Marabahaya Underground

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marabahaya Underground
Pengarah
PenulisSubroto Katimin
Dihasilkan olehSuhaimi Selamat
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
D'Edge Communications
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
2 Disember 2021 (Malaysia)
Durasi tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2 juta

Marabahaya Underground ialah sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2021 arahan bersama Helmi Yusof dan Cat Farish dengan skrip oleh Subroto Katimin terbitan D'Edge Communications.[1][2][3] Ia dibintangi oleh Hazama, Joey Daud, MK K-Clique, Lim Jian Wen, Jasmine Suraya, Dayana Roza, Scha Elinnea dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 2 Disember 2021 di Astro First.[4][5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Akan tetapi Shah Dhani juga adalah seorang yang banyak hutang dan kaki judi. Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya dari hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia.

Shah Dhani yang berhutang dengan Dotty (Jasmine Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon. Kemudian Chon ditugaskan untuk menghantar barang kepada pelanggan Dotty, tetapi barang itu telah tertukar tanpa disedari oleh Chon dengan sebungkus sampah. Dotty mengugut Chon untuk memulangkan duit yang hilang itu dan Chon merasa Shah Dhani telah mengkhianatinya.

Akibat daripada kejadian itu, Shah Dhani telah dicolek oleh orang suruhan Dotty. Chon dan rakan-rakan terpaksa menyertai perlumbaan haram yang besar “Mara Underground” untuk menggantikan wang yang hilang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Wahid Senario sebagai Suami Perempuan Mengandung
  • Hamdan Ramli sebagai Polis Trafik
  • Amir Raja Lawak sebagai Bookie
  • Zalif Sidek sebagai Bang Jako
  • Wann Ahmad sebagai Penumpang Teksi Kilat
  • Zen Low sebagai Pelumba Supercar Negara
  • Keifli Othman sebagai Pelumba Kereta Negara
  • Jian Hui Wong sebagai Drifter Negara
  • Faizal Alang sebagai Pelumba Rally Negara
  • Jesse Lim

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Marabahaya Underground diarahkan oleh Helmi Yusof,[6] yang dikenali menerusi karya arahannya seperti Bikers Kental (2013) dan Bo-Peng (2016). Cat Farish berkhidmat sebagai pengarah bersama dan penerbit, serta kembali melakonkan watak Loyai yang pernah dilakonkannya dalam filem Impak Maksima (2007). Ia juga menandakan filem sulung arahan Cat.[4][7] Penerbitan filem ini mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perak dan Tourism Perak.[8]

Untuk filem ini, menurut Cat, ia menampilkan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Suntingan menggunakan teknik terkini juga dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.[4] Ia juga menampilkan lebih 10 lagu hip hop yang baharu daripada artis hip hop underground. Marabahaya Underground menandakan kerjasama sulung Hazama Azmi dan Joey Daud.[8] Ia juga menandakan penampilan sulung MK, ahli kumpulan rap K-Clique di layar lebar.[4] Barisan pelakon lain termasuk Lim Jian Wen, Jasmine Suraya Chin, Santesh Kumar, Dayana Roza dan Scha Elinnea. Wahid Senario, Hamdan Ramli, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek. Pelumba supercar negara, Zen Low; pelumba negara, Keifli Othman; drifter, Jian Hui Wong dan pelumba rali, Faizal Alang membuat penampilan khas.[4]

Hazama, yang memegang watak Chon meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang melakukan aksi drifting dalam Marabahaya Underground, sambil berkata: "Dalam banyak-banyak filem lakonan saya, filem Marabahaya Underground merupakan filem pertama yang memberi peluang kepada saya untuk melakukan aksi sedemikian. Nampak macam senang, tapi susah sebenarnya".[9] Joey Daud memegang watak Shah Dhani. Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi ialah berlari ketika bulan puasa, sambil menjelaskan: "Cabaran yang pertama adalah puasa. Gila puasa-puasa kena lari, kemudian buat drift... dahsyat!".[10]

