Pergi ke kandungan

Manuskrip kilau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manuskrip kilau ialah dokumen rasmi yang disediakan dengan paparan teks dihiasi dengan hiasan seperti catatan tepi dan ilustrasi miniatur. Gereja Roman Katolik selalu menggunakan manuskip kilau untuk naskah doa-doa dan buku liturgi seperti kitab mazmur dan kesusasteraan istana, dan amalan ini diteruskan ke dalam teks sekular dari abad ke-13 dan seterusnya, dan diadaptasikan ke dalam surat pengisytiharaan, rang undang-undang yang didaftarkan, undang-undang, piagam, inventori dan surat ikatan.[1][2]

Manuskrip kilau terawal yang masih terpelihara adalah sebilangan kecil dari zaman kuno dan bertarikh antara 400 dan 600 Masihi. Contohnya termasuk Vergilius Romanus, Vergilius Vaticanus, dan Injil Rossano.[3] Majoriti manuskrip yang masih wujud adalah daripada Zaman Pertengahan, walaupun banyak yang masih terpelihara dari Zaman Pembaharuan. Walaupun manuskrip Islam juga berkilau dan menggunakan teknik yang sama, karya Timur Jauh dan Mesoamerika yang setanding digambarkan sebagai karya yang dicat.[4]

Kebanyakan manuskrip sama ada berkilau atau tidak ditulis pada kertas kulit sehingga abad ke-2 sebelum Masihi,[5] apabila bahan yang lebih halus dikenali sebagai velum yang diperbuat daripada kulit anak lembu yang diregangkan, kononnya diperkenalkan oleh Raja Eumenes II dari Pergamon. Pengenalan ini beransur-ansur menjadi piawaian kepada manuskrip kilau berwarna merah,[6] walaupun sarjana moden sering keberatan untuk membezakan antara kulit dan velum, dan mungkin semakin susah kerana kulit yang digunakan datang daripada sumber pelbagai haiwan. Halaman-halaman tersebut diikat membentuk kodeks, iaitu format buku moden yang biasa, dan kadangkala format gulung yang lebih lama digunakan atas pelbagai sebab. Sebahagian kecil manuskrip kilai terpelihara pada permukaan papirus. Saiz buku lebih kecil daripada buku kertas moden serupa injil poket kepada saiz yang lebih besar seperti buku koir untuk nyanyian koir dan alkitab gergasi yang memerlukan lebih daripada satu orang untuk mengangkatnya.[7]

  1. Kauffmann, Martin (2018-07-26). "Decoration and illustration". Dalam Kwakkel, Erik; Thomson, Rodney (penyunting). The European book in the twelfth century. Cambridge University Press. m/s. 43–67. doi:10.1017/9781316480205.005. ISBN 978-1-316-48020-5.
  2. Berenbeim, Jessica (2015). Art of documentation: documents and visual culture in medieval England. Text, image, context. Toronto: Pontifical Institute of Mediaeval Studies. ISBN 978-0-88844-194-2.
  3. Weitzmann, Kurt (1977). Late Antique and Early Christian book illumination. London: Chatto & Windus. ISBN 978-0-7011-2243-0.
  4. Laura Sînziana Cuciuc Romanescu (2020). "ILLUMINATED PAGES. A MIDDLE AGES TRIP IN THE FIELD OF COLOR". Revista Română de Studii Eurasiatice (dalam bahasa English). 16 (1–2): 7–18. ISSN 1841-477X.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. Herodotus (1998-03-05), Waterfield, Robin; Dewald, Carolyn (penyunting), "Histories", Oxford World's Classics: Herodotus: The Histories, Oxford University Press, doi:10.1093/oseo/instance.00271233, ISBN 978-0-19-953566-8, dicapai pada 2024-12-12
  6. Davenport, Cyril (1912). "Illuminated Manuscripts". Journal of the Royal Society of Arts. 60 (3087): 245–251. ISSN 0035-9114. JSTOR 41339989.
  7. De Hamel, Christopher (2001). The British Library guide to manuscript illumination: History and techniques. Toronto: University of Toronto Press. ISBN 978-0-8020-8173-5.