan pasukan ini memakai jersi hitam dengan lambang salib berwarna putih, menunjukkan asal usul kelab ini sebagai pasukan gereja.[5] Warna tempat lawan merah dan hitam datang daripada bekas pembantu pengurus, Malcolm Allison, yang percaya bahawa menggunakan warna A.C. Milan akan memberi inspirasi kepada City untuk mencapai kejayaan.[6] Teori Allison berjaya dengan City memenangi perlawanan akhir Piala FA 1969, perlawanan akhir Piala Liga 1970 dan perlawanan akhir Piala Pemenang Piala Eropah 1970 dengan memakai belang merah dan hitam bertentangan dengan warna tuan rumah kelab berwarna biru langit.

Logo semasa kelab ini telah diguna pakai sejak tahun 1997 selepas logo sebelum ini tidak memenuhi syarat untuk didaftarkan sebagai tanda dagangan. Logo ini adalah berdasarkan jata bandar Manchester dan terdiri daripada perisai di hadapan seekor helang emas. Helang ini adalah simbol lambang lama kota Manchester, seekor helang emas telah ditambah kepada logo City pada tahun 1958 (tetapi sejak itu telah dibuang), mewakili industri penerbangan yang semakin berkembang. Perisai ini mempunyai kapal di separuh atasnya mewakili Manchester Ship Canal, dan tiga jalur pepenjuru di bahagian bawah melambangkan tiga sungai di bandar ini - Irwell, Irk dan Medlock. Di bahagian bawah logo ini mempunyai motto Superbia in Proelio yang bermaksud Pride in Battle dalam Latin. Di atas helang dan perisai adalah tiga bintang, untuk hiasan semata-mata.

City sebelum ini telah menggunakan dua logo berlainan pada jersi mereka. Yang pertama, diperkenalkan pada tahun 1970, adalah berdasarkan reka bentuk yang telah digunakan pada dokumentasi rasmi kelab sejak pertengahan tahun 1960-an. Ia terdiri daripada logo bulat yang menggunakan perisai yang sama seperti logo semasa, di dalam bulatan mengandungi nama kelab. Pada tahun 1972, ini telah digantikan dengan variasi yang menggantikan bahagian bawah perisai dengan warna ros merah Lancashire. Ketika Manchester City bermain dalam perlawanan akhir piala, logo seperti biasa tidak digunakan; sebaliknya jersi memaparkan logo kota Manchester digunakan, sebagai simbol kebanggaan mewakili kota Manchester dalam acara besar.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad utama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 September 2018
No. Posisi Pemain
1 Chile GK Claudio Bravo
2 England DF Kyle Walker
3 Brazil DF Danilo
4 Belgium DF Vincent Kompany (kapten)
5 England DF John Stones
7 England MF Raheem Sterling
8 Jerman MF İlkay Gündoğan
10 Argentina FW Sergio Agüero
14 Perancis DF Aymeric Laporte
15 Perancis DF Eliaquim Mangala
17 Belgium MF Kevin De Bruyne
18 England MF Fabian Delph
19 Jerman MF Leroy Sané
20 Portugal MF Bernardo Silva
No. Posisi Pemain
21 Sepanyol MF David Silva
22 Perancis DF Benjamin Mendy
25 Brazil MF Fernandinho
26 Algeria MF Riyad Mahrez
30 Argentina DF Nicolás Otamendi
31 Brazil GK Ederson
32 England GK Daniel Grimshaw
33 Brazil FW Gabriel Jesus
34 Belanda DF Philippe Sandler
35 Ukraine MF Oleksandr Zinchenko
47 England MF Phil Foden
49 Montenegro GK Arijanet Muric
55 Sepanyol MF Brahim Díaz
74 England FW Luke Bolton

Keluar secara pinjaman[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
24 England DF Tosin Adarabioyo (di West Bromwich Albion sehingga 30 Jun 2019)
27 England MF Patrick Roberts (di Girona sehingga 30 Jun 2019)
29 Colombia FW Marlos Moreno (di Flamengo sehingga 31 Disember 2018)
43 England FW Lukas Nmecha (di Preston North End sehingga 30 Jun 2019)
58 England DF Charlie Oliver (di Brentford sehingga 1 Januari 2019)
62 England MF Brandon Barker (di Preston North End sehingga 30 Jun 2019)
No. Posisi Pemain
65 Wales MF Matthew Smith (di FC Twente sehingga 30 Jun 2019)
67 Sepanyol MF Paolo Fernandes (di NAC Breda sehingga 30 Jun 2019)
68 Perancis FW Thierry Ambrose (di Lens sehingga 30 Jun 2019)
75 Sepanyol MF Aleix García (di Girona sehingga 30 Jun 2019)
76 Sepanyol MF Manu García (di Toulouse sehingga 30 Jun 2019)
79 England DF Edward Francis (di Almere City sehingga 30 Jun 2019)

Nombor ditamatkan[sunting | sunting sumber]

23 Cameroon Marc-Vivien Foé, Pemain tengah (2002–03) – penghormatan selepas kematian.

Pemain Terbaik Tahunan[sunting | sunting sumber]

 
Tahun Pemenang
1985–86 England Kenny Clements
1986–87 Scotland Neil McNab
1987–88 England Steve Redmond
1988–89 Scotland Neil McNab
1989–90 Scotland Colin Hendry
1990–91 Republik Ireland Niall Quinn
1991–92 England Tony Coton
1992–93 England Garry Flitcroft
1993–94 England Tony Coton
1994–95 Jerman Uwe Rösler
 
Tahun Pemenang
1995–96 Georgia (negara) Georgi Kinkladze
1996–97 Georgia (negara) Georgi Kinkladze
1997–98 England Michael Brown
1998–99 Belanda Gerard Wiekens
1999–2000 Bermuda Shaun Goater
2000–01 Australia Danny Tiatto
2001–02 Algeria Ali Benarbia
2002–03 Perancis Sylvain Distin
2003–04 England Shaun Wright-Phillips
2004–05 Republik Ireland Richard Dunne
 
Tahun Pemenang
2005–06 Republik Ireland Richard Dunne
2006–07 Republik Ireland Richard Dunne
2007–08 Republik Ireland Richard Dunne
2008–09 Republik Ireland Stephen Ireland
2009–10 Argentina Carlos Tevez
2010–11 Belgium Vincent Kompany
2011–12 Argentina Sergio Agüero
2012–13 Argentina Pablo Zabaleta
2013–14 Côte d'Ivoire Yaya Touré
2014–15 Argentina Sergio Agüero
 
Tahun Pemenang
2015–16 Belgium Kevin De Bruyne
2016–17 Sepanyol David Silva
2017–18 Belgium Kevin De Bruyne

Staf[sunting | sunting sumber]

Pengurusan korporat[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Pengerusi Emiriah Arab Bersatu Khaldoon Al Mubarak
Pengarah Republik Rakyat China Ruigang Li
Ketua Pegawai Eksekutif Sepanyol Ferran Soriano
Pengarah Teknikal Global Kumpulan Bola Sepak City Sepanyol Rodolfo Borrell
Pengarah Bukan-Eksekutif Emiriah Arab Bersatu Mohamed Al Mazrouei
Pengarah Bukan-Eksekutif England Simon Pearce
Pengarah Bukan-Eksekutif England John Macbeath
Pengarah Bukan-Eksekutif Amerika Syarikat Marty Edelman
Pengarah Bukan-Eksekutif Itali Alberto Galassi
Pengarah Akademi Bola Sepak City England Brian Marwood

Pengurusan pasukan[sunting | sunting sumber]

Pengurus semasa City, Pep Guardiola
Jawatan Nama
Pengarah Bola Sepak Sepanyol Txiki Begiristain
Ketua Jurulatih Sepanyol Pep Guardiola
Penolong Jurulatih Bersama England Brian Kidd
Penolong Jurulatih Bersama Sepanyol Mikel Arteta
Penolong Jurulatih Bersama Sepanyol Domènec Torrent
Penolong Jurulatih Bersama Sepanyol Rodolfo Borrell
Jurulatih Penjaga Gol Sepanyol Xabier Mancisidor
Jurulatih Kecergasan Sepanyol Jose Cabello
Jurulatih Kecergasan Sepanyol Lorenzo Buenaventura
Penganalisa Video Sepanyol Carles Planchart
Pasukan Utama Sepanyol Manuel Estiarte
Ketua Kejurulatihan (Akademi) England Jason Wilcox
Pengurus Pembangunan Elit Bawah-21 Wales Simon Davies
Jurulatih Penjaga Gol Bawah-21 Wales Andy Mulliner
Pengurus Pasukan Akademi Bawah-18 Wales Gareth Taylor
Pembantu Pengurus Pasukan Akademi Bawah-18 England John Mullin
Jurulatih Penjaga Gol Pasukan Akademi Bawah-18 England Richard Wright
Ketua Pencari Bakat Itali Carlo Cancellieri
Pencari Bakat Republik Czech Jan Říčka
Pencari Bakat Denmark Sebastian Arnesen
Pencari Bakat England Dean Ramsdale

