Pergi ke kandungan

Mandaisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mandaisme
ࡌࡀࡍࡃࡀࡉࡅࡕࡀ
Satu salinan Ginza Rabba dalam terjemahan Bahasa Arab
JenisAgama etnik[1][halaman diperlukan]
PengelasanGnostisisme[1][halaman diperlukan]
Kitab SuciGinza Rabba, Qulasta, Kitab Yahya Manda (lihat lagi)
TeologiDualisme
RishamaSattar Jabbar Hilow[2]
RantauIraq, Iran dan komuniti diaspora
BahasaMandaik[3]
Dipisahkan daripadaYahudi Bait Kedua[4][5]
Bilangan pengikuts. 60,000–100,000[6][7]
Nama lainNasoraeanisme, Sabianisme[a]; agama Nasora, Sabiin
Mangkuk mantera Mandaik dari Mesopotamia Selatan s. 200–600 TM – Muzium Diraja Ontario, Toronto, Kanada

Mandaeisme atau Mandaisme[b] (Mandaik Klasik: ࡌࡀࡍࡃࡀࡉࡅࡕࡀ mandaiuta),[15] kadangkala juga dikenali sebagai agama Nasoraeanisme atau Nasora,[c] ataupun Sabianisme atau Sabiin,[a] ialah agama gnostik, dualistik dan etnik, yang bermakna ia memfokuskan ilmu rohani dan batin, serta pergelutan antara kebaikan dan keburukan. Ia mempunyai pengaruh Yunani, Iran dan Yahudi.[16][17][18]:1 Penganutnya, orang Manda, memuliakan Adam, Habil, Syith, Enos, Nuh, Sem, Aram, dan terutamanya Yahya atau Yohanes Pembaptis. Orang Manda menganggap Adam, Syith, Nuh, Sem dan Yahya sebagai nabi, dengan Adam sebagai pengasas agama ini dan Yahya sebagai nabi terbesar dan terakhir.[19]:45[20]

Orang Manda bertutur dalam bahasa Aram Timur yang dikenali sebagai Mandaik. Nama 'Manda' berasal daripada bahasa Aram manda, yang bermaksud pengetahuan.[21][22] Di dalam Timur Tengah, tetapi di luar kaum mereka, orang Manda lebih biasa dikenali sebagai صُبَّة Ṣubba (tunggal: Ṣubbī), atau sebagai Sabiin (الصابئة, al-Ṣābiʾa). Perkataan Ṣubba berasal daripada akar Aram yang berkaitan dengan pembaptisan.[23] Perkataan Sabiin berasal daripada golongan agama misteri yang disebut tiga kali dalam al-Quran. Nama kumpulan yang tidak dikenal pasti ini, yang tersirat dalam al-Quran sebagai milik "Ahli Kitab" (ahl al-kitāb), dalam sejarah pernah dipakai oleh orang Manda serta beberapa golongan agama lain untuk mendapat perlindungan (zimmah) seperti yang diperuntukkan dalam hukum Islam.[24] Kadangkala, orang Manda juga dipanggil "orang Kristian Santo Yohanes", menyangka mereka penerus dan murid-murid Yohanes. Namun, penyelidikan lanjut menunjukkan ini satu kesilapan kerana orang Manda menganggap Nabi Isa atau Yesus sebagai nabi palsu.[25][26]

Ajaran teras agama ini dipanggil Nāṣerutā—juga dieja Nașirutha dan bermaksud pengetahuan atau hikmat ilahi[27][19]:31—dengan penganutnya dipanggil nāṣorāyi. Orang Nasora ini terbahagi kepada tarmidutā (golongan imam) dan mandāyutā (umat awam). Perkataan mandāyutā berasal daripada perkataan mereka untuk pengetahuan manda.[28]:ix[29] Pengetahuan (manda) juga sumber perkataan Mandaisme yang merangkumi seluruh budaya, amalan, kepercayaan dan iman mereka yang berkaitan dengan ajaran Nāṣerutā. Penganut Mandaisme dipanggil Manda, tetapi juga boleh dipanggil Nasora (Nazorit), Gnostik (menggunakan perkataan Yunani gnosis untuk pengetahuan) atau Sabiin.[28]:ix[29]

Agama ini dahulu kebanyakannya diamalkan di sekitar hilir sungai Karun, Furat dan Dajlah, dan sungai-sungai Syatularab, sebahagian daripada selatan Iraq dan wilayah Khuzestan di Iran. Sehingga tahun 2007, dipercayai terdapat antara 60,000 dan 70,000 orang Manda di seluruh dunia.[6] Sehingga Perang Iraq, hampir kesemuanya tinggal di Iraq.[30] Ramai orang Manda Iraq melarikan diri dari negara mereka kerana pergolakan akibat serangan ke atas Iraq tahun 2003 dan pendudukan oleh tentera A.S., dan peningkatan dalam keganasan oleh pelampau agama.[31] Menjelang 2007, jumlah penduduk Manda di Iraq telah jatuh kepada kira-kira 5,000.[30]

