Mannlicher-Carcano M91
Mannlicher-Carcano M91 | |
---|---|
Jenis | Rifle |
Tempat asal | Kerajaan Itali |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1891–1981 (Italy) 1981–present (other) |
Digunakan oleh | See Users |
Perang | Mahdist War First Italo-Ethiopian War Boxer Rebellion Italo-Turkish War World War I Second Italo-Abyssinian War Winter War World War II Libyan civil war |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1890 |
Dihasilkan | 1891–1945 |
Jumlah dibina | 2,063,750–3,000,000 pelbagai variasi |
Aneka | Long rifles, short rifle, cavalry carbine, special troops' carbine in diverse sub-variants |
Spesifikasi | |
Berat | 3.4 kg (7.5 lb.) |
Panjang | 1015 mm (3 ft 4 in) |
Panjang laras | 540mm (21.3 in) |
Kartrij | 6.5×52mm Mannlicher-Carcano, 7.35×51mm Carcano, 7.92×57mm Mauser, 6.5×50mm Arisaka (Type I) |
Aksi | Bolt action |
Halaju muncung | 755 m/s (2,477 ft/s) |
Jarak tembakan efektif | 656 yards (600 m) |
Sistem suapan | 6 biji kelopak integral, dimuatkan dengan klip en-bloc |
Mannlicher-Carcano M91, rifle pengulang Mannlicher-Carcano 6.5 mm (0.25 inci) dan 7.35 mm (0.28 inci) dikeluarkan oleh Itali dan digunakan oleh tentera Itali semasa Perang Dunia Kedua dalam lebih dari 15 variasi. Model pertama Mannlicher-Carcano yang dihasilkan adalah Model 1981.
Mannlicher-Carcano Model 1938 memiliki kaliber 0.28 inci dan katrij bergaris pusat 0.28 inci dan 2.1 inci panjang. Ia memiliki pecutan laras 2,477 kaki sesaat. Berat tanpa kelopak peluru adalah 6.8 paun dan dilengkapi dengan kelopak 6 biji peluru. Jarak beroperasinya adalah 656 ela.
Pada asasnya, tiada perubahan dibuat sehingga pada permulaan Perang Dunia Kedua pada reka bentuk biasa senjata manual ini. Reka bentuknya dan terutamanya katrij 6.5 mm (0.25 inci) yang dibangunkan baginya di nilai lapuk sejak awal kurun ke-20 lagi. Cubaan dibuat pada tahun 1938 bagi meningkatkan prestasinya dengan memperkenalkan katrij 7.35 mm (0.28 inci) dan memendekkan rifle ini tetapi tidak berjaya. Disebabkan ketiadaan pilihan lain, tentera Itali kekal menggunakan senjata kaliber 7.35 mm (0.28 inci) dan 6.5 mm (0.25 inci) sehingga akhir perang.