Mansa Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa I
Gambaran baginda dalam Atlas Catalan t.1375.
Mansa Mali
Pemerintahans.1312– s.1337 (s. 25 years)
Didahului olehAbubakari II
Diikuti olehMaghan Musa
Keputeraanc. 1280
Empayar Mali
Kemangkatans. 1337 (berumur 56–57)
Unknown
PasanganInari Kunate
AnakandaMaghan Musa
KerabatDInasti Keita
AyahandaFaga Laye[1]
AgamaIslam

Mansa Haji Kanga Musa atau Musa I (s. 1280 - s. 1337[2]) merupakan penguasa setaraf maharaja[3][4][5][6][7] memerintah Empayar Mali, sebuah kerajaan Islam yang pernah wujud di Afrika Barat.

Baginda menjadi penguasa kerajaan yang terkaya di dunia melalui pelombongan emas yang banyak pada zamannya.[8] Malah, baginda ada diterangkan sangat luas kekuasaan dan melimpah ruah kekayaannya sehingga pengetahuan ini diketahui sejauh dunia Barat pada Zaman Pertengahan.

Baginda tidak sahaja mengusaha meluaskan pengaruh agama Islam di kerajaannya yang dianggap pintu kepada ketamadunan di Timur, malah membantu kerajaan baginda mencapai pertumbuhan yang luar biasa mengalakkan bidang seni, sastera dan seni bina tempatan.[9] Zaman kegemilangan kerajaan Mali sangat berkait rapat dengan pemerintahan baginda.

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Menurut salasilah hidup raja-raja Mali ditulis Ibnu Khaldun, nenda Musa ialah Abu-Bakr Keita, putera kepada mamanda Sundiata Keita yang mengasaskan kerajaan Mali. Abu-Bakr sendiri tidak menaiki takhta kerajaan itu mahupun anakandanya, Faga Laye.[10]

Musa sendiri dilantik mengikut suatu adat di mana raja yang sedia ada melantik seorang pengganti atau wakil memerintah sambil raja tersebut berangkat menunaikan haji di Mekah ataupun merantau untuk tujuan lain; raja sebelumnya Abubakari Keita II - menurut catatan seorang ilmuwan Mesir, Shihab al-Din al-'Umari - berangkat mencuba nasib berlayar menuju hujung Lautan Atlantik namun tidak muncul kembali.[11]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Pengerjaan haji[sunting | sunting sumber]

Musa memulakan perjalanannya ke Mekah menunaikan haji antara tahun 1324 dan 1325;[12][13] anakanda Musa, Magha Keita, dijadikan wakil baginda pada ketika ini.[14]

Rombongan yang mengiringi baginda sangat besar dan lengkap[15] termasuk:

  • 60,000 orang pemuda berpakaian sutera Parsi,
  • 12,000 orang hamba[16] setiap satunya memikul 1.8 kg (4 lb) tongkol emas
  • seberapa orang pengutus bertongkat emas dan berkuda
  • 80 ekor unta memikul 23 hingga 136 kilogram (ikut sukatan moden) habuk emas.

Musa banyak memberikan emas kepada semua orang miskin yang ditemui sepanjang perjalanan baginda termasuk di Kaherah - untuk berjumpa Sultan Al-Nasir Muhammad pada Julai 1324 (ikut takwim Masihi)[17] - dan Madinah. Pembinaan masjid-masjid juga diarahkan pada setiap hari Jumaat waktu perjalanan baginda.[18] Kesemua perlakuan baginda pada waktu ini banyak dicatatkan para sejarawan sezamannya. Ahmad Al-Maqrizi pernah bersemuka dengan Musa menggambarkan raja tersebut berupa " muda berkulit perang dengan lenggok badan yang segak".[19]

Selepas kembali dari haji[sunting | sunting sumber]

Baginda mendapat khabar dalam perjalanan pulang bahawa balatenteranya pimpinan Sagmandia berjaya mengepung Gao serta menahan dua orang putera raja Gao iaitu Ali Kolon dan Suleiman Nar; namun Musa melayan mereka berdua dengan baik malah menaja pengajian mereka bersama isi kerabat baginda di Niani (kini di Guinea moden).[20]

Baginda turut membawa sebilangan cendekiawan dan jurubina Arab ke Mali untuk membantunya membangunkan kerajaannya.[20] Beliau banyak mendirikan masjid dan madrasah bersama para pakar ini, Madrasah Sankore merupakan binaan paling terkenal dalam pelaksanaan tersebut. Timbuktu diambil alih sebagai kota milik baginda yang turut dibangunkan lama-kelamaan menarik perhatian para pedagang dari serata pelusuk Afrika. Madarasah mengembangkan ajaran Islam dari pusat ini sehingga menjadi tumpuan para pelajar[21] dengan sebanyak 250,000 orang pelajar dan kira-kira 1,000,000 buah manuskrip disimpan.[22][23]