Kaum Manda tinggal secara berpencilan dan sangat tertutup. Laporan tentang mereka dan agama mereka datang terutamanya daripada luar: lebih lagi daripada Julius Heinrich Petermann, seorang ahli Orientalis;[32] serta daripada Nicolas Siouffi, seorang Kristian Syria yang dahulunya naib konsul Perancis di Mosul pada tahun 1887,[33][34] dan ahli antropologi budaya British Lady E. S. Drower. Terdapat satu catatan awal yang sangat berprejudis oleh pengembara Perancis Jean-Baptiste Tavernier[35] dari 1650-an.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Ejaan Inggeris Mandaeism ialah hiperpembetulan bagi Mandaism,[8][9][10][11][12][d] yang dibina dengan perkataan manda menggunakan akhiran -ism.

Perkataan Manda pula berasal daripada kata adjektif bahasa Mandaik, Mandaiia,[36] har. 'Manda' (dalam Neo-Mandaik: Mandāʾí[36] atau Mandāyí,[36] jamak Mandayānā),[36] yang juga berasal daripada perkataan manda. Berdasarkan kata seasal dalam loghat Aram lain, ahli bahasa semitik seperti Mark Lidzbarski dan Rudolf Macúch telah menterjemahkan istilah manda sebagai "pengetahuan" (bdg. Aramia Imperial: מַנְדַּע mandaʿ dalam Daniel 2:21, 4:31, 33, 5:12; bdg. Ibrani: מַדַּע madda', dengan asimilasi /n/ kepada konsonan berikutnya, -nd- medial dan menjadi -dd-).[37] Etimologi ini mencadangkan bahawa orang Manda mungkin satu-satunya mazhab yang masih hidup dari zaman akhir purba yang dengan terang memanggil diri sendiri Gnostik.[38]

