Pergi ke kandungan

María Corina Machado

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
María Corina Machado
Machado pada 2023
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
untuk Miranda
Dalam jawatan
5 Januari 2011 – 21 Mac 2014
Digantikan olehRicardo Sánchez
Maklumat peribadi
Lahir
María Corina Machado Parisca

(1967-10-07) 7 Oktober 1967 (umur 58)
Caracas, Venezuela
Parti politikVente Venezuela (2012–kini)
Gabungan politik
lain
Platform Kesatuan
Meja Bulat Perpaduan Demokratik
Súmate (2001–2010)
PasanganRicardo Sosa (k. 1990; c. 2001)[perlu rujukan]
Anak3
PendidikanUniversiti Katolik Andrés Bello (BS)
Institut Pengajian Lanjutan Pentadbiran (MS)
Anugerah awam
TandatanganTandatangan

María Corina Machado Parisca (lahir 7 Oktober 1967) ialah ahli politik dan jurutera industri Venezuela. Beliau ialah pemimpin utama pembangkang dan berkhidmat sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan dari 2011 hingga 2014. Pada Oktober 2025, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel "atas kerjanya yang tidak henti-henti menggalakkan hak demokrasi demi rakyat Venezuela dan atas perjuangannya mencapai peralihan adil dan aman daripada kediktatoran ke demokrasi."[1]

Machado masuk politik pada 2002 sebagai pengasas dan pemimpin kumpulan pemantauan undian Súmate,[2] bersama dengan Alejandro Plaz.[3][4] Beliau ialah Penyelaras Kebangsaan parti politik Vente Venezuela. Pada 2018, beliau tersenarai sebagai salah satu 100 Wanita BBC.[5][6] Pada 2025, majalah Time menyenaraikan beliau sebagai salah satu 100 orang paling berpengaruh.[7] Machado dianggap sebagai tokoh pembangkang Venezuela yang terkemuka; kerajaan Nicolás Maduro di Venezuela telah mengharamkan Machado daripada meninggalkan Venezuela.[6]

Machado ialah calon dalam pilihan raya presiden Venezuela 2012 tetapi kalah pemilihan pendahuluan pembangkang Henrique Capriles. Semasa bantahan Venezuela 2014, Machado ialah salah satu tokoh utama dalam menganjur bantahan menentang kerajaan Nicolás Maduro.[8] Pada 2019, di tengah-tengah kemelut presiden Venezuela, beliau mengumumkan yang beliau akan melancarkan perlumbaan presiden kedua jika Presiden sementara yang dipertikaikan Juan Guaidó berjaya memanggil pilihan raya; usaha Guaidó akhirnya tidak berjaya.[9]

  1. ^ "Announcement, Nobel Peace Prize 2025". NobelPrize.org (Siaran akhbar). Nobel Foundation. 10 Oktober 2025. Dicapai pada 10 Oktober 2025.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Renuncio
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SignOn
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EUpresident
  5. ^ "BBC 100 Women 2018: Who is on the list?" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 19 November 2018. Dicapai pada 23 Julai 2019.
  6. ^ a b Turkewitz, Julie; Herrera, Isayen; Fernandez, Adriana Loureiro (24 Julai 2024). "The 'Iron Lady' of Venezuela Threatens to Unseat Its Autocrat". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331.
  7. ^ "María Corina Machado: The 100 Most Influential People of 2025". TIME (dalam bahasa Inggeris). 16 April 2025. Dicapai pada 17 April 2025.
  8. ^ Kurmanaev, Anatoly (23 Disember 2014). "Venezuela Protests Drive Poor to Maduro as Death Toll Mounts". Business Week. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2014. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  9. ^ Regan, Trish (2 Februari 2019). "Venezuela could see its first female president". Fox Business. Dicapai pada 17 Februari 2019.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Sakharov Prize