Manqalat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Papan congkak Malaysia yang berbentuk angsa di Muzium Negara Malaysia

Manqalat merupakan salah 1 jenis permainan terawal yang masih dimain sehingga hari ini. Antara permainan jenis manqalat termasyhur termasuk: ali guli mane dari India, bao la kiswahili dari Afrika Timur, congkak dari Malaysia dan kalah dari Amerika Utara.

Istilah manqalat berasal dari perkataan Bahasa Arab naqala (نقلة) yang bermaksud "mengangkut".[1] Kebanyakan permainan jenis manqalat mempunyai gaya permainan umum yang sama. Bukti permainan ini dijumpai di bandar Gedera di Israel dalam penerokaan rumah mandi Rom, dan di sana, papan tempayan dan potongan batu ditarikhkan seawal kurun ke-2 atau ke-3 Masihi. Seperti permainan berpapan yang lain, permainan jenis manqalat turut dijadikan kajian psikologi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "English words from Arabic". zompist. Dicapai 2015-12-03.