Manteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manteri merupakan salah satu golongan pembesar diraja Brunei. Ianya berkedudukan di bawah Cheteria dan yang di bawah sekali dalam hierarki pembesar. Terdapat dua kumpulan utama dalam golongan Manteri, iaitu Manteri Berchiri dan Manteri Bertauliah. Setiap orang yang diberikan kedudukan dalam golongan Manteri juga diberikan gelaran tertentu, biasanya dengan pangkal gelaran "Pehin", "Orang Kaya", "Datu", "Pengarah", "Mudim" dan sebagainya. Mereka juga dirujuk dalam pertuturan dan persuratan rasmi dengan rujukan kehormat tertentu, pada asasnya "Yang Dimuliakan Lagi Dihormati" atau "Yang Dimuliakan" bagi Manteri Berchiri dan "Yang Mulia" bagi Manteri Bertauliah.[1] Gelaran Manteri diberikan kepada orang biasa dan diadakan dalam suatu upacara, yang mana bagi pengurniaan gelaran Pehin Manteri, ianya dikenali dengan istilah "menyampiri gelaran".[2]

Hierarki[sunting | sunting sumber]

Golongan Manteri dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu Manteri Berchiri dan Manteri Bertauliah.

Manteri Berchiri[sunting | sunting sumber]

Manteri Berchiri merupakan Manteri yang dibacakan Chiri semasa upacara menyampiri gelaran. Ianya juga dikenali sebagai Pehin Manteri kerana Manteri-Manteri dalam kumpulan ini membawa gelaran "Pehin". Kedudukan dalam Manteri Berchiri adalah berdasarkan sistem Empat Lipatan iaitu sehingga lipatan tiga puluh dua. Walau bagaimanapun terdapat kedudukan-tambahan sama ada di atas atau di bawah tingkatan-tingkatan tertentu. Kedudukan-kedudukan dalam Manteri Berchiri adalah seperti berikut:[3]

  • Kepala Manteri
  • Kepala Manteri Ugama
  • Kepala Manteri 4
  • Manteri Tambahan di Atas Manteri 4
  • Manteri 4
  • Manteri Dagang di Bawah Manteri 4
  • Manteri 8 atau Manteri Pengalasan Besar
  • Manteri Ugama di Bawah Manteri 8
  • Manteri Ugama Tambahan di Bawah Manteri Ugama (di bawah Manteri 8)
  • Manteri 16 atau Manteri Pengalasan Biasa
  • Manteri 32 atau Manteri Pengalasan Damit
  • Manteri Tambahan di Bawah Manteri 32
  • Manteri (Dalam) Istana
  • Manteri Dagang di Bawah Manteri Istana
  • Manteri Ugama (Pehin Khatib)

Manteri Bertauliah[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan Manteri Berchiri, upacara pengurniaan gelaran bagi Manteri Bertauliah tidak menggunakan istilah "menyampiri" serta tidak dibacakan Chiri tetapi hanya dibacakan 'Tauliah'.[4] Kedudukan-kedudukan dalam Manteri Bertauliah adalah seperti berikut:[5]

  • Mudim
  • Penglima
  • Perwira
  • Pahlawan
  • Pateh
  • Damong
  • Pengarah
  • Janang
  • Malek
  • Ketua Juru Laki
  • Juru Laki
  • Juru Bini
  • Kepala Manteri Pendalaman
  • Manteri Pendalaman atau Manteri Darat

Terasul[sunting | sunting sumber]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Perbezaan di antara gelaran bagi Manteri Berchiri dan Manteri Bertauliah adalah hanya Manteri Berchiri mempunyai pangkal gelaran "Pehin". Walau bagaimanapun, terdapat dua kedudukan dalam Manteri Berchiri yang tidak membawa gelaran "Pehin" iaitu kedudukan dalam Manteri Istana yang membawa gelaran "Seri Lela Pengiring Diraja" dan "Dayang-Dayang Diraja". Gelaran penuh bagi Manteri Berchiri ialah "Pehin" diikuti dengan frasa tambahan, yang mana frasa ini juga mungkin menggunakan gelaran-gelaran Manteri Bertauliah "Orang Kaya" dan "Datu" contohnya "Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa" dan "Pehin Datu Lailaraja".

Bagi Menteri Bertauliah, pangkal gelarannya adalah seperti nama kedudukan, contohnya "Pengarah" bagi Pengarah, "Mudim" bagi Mudim dan "Hulubalang Diraja" dan "Hulubalang Asgar" bagi Hulubalang. Walau bagaimanapun, pangkal gelaran bagi Manteri Pendalaman atau Manteri Darat ialah "Orang Kaya" dan "Datu" serta satu kedudukan membawa gelaran "Bendahari".

Bagi kedudukan Pehin Khatib dan Mudim, penyandangnya adalah kerana jawatan dan apabila ianya telah bersara gelarannya ditambah dengan pangkal "Begawan".[6][5] Oleh itu, "Pehin Khatib" menjadi "Begawan Pehin Khatib" dan "Mudim" menjadi "Begawan Mudim".

Rujukan kehormat[sunting | sunting sumber]

Rujukan-rujukan kehormat bagi Manteri-Manteri adalah seperti berikut:[1]

  • "Yang Dimuliakan Lagi Dihormati" — Kepala Manteri, Kepala Manteri Ugama dan Kepala Manteri Empat
  • "Yang Dimuliakan" — Manteri Berchiri selainnya
  • "Yang Mulia" — Manteri Bertauliah

Walau bagaimanapun, jika seseorang Manteri adalah ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet, Majlis Mesyuarat Negara atau Majlis Mesyuarat Diraja, rujukan kehormat baginya digantikan dengan "Yang Berhormat".[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 13. ISBN 9991734228.
  2. ^ Melayu Islam Beraja Menengah II. Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1998. m/s. 18. ISBN 9991722394.
  3. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 579–592. ISBN 9991734228.
  4. ^ Melayu Islam Beraja Menengah II. Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1998. m/s. 19. ISBN 9991722394.
  5. ^ a b "Manteri Pendalaman dan Hulubalang" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. 2018-01-30. Dicapai pada 2018-02-03. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ a b "Pehin-Pehin Manteri dan Manteri Ugama" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. 2018-01-30. Dicapai pada 2018-02-03. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]