Pengurus terkenal[sunting | sunting sumber]

Nama Dari Sehingga Perlawanan Menang Seri Kalah Menang % Kejayaan/nota
1902 1906 &&&&&&&&&&&&0150.&&&&&0150 &&&&&&&&&&&&&089.&&&&&089 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&&059.33000059.33 Piala FA 1904
1932 1946 &&&&&&&&&&&&0352.&&&&&0352 &&&&&&&&&&&&0158.&&&&&0158 &&&&&&&&&&&&&071.&&&&&071 &&&&&&&&&&&&0123.&&&&&0123 &&&&&&&&&&&&&044.89000044.89 Piala FA 1934
Divisyen Pertama 1936–37
Perisai Amal 1937
1950 1963 &&&&&&&&&&&&0592.&&&&&0592 &&&&&&&&&&&&0220.&&&&&0220 &&&&&&&&&&&&0127.&&&&&0127 &&&&&&&&&&&&0245.&&&&&0245 &&&&&&&&&&&&&037.16000037.16 Piala FA 1956
1965 1971 &&&&&&&&&&&&0340.&&&&&0340 &&&&&&&&&&&&0149.&&&&&0149 &&&&&&&&&&&&&094.&&&&&094 &&&&&&&&&&&&&097.&&&&&097 &&&&&&&&&&&&&043.82000043.82 Divisyen Kedua 1965–66
Divisyen Pertama 1967–68
Perisai Amal 1968
Piala FA 1969
Piala Pemenang Piala Eropah 1970
Piala Liga 1970
1973 1980 &&&&&&&&&&&&0269.&&&&&0269 &&&&&&&&&&&&0114.&&&&&0114 &&&&&&&&&&&&&075.&&&&&075 &&&&&&&&&&&&&080.&&&&&080 &&&&&&&&&&&&&042.38000042.38 Piala Liga 1976
2009 2013 &&&&&&&&&&&&0191.&&&&&0191 &&&&&&&&&&&&0113.&&&&&0113 &&&&&&&&&&&&&038.&&&&&038 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040 &&&&&&&&&&&&&059.16000059.16 Piala FA 2011
Liga Perdana Inggeris 2011–12
Perisai Komuniti FA 2012
2013 2016 &&&&&&&&&&&&0108.&&&&&0108 &&&&&&&&&&&&&069.&&&&&069 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&063.89000063.89 Piala Liga 2014
Liga Perdana Inggeris 2013–14
Piala Liga 2016

Penyokong[sunting | sunting sumber]

Manchester City mempunyai jumlah penyokong yang besar walaupun kurang mencapai kejayaan di atas padang. Sejak berpindah ke Stadium Bandaraya Manchester, purata kehadiran penyokong Manchester City berada dalam enam teratas di England,[7] biasanya melebihi 40,000. Malah pada lewat 1990an, apabila kelab ini tersingkir liga dua kali dalam tiga musim dan bermain dalam peringkat ketiga bola sepak Inggeris, kehadiran penyokong di tempat sendiri adalah sekitar 30,000, berbanding dengan purata dalam divisyen itu iaitu kurang daripada 8,000.[8] Penyelidikan yang dijalankan oleh Manchester City pada tahun 2005 menganggarkan terdapat 886,000 penyokong di United Kingdom dan melebihi 2 juta di seluruh dunia, sejak pengambil alihan kelab oleh Sheikh Mansour dan kejayaan memenangi trofi baru-baru ini, jumlah penyokong telah bertambah berlipat ganda.[9]

Kelab penyokong Manchester City yang diiktiraf secara rasmi adalah Manchester City FC Supporters Club (1949), dibentuk daripada penggabungan dua organisasi sedia ada pada tahun 2010: the Official Supporters Club (OSC) dan the Centenary Supporters Association (CSA).[10] Terdapat beberapa majalah yang diterbitkan oleh penyokong; yang paling lama ialah King of the Kippax dan ia merupakan satu-satunya yang masih diterbitkan.[11] Lagu penyokong City adalah "Blue Moon".

