Makam Maryam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maqam Maryam)
Perkarangan depan kurun ke-12, Makam Maryam

Gereja Santa Maria, juga dikenali sebagai Makam Maryam, adalah merupakan makam yang dianggap oleh masyarakat Kristian sebagai makam suci yang terletak di Lembah Kindron - kaki bukit Gunung Zaitun, Jerusalem. Kebanyakan penganut Kristian mempercayai Maryam (ibu Nabi Isa) telah dikebumikan di sini sejerus selepas kewafatannnya.[1] Makam ini turut dilawati oleh penganut Islam, Kristian Ortodoks dan beberapa aliran Nasrani yang lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tradisi Kristian Timur mempercayai bahawa Maryam meninggal dunia secara alami (lihat Pengakhiran Maryam). Kematiannnya dalam bentuk "tidur". Akibat tidur itu, rohnya telah diambil dan dibawa ke syurga. Terdapat dakwaan Kristian yang mengatakan jasad Maryam dijumpai hilang pada hari ketiga selepas kematiannya, sama seperti apa yang berlaku pada Jesus tiga hari selepas kematiannya atau kebangkitan selepas tiga hari, menurut perspektif Kristian.

Gereja Roman Katolik "mengandaikan" Maryam dalam bentuk tubuh badannya telah diangkat ke langit; terdapat banyak justifikasi dan persoalan mengenai hal ini khususnya dalam pandangan Kristian Katolik. Tetapi ramai juga percaya bahawa beliau meninggal dahulu sebelum jasad dan rohnya diangkat ke syurga.

Suatu naratif dikenali sebagai Euthymiaca Historia (mungkin ditulis oleh Cyril dari Scythopolis pada kurun ke-5) mengaitkan bagaimana Maharaja Marcian dan pasangannya Ratu Pulcheria, meminta relik Maryam dari Santa Juvenal, seorang agamawan Baitulmaqdis, yang ketika itu menghadiri Majlis Chalcedon (451M). Berdasarkan naratif itu, Juvenal membalas pada hari ke-3 selepas pemakaman, makam Maryam ditemukan kosong, hanya kain kafan dipelihara di gereja yang terletak di Gethsemane.

Menurut tradisi yang lain, hanya tali pinggang Maryam yang tertinggal di makam.[2]

Arkeologi[sunting | sunting sumber]

Pandangan sisi luar Makam Maryam (dari sisi kanan) dan makam Mujir ad-Din (tengah)

Pada tahun 1972, Bellarmino Bagatti, agamawan dan ahli kaji purba (arkeologi) telah mengadakan penggalian di tapak tersebut dan menjumpai bukti perkuburan purba yang bertarikh sejak kurun pertama masihi; penemuannya tidak terikat kepada subjek penilaian awal oleh pakar arkeologi, pengesahan terhadap penemuan itu belum dinilai sepenuhnya.

Bagatti menjelaskan sisa binaan menunjukkan struktur awal tapak perkuburan mengandungi 3 lubang (kubur utama terletak didalam satu lubang khusus dalam kawasan kompleks, telah disytiharkan menurut peradaban pada ketika itu. Selanjutnya, makam yang dimaksudkan oleh umat Kristian tempatan adalah kepunyaan Maryam yang dilihat terasing dari jasad-jasad orang mati dalam kawasan nekropolis tersebut. Sebuah edicule telah dibina di makam terbabit.[3]

Makam Maryam dibahagian timur gereja

Sebuah gereja kecil berbentuk oktagon telah dibina di atas makam terbabit sejak zaman Ketua Ortodok Yunani dari Jerusalem iaitu Juvenal (ketika era Marcian), ia terletak di atas sebuah lokasi yang didirikan pada kurun ke-5, tetapi telah dimusnahkan oleh Parsi pada tahun 614 masihi. Untuk kurun-kurun berikutnya, gereja itu telah musnah tetapi dibina semula berulang kali, tetapi makam itu tidak pernah terusik. Muslim juga menganggap makam tersebut adalah kepunyaan Maryam ibu Nabi Isa a.s..

Pada tahun 1130 Masihi, Tentera Salib telah membina benteng disekitar pemakaman Benedictine, tepatnya dekat Abbey of St. Mary of the Valley of Jehoshaphat. Kawasan kompleks gereja tidak diusik termasuklah reka bentuk Gothic lama, fresko merah atas hijau, dan tiga menara untuk pengawasan. Tangga dan juga pintu masuk adalah termasuk dalam gereja tentera salib. Walau bagaimanapun, gereja telah dimusnahkan oleh Salahuddin al-ayubbi pada tahun 1187, tetapi makam tidak terusik dan sebagai tanda penghomatan. Binaan lain yang ditinggalkan termasuklah pintu masuk selatan, dan tangga, struktur binaan utama gereja digunakan untuk membina benteng Jerusalem. Pada akhir kurun ke-14, agamawan Franciscan membina gereja itu semula. Ulama gereja Yunani Ortodok melancarkan Palm Sunday untuk mengambil semua kawasan tanah suci Kristian, termasuklah yang ini. Pada tahun 1757 dan kemudiannya, mereka menghalau orang Franciscans.[4] Empayar Uthmaniyah turut menyokong penjagaan makam ini sebahagian dari relik yang mendapat taraf "status quo" dalam kawasan kompleks.[5] Sejak itu, makam berada dalam kawalan empunya Gereja Yunani Ortodok di Jerusalaem dan Gereja Apostolical Armenia di Jerusalem. Manakala gua di Gethsemane kekal dibawak penguasaan Franciscan.

Keaslian[sunting | sunting sumber]

Lagenda pada awalnya menyebut Epiphanius dari Salamis yang hidup dalam kurun ke-4 masihi, menganggap Maryam menghabiskan baki masa hidupnya di Efesus, Turki. Orang-orang Efesus mengambil maklum akan hal itu berikutan kehadiran salah seorang Hawari bernama Yahya atau Yohannes di situ, mereka berpendapat Yesus meminta Yahya untuk menjaga Maryam selepas ketiadaannya. Epiphanius, namun begitu, merujuk Injil memberitahu Yahya pergi membawa diri ke Asia, dan tidak menyebut bahawa Maryam mengikutinya.[6]

Ikon Dormition Theotokos.
Pelan dan keratan rentas menegak bahagian tapak itu
thumb
Bahagian dalam keranda. Sekarang bersalut dengan kaca.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ What's A Mother To Do? Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine at AmericanCatholic.org
  2. ^ Serfes, Father Demetrios (1 March 1999), Belt of the Holy Theotokos, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31, dicapai pada 16 January 2010
  3. ^ Alviero Niccacci, "Archaeology, New Testament, and Early Christianity", Studium Biblicum Franciscanum, Faculty of Biblical Sciences and Archaeology of the Pontifical University Antonianum in Rome
  4. ^ [1]
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-12. Dicapai pada 2016-03-03.
  6. ^ Vasiliki Limberis, 'The Council of Ephesos: The Demise of the See of Ephesos and the Rise of the Cult of the Theotokos' in Helmut Koester, Ephesos: Metropolis of Asia (2004), 327.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awamHerbermann, Charles, penyunting (1913). "Tomb of the Blessed Virgin Mary" . Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton. Cite has empty unknown parameters: |HIDE_PARAMETER20= dan |coauthors= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) Templat:Cemeteries in Jerusalem Koordinat: 31°46′48″N 35°14′23″E / 31.78000°N 35.23972°E / 31.78000; 35.23972