Marcus Garvey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marcus Garvey
Garvey in 1924
Kelahiran
Marcus Mosiah Garvey Jr.

(1887-08-17)17 Ogos 1887
Meninggal dunia10 Jun 1940(1940-06-10) (umur 52)
PekerjaanPublisher, journalist
Terkenal keranaAktivisme, nasionalisme kulit hitam, Pan-Afrikanisme
PasanganAmy Ashwood
(k. 1919; c. 1922)

Amy Jacques (k. 1922)
Anak-anak2
Ibu bapaMarcus Mosiah Garvey Sr.
Sarah Anne Richards

Marcus Mosiah Garvey Jr. ONH (17 Ogos 1887 – 10 Jun 1940)[1] ialah seorang nasionalis kulit hitam kelahiran Jamaica yang aktif dalam kedua-dua Jamaica dan Amerika Syarikat.[2] Beliau dikenali sebagai pelopor pergerakan Pan-Afrikanisme, terutamanya falsafah yang mengerakkan gerakan massa dan pemerkasaan ekonomi golbal ditumpukan kepada Afrika dikenali sebagai Garveyisme; ia menekankan usaha orang-orang keturunan Afrika di bandar untuk "menebus" negara-negara dalam benua tersebut serta keluarnya kuasa penjajah Eropah daripada benua itu.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Marcus Mosiah Garvey lahir pada 17 Ogos 1887 di bandar Saint Ann's Bay, Jajahan Jamaica.[3] Beliau dilahirkan sebagai anak bongsu dalam lima adik-beradik[4] kepada Malchus Garvey, seorang tukang batu,[5] dan Sarah Richards, seorang pembantu rumah.[6] Nama keluarga mereka diturunkan daripada suatu keluarga bangsa Ireland yang pernah memiliki mereka sebagai hamba;[7] keluarga ini dimerdekakan setelah tergubalnya Akta Penghapusan Hamba 1833 pada zaman datuk moyangnya.[7]

Keluarga mereka boleh menamung diri dengan gaji yang lebih mahal daripada jiran-jiran mereka sehingga ayah Marcus boleh mempunyai koleksi buku sendiri;[8] namun hubungan sesama mereka agak renggang lagi-lagi dengan perangainya yang panas barang[9][10] Dalam keadaan ini Garvey masih berpeluang bersekolah hingga usia 14 tahun di sebuah gereja,[11] beliau bekerja di ladang bapa saudaranya semasa lapangnya.[12]

Zaman dewasa[sunting | sunting sumber]

Marcus menjadi pekerja latihan seorang bapa baptisnya di sebuah syarikat percetakan setelah dia tamat persekolahannya.[13] Beliau berpindah ke Smith Village, Kingston[14] bekerja dalam divisyen percetakan P.A. Benjamin Manufacturing Company - beliau segera naik pangkat atas kecekapan bekerjanya menjadi mandur.[15]

Garvey menubuhkan kesatuan dagang terlibat dalam suatu mogok pekerja pada November 1908, hal ini menyebabkannya dipecat setelah tunjuk mogok ini dapat dileraikan berminggu-minggu kemudian.

Penghijrahan[sunting | sunting sumber]

Jamaica menghadapi kemelesetan besar yang memaksa banyak penduduk berhijrah dari pulau tersebut,[16] ini turut termasuk Garvey sendiri yang mencuba nasib di sebuah ladang pisang milik United Fruit Company di Limón, Costa Rica.[17]

Penggiatan nasionalisme kulit hitam[sunting | sunting sumber]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Beliau dipengaruhi pergerakan-pergerakan anti-British di Ireland (melalui kepimpinan Sinn Féin dan Éamon de Valera)[18][19] dan India (melalui swaraj)[20] pada tahun-tahun 1910-an dan 1920-an, di mana hal sedemikian dilihat mirip perjuangan yang dihadapi bangsa kulit hitam terhadap bangsa kulit putih.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopædia Britannica Online Marcus Garvey profile. Retrieved 20 February 2008.
  2. ^ "Marcus Garvey". Biography.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-09.
  3. ^ Cronon 1955, m/s. 4; Hart 1967, m/s. 218; Martin 1983, m/s. 8; Grant 2008, m/s. 8, 9.
  4. ^ Grant 2008, m/s. 9.
  5. ^ Grant 2008, m/s. 8.
  6. ^ Grant 2008, m/s. 8–9.
  7. ^ a b Grant 2008, m/s. 168.
  8. ^ Moses 1972, m/s. 38; Martin 1983, m/s. 8; Grant 2008, m/s. 9.
  9. ^ Grant 2008, m/s. 10.
  10. ^ Martin 1983, m/s. 8.
  11. ^ Grant 2008, m/s. 13.
  12. ^ Grant 2008, m/s. 11.
  13. ^ Cronon 1955, m/s. 11; Martin 1983, m/s. 10; Grant 2008, m/s. 13.
  14. ^ Grant 2008, m/s. 14.
  15. ^ Cronon 1955, m/s. 12; Hart 1967, m/s. 219; Martin 1983, m/s. 11; Grant 2008, m/s. 16.
  16. ^ Grant 2008, m/s. 24.
  17. ^ Cronon 1955, m/s. 14; Hart 1967, m/s. 220; Martin 1983, m/s. 15; Grant 2008, m/s. 24–25.
  18. ^ Grant 2008, m/s. 198.
  19. ^ Grant 2008, m/s. 173–174.
  20. ^ Grant 2008, m/s. 331–332.
  21. ^ Grant 2008, m/s. 197.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]