Kos pembikinan filem ini dianggarkan sebanyak RM2 juta termasuk dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk pembikinan. Menurut Cat, proses suntingan jalan cerita dilakukan sebanyak 50 kali. Helmi Yusof pada mulanya ingin mengarahkan filem ini, namun menarik diri kerana komitmen lain. Beliau kemudian mengambil alih tugas pengarahan daripada Helmi dan menggunakan wang simpanan sendiri untuk filem ini".[11]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran sebahagiannya dijalankan di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh, Perak pada Mei dan Jun 2019 semasa bulan Ramadan. Lokasi penggambaran lain termasuk Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.[8] Untuk adegan drift di Kuala Lumpur, jelas Cat, ia merupakan proses yang agak sukar untuk dilaksanakan semasa tempoh penggambaran.[12]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini, "Velocity" dipersembahkan oleh Operahaus, Lil J, Orga, Beeman, Malik Abdullah dan Eddie G. Ia dikeluarkan pada 3 Disember 2021 oleh Rocketfuel Entertainment.[13]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Marabahaya Underground dikeluarkan pada 2 Disember 2021 di Astro First.[4][14] Filem ini pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada hujung 2019 atau awal 2020, namun berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020 sekaligus mengakibatkan penutupan pawagam, filem ini ditangguhkan tayangan.

Treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 27 November 2021.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Balqis Jazimah Zahari (2 Mei 2019). "Papar sukan permotoran". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  2. ^ Balqis Jazimah Zahari (27 Jun 2019). "Aksi ekstrem maksimum". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2021 – melalui PressReader.
  3. ^ Ashraf Nasser (2 Mei 2019). "MAPS & D'Edge terbit filem "Marabahaya Underground"". Cinema Online. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  4. ^ a b c d e f "Jentera pujaan Malaya dalam Marabahaya Underground". Kosmo!. 1 Disember 2021. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  5. ^ Mohd Izarul (1 Disember 2021). "Filem aksi 'drift', Marabahaya Underground temui penonton di Astro First mulai esok". Funtasticko. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  6. ^ "'Marabahaya Underground' Bakal Papar Dunia Permotoran". Suka Filem. 3 Mei 2019. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  7. ^ Izwan Isa (7 Disember 2021). "Cat Farish Berlakon, Mengarah, Buat Scoring & Sunting Marabahaya Underground - "Saya Jadi Segala-Galanya"". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  8. ^ a b c "Filem Marabahaya Underground Temukan Akim Dan Hazama Di 'Pentas' Berbeza". Suria. 18 Mei 2019. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  9. ^ Izwan Isa (6 Disember 2021). "Hazama Teruja Dapat Belajar Drift Kereta Menerusi Filem Marabahaya Underground". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  10. ^ Izwan Isa (8 Disember 2021). "Berlari Ketika Bulan Puasa Antara Cabaran Yang Dilalui Oleh Para Pelakon Marabahaya Underground Ketika Sesi Penggambaran". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  11. ^ Ridzuan Abdul Rahman (5 Disember 2021). "Buat 50 kali suntingan". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  12. ^ Izwan Isa (3 Disember 2021). "Filem Marabahaya Underground tampilkan Ipoh sebagai lokasi utama penggambaran". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  13. ^ Izwan Isa (3 Disember 2021). ""Fuh.. Lain Macam Vibe Dia! Keep It Up Gaiss" - Netizen Teruja Tonton Klip Videp Velocity, OST Filem Marabahaya Underground". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  14. ^ Yat Kean (29 November 2021). "Marabahaya Underground premiering on Astro First on 2nd Dec 2021" [Marabahaya Underground akan ditayangkan di Astro First bermula 2 Disember 2021] (dalam bahasa Inggeris). Trend GRND. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  15. ^ "Trailer 'Marabahaya Underground' Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik". Kakimuvee. 28 November 2021. Dicapai pada 11 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]