  1. ^ a b Istilah 'Nasoraean' (har. dari Nazaret) untuk golongan yang telah diinisiasi dalam kaum Manda.
    Istilah 'Sabianisme' berasal daripada kaum misteri Sabiin yang disebut dalam al-Quran, nama yang pernah dituntut oleh beberapa kumpulan agama.
  2. ^ Juga dieja Mandaisme[8][9][10][11][12] bertepatan dengan etimologi perkataannya (
  3. ^ Perkataan "Nasora" digunakan oleh Abdullah Muhammad Basmeih dalam terjemahan al-Quran bahasa Melayu (QS 2:62).
  4. ^ Yunani: Μανδαϊσμός[13] Mandaïsmós; Latin: Mandaismus.[14]
  1. ^ a b Buckley 2002.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama imams
  3. ^ E. S. Drower, The Mandaeans of Iraq and Iran (Leiden: Brill, 1937; cetakan semula 1962); Kurt Rudolph, Die Mandäer II. Der Kult (Vandenhoeck & Ruprecht; Göttingen, 1961; Kurt Rudolph, Mandaeans (Leiden: Brill, 1967); Christa Müller-Kessler, "Sacred Meals and Rituals of the Mandaeans", dalam David Hellholm, Dieter Sänger (eds.), Sacred Meal, Communal Meal, Table Fellowship, and the Eucharist: Late Antiquity, Early Judaism, and Early Christianity, Vol. 3 (Tübingen: Mohr, 2017), ms. 1715–1726, pls.
  4. ^ King, Karen L. (2005). What is Gnosticism?. m/s. 140. Dan enam puluh ribu orang Nasora meninggalkan Tanda Tujuh dan memasuki Bukit Median, tempat kami bebas daripada penguasaan semua bangsa lain.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BuckleyOrigins
  6. ^ a b Thaler, Kai (9 March 2007). "Kumpulan minoriti Iraq memerlukan perhatian A.S." Yale Daily News. Dicapai pada 4 November 2021.
  7. ^ "The Mandaeans – Siapakah Mandaean?". Dunia Para Pendeta Mandaean. Dicapai pada 5 November 2021.
  8. ^ a b Higgins 1836, m/s. 657.
  9. ^ a b Wright 1871, m/s. xiv.
  10. ^ a b Hirschfeld 1898, m/s. 908.
  11. ^ a b Gaster 1925, m/s. 87.
  12. ^ a b Dodd 1968.
  13. ^ a b Αριστοτέλειο Πανεπιστήμιο Θεσσαλονίκης & Κέντρο Βυζαντινών Ερευνών 2010, m/s. 184.
  14. ^ a b Hoffmann & Merx 1867, m/s. 253.
  15. ^ "FORM 10-K - Laporan tahunan menurut seksyen 13 atau 15(d) akta pertukaran sekuriti 1934" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2025-05-14.
  16. ^ Rudolph, Kurt; Duling, Dennis C.; Modschiedler, John (1969). "Problems of a History of the Development of the Mandaean Religion". Sejarah Agama. 8 (3): 210–235. doi:10.1086/462585. ISSN 0018-2710. JSTOR 1061760. S2CID 162362180. [Wilhelm] Brandt menegaskan bahawa lapisan tertua tradisi Mandaean adalah pra-Kristian. Beliau menamakannya "bahan politeistik,'" yang disuburkan terutamanya daripada "agama alam Semitik" (yang turut beliau anggap termasuk upacara baptisan dan air) dan "falsafah Khaldea." Konsep Gnostik, Yunani, Parsi, dan Yahudi ditambah dan diasimilasikan kepadanya. [...] Aliran teologi Mandaean yang lebih baru pertama kali mampu membawa reformasi dengan menyatukan diri kepada model Parsi; ini adalah mazhab "ajaran raja cahaya" (Lichtkonigslehre) yang dipanggil sedemikian, seperti yang dinamakan oleh Brandt. [...] Kedua-dua prinsip utama Mandeisme, Cahaya dan Kehidupan, menyatukan diri kepada konsep Iran dan Semitik.
  17. ^ Buckley 2002, m/s. 4.
  18. ^ Al-Saadi, Qais; Al-Saadi, Hamed (2019). Ginza Rabba (ed. 2nd). Germany: Drabsha.
  19. ^ a b Nasoraia, Brikhah S. (2012). "Teks Suci dan Amalan Esoterik dalam Agama Sabian Mandaean" (PDF).
  20. ^ mandaean الصابئة المندايين (21 November 2019). "Ketahui agama Mandaean dalam tiga minit". YouTube. Dicapai pada 2 February 2022.
  21. ^ Rudolph 1977, m/s. 15.
  22. ^ Rodziewicz, Artur (2022). Eros and the pearl: the Yezidi cosmogonic myth at the crossroads of mystical traditions. New York: Peter Lang. ISBN 978-3-631-88043-2.
  23. ^ Häberl 2009, halaman 1
  24. ^ De Blois 1960–2007; van Bladel 2017, halaman 5.
  25. ^ Edmondo, Lupieri (2004). "Friar of Ignatius of Jesus (Carlo Leonelli) and the First "Scholarly" Book on Mandaeaism (1652)". Jurnal Berkala ARAM. 16 (Mandaean dan Manichaean): 25–46. ISSN 0959-4213.
  26. ^ Burkitt, F. C. (1928). "The Mandaeans". Jurnal Kajian Teologi. 29 (115): 225–235. doi:10.1093/jts/os-XXIX.115.225. ISSN 0022-5185. JSTOR 23950943. Apabila mereka pertama kali ditemui oleh orang Eropah pada abad ke-17, dan didapati bahawa mereka bukan Katolik atau Protestant tetapi mereka sangat mementingkan baptisan dan menghormati Yahya pem-baptis, mereka dipanggil Kristian St John, dengan kepercayaan bahawa mereka adalah kelangsungan langsung murid-murid Yahya. Walau bagaimanapun, penyelidikan selanjutnya membuatkannya jelas bahawa mereka bukan Kristian atau Yahudi sama sekali, dalam apa jua erti perkataan biasa. Mereka menganggap 'Yesus al-Masih' sebagai nabi palsu, dan 'Roh Kudus' sebagai syaitan perempuan, dan mereka mencela orang Yahudi dan semua cara mereka.
  27. ^ Drower 1960b, m/s. xvi.
  28. ^ a b Häberl & McGrath 2019
  29. ^ a b Drower 1960b.
  30. ^ a b Deutsch, Nathaniel (6 October 2007). "Selamatkan Gnostik". The New York Times.
  31. ^ Crawford, Angus (4 March 2007). "Orang Mandaean Iraq 'hadapi kepupusan'". Berita BBC. Dicapai pada 13 December 2021.
  32. ^ Foerster, Werner (1974). Gnosis: A Selection of Gnostic texts. 2. Oxford University Press. m/s. 126. ISBN 9780198264347.
  33. ^ Lupieri 2001, m/s. 12.
  34. ^ Häberl 2009, m/s. 18: "Pada 1873, naib konsul Perancis di Mosul, seorang Kristian Syria bernama Nicholas Siouffi, mencari informan Mandaean di Baghdad tanpa kejayaan."
  35. ^ Tavernier, J.-B. (1678). The Six Voyages of John Baptista Tavernier. Diterjemahkan oleh Phillips, J. m/s. 90–93.
  36. ^ a b c d Häberl 2009, m/s. 1.
  37. ^ Angel Sáenz-Badillos, A History of the Hebrew Language. Cambridge University Press, 1993 (ISBN 978-0521556347), ms. 36 et passim.
  38. ^ McGrath, James (23 January 2015), "The First Baptists, The Last Gnostics: The Mandaeans", YouTube-Syarahan tengah hari tentang Mandaean oleh Dr. James F. McGrath di Universiti Butler, dicapai pada 7 May 2022

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]

Sumber sekunder

[sunting | sunting sumber]

Sumber tertier

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kitab suci Manda

[sunting | sunting sumber]

Buku tentang Mandaisme tersedia dalam talian

[sunting | sunting sumber]