Persaingan Manchester City yang paling besar adalah dengan jiran tetangga, Manchester United dimana perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini digelar derby Manchester. Pada tahun 2010, penyokong City mula melakukan tarian yang dipanggil The Poznań, darida penyokong kelab Poland, Lech Poznań.[12][13]

Pemilikan dan kewangan[sunting | sunting sumber]

Syarikat induk bagi Manchester City F.C., Manchester City Limited, ialah sebuah syarikat sendirian berhad dengan kira-kira 54 juta saham dalam terbitan. Kelab ini telah berada dalam tangan swasta sejak tahun 2007, apabila pemegang saham utama bersetuju untuk menjual pegangan mereka kepada UK Sports Investments Limited (UKSIL), sebuah syarikat yang dikuasai oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra. UKSIL kemudian membuat tawaran rasmi untuk membeli saham yang dipegang oleh beberapa ribu pemegang saham kecil.

Sebelum pengambilalihan Thaksin, kelab ini telah disenaraikan di pasaran ekuiti bebas pakar PLUS (sebelum ini OFEX),[14] dimana ia telah disenaraikan sejak tahun 1995. Pada 6 Julai 2007, selepas memperolehi 75% saham, Thaksin mengeluarkan kelab ini daripada senarai dan mendaftarkan semula sebagai sebuah syarikat swasta.[15] Menjelang bulan Ogos, UKSIL telah memperolehi lebih daripada 90% saham, dan telah menjalankan haknya di bawah Akta Syarikat untuk "memerah" pemegang saham yang lain, dan mengambil alih keseluruhan pegangan saham. Thaksin Shinawatra menjadi pengerusi kelab dan dua anak Thaksin, Pintongta dan Oak Chinnawat juga menjadi pengarah. Bekas pengerusi, John Wardle kekal dalam lembaga selama setahun tetapi meletak jawatan pada bulan Julai 2008 selepas pelantikan eksekutif Nike, Garry Cook sebagai pengerusi eksekutif pada bulan Mei.[16] Kelab ini mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak £11j pada tahun akhir 31 Mei 2007, tahun terakhir dimana akaun diterbitkan sebagai syarikat awam.[17]

Pembelian Thaksin mendorong satu tempoh perbelanjaan di kelab,[18] dengan perbelanjaan sekitar £30 juta,[19] dimana pada musim-musim ini perbelanjaan kelab merupakan antara yang terendah dalam liga. Pada 1 September 2008, Abu Dhabi United Group Investment and Development Limited menyelesaikan pengambil alihan Manchester City. Perjanjian ini, dilaporkan bernilai £200 juta diumumkan pada pagi 1 September.

Kumpulan Bola Sepak City[sunting | sunting sumber]

Dicipta pada musim 2013–14 untuk menguruskan kepentingan bola sepak global Abu Dhabi United Group, Kumpulan Bola Sepak City ialah sebuah syarikat memiliki kepentingan dalam rangkaian kelab global untuk tujuan perkongsian sumber, rangkaian akademi dan pemasaran. Melalui Kumpulan Bola Sepak City, City memiliki kepentingan dalam beberapa kelab:

Pada 23 Januari 2014, ia telah diumumkan bahawa Manchester City telah bekerjasama dengan francais liga ragbi Australia, Melbourne Storm, membeli kepentingan majoriti dalam pasukan A-League, Melbourne City FC.
Pada 20 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Manchester City telah bekerjasama dengan syarikat automotif Jepun, Nissan untuk menjadi pemegang saham minoriti dalam pasukan J-League, Yokohama F. Marinos.
Pada 21 Mei 2013, ia telah diumumkan bahawa Manchester City telah bekerjasama dengan francais besbol Amerika Syarikat, New York Yankees untuk meperkenalkan pasukan ke-20 Major League Soccer, New York City FC sebagai pemegang saham majoriti. Kelab ini mula bermain pada musim 2015 Major League Soccer.
Pada 5 April 2017, CFG mengesahkan pembelian pasukan divisyen kedua Uruguay, Club Atlético Torque.
Pada 23 Ogos 2017, ia telah diumumkan bahawa Kumpulan Bola Sepak City telah mendapatkan 44.3% pasukan La Liga, Girona FC. 44.3% yang lain dipegang oleh Kumpulan Bola Sepak Girona.

