Mandril
| Mandril[1] Julat zaman: Early Pleistocene – Recent
| |
|---|---|
| Jantan | |
| Betina | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Primates |
| Suborder: | Haplorhini |
| Infraorder: | Simiiformes |
| Keluarga: | Cercopithecidae |
| Genus: | Mandrillus |
| Spesies: | M. sphinx
|
| Nama binomial | |
| Mandrillus sphinx | |
| Julat mandril | |
Mandril ialah sejenis mawas yang terdapat di hutan-hutan hujan Afrika, iaitu dari Cameroon ke Guinea. Nama sainsnya Mandrillus sphinx.[4] Mandril ialah spesies monyet yang terbesar di dunia.
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Mawas ini mempunyai warna kulit yang berbeza-beza antara coklat tua dengan kelabu zaitun. Jantan dewasa mempunyai hidung merah terang dan pipi biru, serta punggung biru. Warna-warna betina dan anak-anak adalah lebih pudar. Mandril mempunyai kantung pipi yang boleh menyimpan banyak makanan.
Cara hidup
[sunting | sunting sumber]Mandril hidup dalam kelompok keluarga yang terdiri daripada seekor jantan dewasa, banyak ekor betina, dan anak-anak. Kekadangnya, kelompok ini akan bergabung dengan kelompok yang lain. Mandril tidur di atas pokok pada waktu malam.
Beruk betina melahirkan seekor anak selepas 5 hingga 7 bulan. Anak-anak betina akan mengikut kelompok keluarganya, sedangkan beruk jantan akan meninggalkan kelompok untuk menghabiskan masa pada diri sendiri, walaupun beruk jantan akan mencari makanan bersama-sama dengan kelompoknya.
Makanan
[sunting | sunting sumber]Mandril ialah haiwan omnivor, dan makan haiwan yang kecil, termasuk labah-labah, siput, cacing, semut, dan vertebrat-vertebrat yang kecil. Beruk ini juga makan rumput, herba, tunas, kulit kayu, akar, dan buah-buahan. Beruk jantan makan di atas tanah, sedangkan beruk betina dan anak-anak makan di atas pokok.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 165. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ Oates, J. F.; Butynski, T. M. (2008). "Mandrillus sphinx". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2008: e.T12754A3377579. doi:10.2305/IUCN.UK.2008.RLTS.T12754A3377579.en. Dicapai pada 12 January 2018. Unknown parameter
|last-author-amp=ignored (bantuan) - ^ Linne', Carl von (1758). Systema naturæ. Regnum animale (ed. 10th). m/s. 25. Dicapai pada 19 November 2012.
- ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
JADUAL SATU
BINATANG-BINATANG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Big Zoo Diarkibkan 2013-05-02 di Wayback Machine
| Senarai mamalia |
|---|
| A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |