Mandar talaud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung mandar Talaud hanya dapat dijumpai di Pulau Karakelang, di Kabupaten Kepulauan Talaud, Sulawesi Utara, yang merupakan wilayah paling utara Indonesia yang langsung bersempadan dengan negara Filippina.

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Burung mandar Talaud ditemui pada 6 September 1996. Selepas diamati dan diteliti secara teliti, burung mandar Talaud tersebut ternyata merupakan jenis burung baru untuk dunia Sains. Dalam sebuah jurnal saintifik burung, Forktail, penemuan tersebut lantas disiarkan ke seluruh dunia dan burung MZB 30.271 lantas diberi nama saintifik Gymnocrex talaudensis[1].

Penerangan Badan dan Suara[sunting | sunting sumber]

Kepala, leher, dan dadanya berwarna tua. Dan dagunya berwarna kehitam-hitaman. Perut hingga penutup ekor bawah kehitam-hitaman, seperti penutup ekor atas. Mata merah terang, dikelilingi oleh kulit gundul merah-jambu yang lebar dan tompok keperakan (di bahagian belakang). Paruh kuning terang dengan sepertiga bahagian belakangnya kusam. Tungkainya berwarna kuning, menjadi kemerahjambuan ke arah kaki. Burung ini mengucapkan serangkaian nada paling sedikit lima belas ulangan, nada panggilan tinggi peet-peet-peet.[2]

Terancam Pupus[sunting | sunting sumber]

Mandar Talaud ialah burung Indonesia yang berstatus terancam pupus, selain Angsa Batu Christmas (Papasula abbotti), Helang Jawa (Spizaetus bartelsi), gagak Flores (Corvus florensis), dan jalak putih (Sturnus melanopterus)[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]