Stadium[sunting | sunting sumber]

Stadium Manchester City adalah Stadium Bandaraya Manchester, juga dikenali sebagai Eastlands dan Stadium Etihad sejak bulan Julai 2011 atas komitmen tajaan. Stadium ini terletak di Timur Manchester dan merupakan sebahagian daripada pajakan operasi 200 tahun daripada Majlis Bandaraya Manchester selepas Sukan Komanwel 2002. Stadium ini telah menjadi stadium tuan rumah City sejak akhir musim 2002–03 selepas kelab ini berpindah dari Maine Road.[25] Sebelum berpindah ke stadium ini, Manchester City membelanjakan lebih daripada £30 juta untuk menukarnya kepada kegunaan bola sepak. Perlawanan pertama di stadium baru adalah kemenangan 2–1 ke atas FC Barcelona dalam perlawanan persahabatan.[26] Kapasiti semasa sejak musim panas tahun 2013 adalah 47,405 selepas selepas pelbagai pengubahsuaian stadium di bawah pemilik baru sejak tahun 2008.[27]

Manchester City telah menggunakan beberapa stadium dalam sejarah mereka: selepas bermain di lima stadium diantara tahun 1880 sehingga 1887, kelab ini bermain di Stadium Bola Sepak Hyde Road selama 36 tahun.[28] Selepas kebakaran memusnahkan Main Stand pada tahun 1920, kelab ini berpindah ke Maine Road yang berkapasiti 84-000 tiga tahun kemudian.

Pemandangan panorama Stadium Bandaraya Manchester

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Manuel Pellegrini bersama trofi Liga Perdana Inggeris selepas muncul juara musim 2013–14.
Liga
  • Divisyen Dua Inggeris / Divisyen Pertama
    • Juara (7): 1898–99, 1902–03, 1909–10, 1927–28, 1946–47, 1965–66, 2001–02
  • Play-off Divisyen Tiga Inggeris
    • Juara (1): 1998–99
Piala
  • Piala FA Inggeris
    • Juara (6): 1903–04, 1933–34, 1955–56, 1968–69, 2010–11 , 2018-19
Eropah

Rekod[sunting | sunting sumber]

  • Kemenangan terbesar dalam Liga — 11-3 v. Lincoln City F.C. (23 Mac, 1895)
  • Kemenangan terbesar dalam Piala FA — 12-0 v. Liverpool Stanley (4 Oktober, 1890)
  • Kekalahan terbesar dalam Liga — 1-9 v. Everton F.C. (3 September, 1906)
  • Kekalahan terbesar dalam Piala FA — 0-6 v. Preston North End F.C. (Januari 1897)
  • Kehadiran penonton tertinggi — 84,569 v. Stoke City F.C. (3 Mac, 1934)
  • Kemunculan terbanyak perlawanan liga — 561 + 3 sub, Alan Oakes 1958-76
  • Kemunculan terbanyak keseluruhan — 668 + 4 sub, Alan Oakes 1958-76
  • Jaringan gol terbanyak keseluruhan — 199, Sergio Agüero 2011–
  • Jaringan gol terbanyak semusim — 38, Tommy Johnson 1928-29
  • Yuran perpindahan tertinggi yang dibayar — £60 juta kepada Leicester City untuk Riyad Mahrez, Julai 2018
  • Yuran perpindahan tertinggi yang diterima— £25 juta dari Leicester City untuk Kelechi Iheanacho, Ogos 2017

