Mano Maniam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mano Maniam
Kelahiran1945 (umur 73–74)
Ipoh, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
KediamanBrickfields, Kuala Lumpur[1]
PekerjaanPelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara, penulis, ahli antropologi kebudayaan
Tahun aktif1965–kini

Mano Maniam (lahir 1945) merupakan seorang pelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara dan penulis Malaysia yang kerjayanya telah melangkaui hampir lima dekad. Beliau terkenal dengan hasil kerjayanya di televisyen, filem dan teater.[2] Selain itu, beliau juga ialah antropologi kebudayaan dan banyak mengkaji kebudayaan Malaysia.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1965. Pada tahun 1982, beliau menjayakan pementasan teater Shakuntala yang turut dibintangi oleh Huzir Sulaiman dalam penampilan teater pertamanya.

Pada tahun 1990, Mano memegang watak S. Supermaniam dalam filem Mat Gelap arahan Zarul Albakri, yang turut menampilkan animator, Hassan Muthalib. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan Mano memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9.

Beliau pernah meminjamkan suaranya sebagai Tok Din dalam versi bahasa Inggeris siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau paling dikenali umum sebagai salah seorang pelakon sitkom Kopitiam yang bersiaran di ntv7 dari 1999 hingga 2003.[4]

Mano pernah memegang watak kecil dalam siri TV British, Indian Summers yang difilemkan di Pulau Pinang.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Animasi[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Shakuntala (1982)
  • The Tempest (2007)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Kopitiam (1999-2003)
  • Show Me The Money (2004)
  • Marco Polo (2014)
  • Jinggo (2014)
  • Indian Summers (2015)
  • Legend (2017)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Santha Oorjitham (31 Mac 2017). A relationship steeped in history The Star Online. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  2. ^ Koh Lay Chin (22 Julai 2010). Time to remove the grids The Nut Graph. Dicapai pada 9 September 2011.
  3. ^ Brickfields: As witness by Mano Maniam Badan Warisan Malaysia (19 September 2017). Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  4. ^ Venner-Pack, Natasha (2 July 2015). "Kopitiam, where everybody knows your name". Star2.com. Dicapai 15 April 2017. 
  5. ^ Rajhina Dillon (8 Februari 2015). Malaysian faces and places in British series, Indian Summers The Rakyat Post. Dicapai pada 11 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]