Marcello Caetano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Marcello José das Neves Alves Caetano[1] ([mar-sé-lu kai-ta-nu]; 17 Ogos 1906 – 26 Oktober 1980) merupakan seorang ahli politik dan cendekiawan dari Portugal yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri terakhir rejim Estado Novo, dari 1968 sehinggalah beliau digulingkan Revolusi Bunga Teluki pada tahun 1974.

Awal usia[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan dekan atau rektor ke-9 dalam Fakulti Perundangan Universiti Lisbon.

Caetano memulakan karier politiknya ketika rejim autoritarian António de Oliveira Salazar. Beliau dilantik sebagai Menteri Jajahan Portugal antara 1944 dan 1947. Beliau selepas itu dilantik sebagai Presiden Lembaga Eksekutif União Nacional iaitu satu-satunya partai politik yang dibenarkan dalam rejim Estado Novo.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Salazar menghidap angin ahmar pada bulan Ogos 1968 tidak lama selepas terjatuh di kediamannya. Keadaan tersebut memaksa Presiden Américo Tomás menpertimbangkan beberapa calon untuk menggantikan beliau sehingga akhirnya melantik Caetano pada 27 September 1968.[2]

Caetano melakukan beberapa pembaharuan dalam jentera pemerintahan sedia ada Portugal, atau yang dianggapnya sebagai evolusi berterusan (evoluçao na continuidade).

Setelah pilihan raya tahun 1973, beberapa pihak yang konservatif dalam rejim ini mempergunakan hubungan mereka dengan Tomás untuk menekan Caetano agar melepaskan langkah pembaharuan tersebut; Caetano terpaksa akur dengan desakan sedemikian.

Beliau meletakkan jawatan setelah dituntut sekumpulan pihak tentera yang berpaling tadah, Movimento das Forças Armadas ("Pergerakan Angkatan Tentera") setelah suatu revolusi berjaya megepung institusi-institusi pemerintahannya.

Senja usia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal di Rio de Janeiro akibat serangan jantung pada tahun 1980.[3] Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan São João Batista di kawasan Botafogo dalam bandar raya tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Marcello Caetano". Infopédia. Dicapai 26 April 2013. 
  2. ^ See Decree N° 48597.
  3. ^ "Milestones, Nov. 10, 1980". Time (dalam bahasa Inggeris). 1980-11-10. ISSN 0040-781X. Dicapai 2017-07-13.