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Buckley, Andy; Burgess, Richard (2000). Blue Moon Rising: The Fall and Rise of Manchester City. Bury: Milo. ISBN 0-9530847-4-4. 
  • Gardner, Peter (1970). The Manchester City Football Book No. 2. London: Stanley Paul. ISBN 0-09-103280-6. 
  • Inglis, Simon (1987). The Football Grounds of Great Britain (2nd ed.). London: Collins Willow. ISBN 0-00-218249-1. 
  • James, Gary (2002). Manchester: The Greatest City. Polar Publishing. ISBN 1-899538-09-7. 
  • James, Gary (2005). The Official Manchester City Hall of Fame. Hamlyn. ISBN 0-600-61282-1. 
  • James, Gary (2006). Manchester City – The Complete Record. Derby: Breedon. ISBN 1-85983-512-0. 
  • James, Gary (2008). Manchester – A Football History. Halifax: James Ward. ISBN 978-0-9558127-0-5. 
  • Penney, Ian (2008). Manchester City: The Mercer-Allison Years. Derby: Breedon. ISBN 978-1-85983-608-8. 
  • Rowlands, Alan (2005). Trautmann: The Biography. Derby: Breedon. ISBN 1-85983-491-4. 
  • Tossell, David (2008). Big Mal: The High Life and Hard Times of Malcolm Allison, Football Legend. Edinburgh: Mainstream. ISBN 978-1-84596-478-8. 
  • Wallace, David (2007). Century City – Manchester City Football Club 1957/58. Leigh: King of the Kippax. ISBN 978-0-9557056-0-1. 
  • Ward, Andrew (1984). The Manchester City Story. Derby: Breedon. ISBN 0-907969-05-4. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League – Handbook Season 2015/16" (PDF). premierleague.com. Dicapai 8 Ogos 2015. 
  2. ^ "Deloitte Football Money League 2015". Deloitte. Dicapai 8 Ogos 2015. 
  3. ^ "Real Madrid Tops Ranking Of The World's Most Valuable Soccer Teams". Forbes magazine. 6 Mei 2015. Dicapai 8 Ogos 2015. 
  4. ^ "Club History – The Club – Manchester City FC". mcfc.co.uk. Dicapai 9 September 2010. 
  5. ^ James, Manchester: The Greatest City pp. 14–15
  6. ^ Turner, Georgina (23 November 2005). "Nicking the shirts off their backs". The Guardian. London. Dicapai 18 Disember 2006. 
  7. ^ "Top 30 English Football Clubs by League Attendances". footballeconomy.com attendance table 2002-2005. Dicapai 30 Disember 2005. 
  8. ^ "Average Attendances – English Football Divisions – 1994/95–2004/05". footballeconomy.com division attendance table 1995–2005. Dicapai 30 Disember 2005. 
  9. ^ "Customer Success – Manchester City Football Club". Hewlett-Packard case study. Diarkibkan daripada asal pada 25 November 2005. Dicapai 4 April 2007.  (archive.org mirror)
  10. ^ "New era for Manchester City Supporters Club". mcfc.co.uk. Dicapai 9 Mac 2011. 
  11. ^ "King of the Kippax fanzine". Dicapai 13 Mac 2010. 
  12. ^ Sloan, Jenna (4 Februari 2011). "Man City fans are doing the Poznan". London: thesun.co.uk. Dicapai 7 November 2011. 
  13. ^ Pitt-Brooke, Jack (20 April 2011). "Poles apart: how fans of Poznan inspired City's unlikely dance craze". The Independent. London. Dicapai 7 November 2011. 
  14. ^ "Manchester City plc". PLUS Markets Group. Diarkibkan daripada asal pada 5 Februari 2007. Dicapai 30 April 2007. 
  15. ^ "Thaksin completes Man City buyout". BBC Sport. 6 Julai 2007. Dicapai 6 Julai 2007. 
  16. ^ Taylor, Daniel (10 Julai 2008). "Wardle quits City". The Guardian. UK. Dicapai 28 Ogos 2008. 
  17. ^ "MCFC Annual Group Accounts published". Manchester City plc. Diarkibkan daripada asal pada 2008-07-05. Dicapai 23 April 2008. 
  18. ^ "Eriksson continues Man City spending". Reuters. 2 Ogos 2007. Dicapai 13 Januari 2008. 
  19. ^ "Bojinov joins Man City". FIFA. Dicapai 13 Januari 2008. 
  20. ^ "The resources and power of Sheikh Mansoor makes this deal a seismic moment for the A-League". Herald Sun. 23 Januari 2014. Dicapai 23 Januari 2014. 
  21. ^ "City seal investment and partnership with Yokohama F Marinos". MCFC.co.uk. 20 Mei 2014. Dicapai 22 Mei 2013. 
  22. ^ "New Soccer Team Introduces a Director of Operations". New York Times. 22 Mei 2013. Dicapai 22 Mei 2013. 
  23. ^ "CFG Extends South American Footprint". Manchester City Official Website. 5 April 2017. Dicapai 5 April 2017. 
  24. ^ "Manchester City's parent company seals deal for major stake in Girona". The Guardian. 23 Ogos 2017. Dicapai 24 Ogos 2017. 
  25. ^ Bailey, Chris (8 November 2006). "Why Blues must cash in on name game". Manchester Evening News. Dicapai 22 April 2008. 
  26. ^ "Man City vanquish Barca". BBC article. 10 Ogos 2003. Dicapai 28 Disember 2005. 
  27. ^ "Club Profile – Manchester City – Stadium". Liga Perdana Inggeris. Dicapai 21 Ogos 2013. 
  28. ^ Inglis, The Football Grounds of Great Britain, p62

Pautan luar[sunting | sunting sumber]