Manuskrip Cinta (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Manuskrip Cinta
Genre
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Mac 2020 – 24 Mac 2020

Manuskrip Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Siti Saleha, Hafidz Roshdi dan Fadlan Hazim. Diadaptasi dari novel 2016 bertajuk sama, siri ini memulakan tayangan perdana di TV Okey bermula 5 Mac 2020.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Dian Aryani, seorang penulis sepenuh masa. Aryani suka bereksperimen dengan manuskrip untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang ditulisnya. Manuskrip keempat tulisannya tidak diberi pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinta yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak antagonis. Kak Adibah mencabar Aryani untuk jatuh cinta jika dia mahu menulis kisah cinta yang menyentuh perasaan dan lebih dramatik.

Watak asal yang ditulis dalam manuskrip Aryani sebenarnya berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah, seorang doktor pakar jantung, cardiologist yang menyewa dirumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya.

Gara-gara Kak Adibah menyuruhnya bercinta, Aryani terpaksa mencari boyfriend tikus putih untuk eksperimenkan cinta dalam manuskripnya. Dian meminta kawan baiknya, Gee untuk carikan teman lelaki. Tanpa disangka, diperkenalkan dengan lelaki yang bermulut loji yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan. Dr. Izak Ashaal, merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah Aryani mendapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Manuskrip Cinta (RTM)". My Infotaip. 4 Mac 2020. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ "Siti Saleha Kembali Dalam Adaptasi Novel "Manuskrip Cinta" di TV Okey". Kopi Panas. Radio Televisyen Malaysia. 12 Mac 2020. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  3. ^ Ramlah Zainal (31 Mac 2019). "Pilih watak ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2020.