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Musa mangkat selepas 25 tahun memerintah pada tahun 1337 berusia antara 56 dan 57 tahun.[24]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Earthen magic and the Empire of Mali = Magia en tierra y el imperio de Mali. FISA. ISBN 9788493112417.
  2. ^ Giri, Jacques (1983). Le Sahel demain : catastrophe ou renaissance ?. Kathala. m/s. 24. ISBN 978-2-86537-084-9.
  3. ^ Knoblock, Kathleen, "An Interview with Ibn Battuta" Diarkibkan 2017-02-15 di Wayback Machine, Primary Source Fluency Activities: World Cultures (In Sub-Saharan Africa), Shell Education, 2007. ISBN 978-1-4258-0102-1.
  4. ^ Travels in Asia and Africa, 1325–1354 Diarkibkan 2017-02-15 di Wayback Machine, by Ibn Battuta, London 2005, p. 324, ISBN 0-415-34473-5.
  5. ^ Jansen, Jan (1998). "Hot Issues: The 1997 Kamabolon Ceremony in Kangaba (Mali)". The International Journal of African Historical Studies. 31 (2): 253–278. doi:10.2307/221083. JSTOR 221083. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) On page 256, Jan Jansen writes: "Mansa is generally translated as 'king,' 'ruler' or 'ancestor.' The Griaulians, however, often translate mansa as 'God,' 'the divine principle' or 'priest king,' although they never argue the choice for this translation, which has an enormous impact on their analysis of the Kamabolon ceremony."
  6. ^ Macbrair, Robert Maxwell, A Grammar of the Mandingo Language: With Vocabularies Diarkibkan 2017-02-15 di Wayback Machine, London, 1873, p. 5.
  7. ^ Berkin, Carol, Christopher Miller, Robert Cherny, James Gormly & Douglas Egerton, Making America – A History of the United States Diarkibkan 2017-02-15 di Wayback Machine, 5th edition, Boston, 2011, p. 13. ISBN 978-0-618-47139-3.
  8. ^ Thad Morgan, "This 14th-Century African Emperor Remains the Richest Person in History" Diarkibkan 2019-05-01 di Wayback Machine, History.com, March 19, 2018
  9. ^ Zamosky, Lisa (2007-01-05). Mansa Musa: Leader of Mali (dalam bahasa Inggeris). Teacher Created Materials. ISBN 978-1-4333-9059-3.
  10. ^ Levtzion 1963, halaman 341–347.
  11. ^ Al-Umari 1927, Masalik al Absar fi Mamalik el-Amsar, French translation by Gaudefroy-Demombynes, Paris, Paul Geuthner, 1927, pp. 59, 74–75. See also Qalqashandi, Subh al-A'sha, V, 294.
  12. ^ Pollard, Elizabeth (2015). Worlds Together Worlds Apart. New York: W.W. Norton Company Inc. m/s. 362. ISBN 978-0-393-91847-2.
  13. ^ Wilks, Ivor (1997). "Wangara, Akan, and Portuguese in the Fifteenth and Sixteenth Centuries". Dalam Bakewell, Peter John (penyunting). Mines of Silver and Gold in the Americas. Aldershot: Variorum, Ashgate Publishing Limited. m/s. 7. ISBN 9780860785132.
  14. ^ Levtzion 1963, halaman 347.
  15. ^ Goodwin 1957, halaman 110.
  16. ^ de Graft-Johnson, John Coleman, "Mūsā I of Mali" Diarkibkan 2017-04-21 di Wayback Machine, Encyclopædia Britannica, 15 November 2017.
  17. ^ Bell 1972, halaman 224
  18. ^ Bell, Nawal Morcos (1972). "The Age of Mansa Musa of Mali: Problems in Succession and Chronology". The International Journal of African Historical Studies. 5 (2): 221–234. doi:10.2307/217515. ISSN 0361-7882. JSTOR 217515. The author of Tatrikh al-fattash has Mansa Musa build a new mosque every Friday on his way to Egypt
  19. ^ Djomhoué, Priscille (2006). Un monde à découvrir : l'exégèse du Nouveau Testament : historique et nouvelles orientations (dalam bahasa Perancis). Jean Koulagna. m/s. 101. ISBN 978-9956-0-9061-7.
  20. ^ a b Windsor, Rudolph R. (2011). From Babylon to Timbuktu: A History of Ancient Black Races Including the Black Hebrews (ed. Windsor's golden series). AuthorHouse. m/s. 95–98. ISBN 978-1463411299. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-16. Dicapai pada 2017-09-05.
  21. ^ De Villiers and Hirtle, p. 74.
  22. ^ See: Said Hamdun & Noël King (edds.), Ibn Battuta in Black Africa. London, 1975, pp. 52–53.
  23. ^ "Lessons from Timbuktu: What Mali's Manuscripts Teach About Peace | World Policy Institute". Worldpolicy.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 24 Oktober 2013.
  24. ^ Levtzion 1963, halaman 349–350.
Sumber utama