Marcus Thuram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marcus Thuram
Maklumat peribadi
Nama penuh Marcus Lilian Thuram-Ulien[1]
Tarikh lahir (1997-08-06) 6 Ogos 1997 (umur 23)
Tempat lahir Parma, Itali
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Mönchengladbach
Nombor 10
Kerjaya remaja
2007–2010 Olympique de Neuilly
2010–2012 AC Boulogne-Billancourt
2012–2014 Sochaux
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2017 Sochaux 37 (1)
2017–2019 Guingamp 64 (12)
2019– Borussia Mönchengladbach 31 (10)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B17 4 (1)
2014–2015 Perancis B18 5 (2)
2015–2016 Perancis B19 15 (3)
2016–2017 Perancis B20 11 (3)
2019 Perancis B21 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:00, 13 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Jun 2019

Marcus Lilian Thuram-Ulien (lahir 6 Ogos 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Bundesliga, Borussia Mönchengladbach.[2][3] Beliau merupakan anak kepada pemenang Piala Dunia, Lilian Thuram.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Sochaux[sunting | sunting sumber]

Thuram telah memulakan kerjayanya di kelab akademi Sochaux-Montbéliard. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 2 pada 20 Mac 2015 menentang Châteauroux selepas menggantikan Edouard Butin pada minit ke-83.[4] Secara jumlahnya, beliau telah beraksi dalam 43 perlawanan bersama Sochaux dan menjaringkan satu gol ketika aksi menentang Tours yang berakhir dengan kekalahan 3-1 pada 14 April 2017.[5]

Guingamp[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2017, Thuram telah menyertai kelab Ligue 1, En Avant de Guingamp dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[6] Pada Ogos 2018, beliau telah menarik perhatian ramai semasa menentang penjaga gol Paris Saint-Germain, Gianluigi Buffon yang merupakan rakan sepasukan ayahnya ketika di Parma dan Juventus.

Thuram menjaringkan gol pada masa tambahan permainan menerusi tendangan penalti pada 9 Januari 2019 sekali gus menyingkirkan juara bertahan, PSG pada perlawanan suku akhir Coupe de la Ligue yang berakhir dengan kemenangan 2-1 di Parc des Princes.[7] Pada 20 hari kemudian, beliau menjaringkan gol penyamaan perlawanan semasa menentang Monaco yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan separuh akhir. Walaupun beliau gagal menyudahkan tendangan penaltinya apabila diselamatkan oleh Danijel Subašić semasa aksi penentuan penalti, namun Guingamp akhirnya meraih kemenangan dan meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir.[8]

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2019, Borussia Mönchengladbach telah mengumumkan bahawa Thuram telah menandatangani kontrak selama empat tahun. Nilai perpindahan yang dibayar kepada Guingamp seperti yang dilaporkan ialah sebanyak 12 juta euro.[9] Beliau telah diberikan jersi bernombor 10 yang dipakai sebelum ini oleh Thorgan Hazard selepas dia berpindah ke Borussia Dortmund.

Thuram melakukan penampilan sulungnya untuk Gladbach pada 9 Ogos pada pusingan pertama DFB-Pokal menentang kelab 2. Bundesliga, SV Sandhausen dan beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan.[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga ketika melakukan penampilan kelimanya pada 22 September dengan menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya memperoleh kemenangan 2–1 ke atas Fortuna Düsseldorf.[11]

Pada 31 Mei 2020, Thuram menjaringkan dua gol bagi menundukkan 1. FC Union Berlin 4-1. Beliau telah melutut selepas menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu untuk mendedikasikan kepada protes yang sedang hangat di Amerika Syarikat berikutan kematian George Floyd.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Thuram merupakan anak kepada bekas pemain antarabangsa Perancis, Lilian Thuram dan abang kepada pemain bola sepak, Khéphren Thuram.[13] Beliau telah dilahirkan di Parma, Itali semasa bapanya beraksi untuk kelab itu. Nama beliau diambil sempena nama seorang aktivis dari Jamaica, Marcus Garvey.[14][15]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Jun 2020.[16]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Sochaux 2014–15 1 0 0 0 0 0 1 0
2015–16 15 0 3 0 1 0 19 0
2016–17 21 1 0 0 2 0 23 1
Jumlah 37 1 3 0 3 0 43 1
Perancis Guingamp 2017–18 32 3 2 1 0 0 34 4
2018–19 32 9 3 2 3 2 38 13
Jumlah 64 12 5 3 3 2 72 17
Jerman Borussia Mönchengladbach 2019–20 31 10 2 2 6[b] 2 39 14
Jumlah kerjaya 132 23 10 5 6 2 6 2 154 32
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis B19

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017: List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 9 January 2017. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 25 December 2018. Dicapai pada 2 March 2018.
  2. ^ Biodata Marcus Thuram di Soccerway. Capaian 2015-04-16.
  3. ^ Templat:FootballDatabase.eu
  4. ^ "FC Sochaux vs. Châteauroux - 20 March 2015 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 2014-04-16.
  5. ^ "Sochaux encore à côté de la plaque…". Est-Republicain. 15 April 2017. Dicapai pada 27 December 2018.
  6. ^ "Marcus Thuram, c'est fait !". Le Télégramme. 5 July 2017. Dicapai pada 27 December 2018.
  7. ^ Lermusieaux, Jocelyn (10 January 2019). "PSG-Guingamp : Marcus Thuram a eu du cran pour tirer son deuxième penalty". L'Équipe (dalam bahasa French). Dicapai pada 21 February 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  8. ^ "Monaco lose on penalties at Guingamp in Jardim's 1st match". Associated Press. 29 January 2019. Dicapai pada 21 February 2019.
  9. ^ "Transferts : Marcus Thuram (Guingamp) s'engage avec Mönchengladbach (officiel)". L'Équipe. 22 July 2019. Dicapai pada 22 July 2019.
  10. ^ "Borussia battle to DFB-Pokal second round". Borussia Mönchengladbach. 9 August 2019. Dicapai pada 30 September 2019.
  11. ^ Brassell, Andy (23 September 2019). "Marcus Thuram's derby double lifts Gladbach from European humiliation". The Guardian. Dicapai pada 30 September 2019.
  12. ^ "Gladbach's Marcus Thuram dedicates goal to U.S. protests". ESPN. 31 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020.
  13. ^ Newman, Benjamin (30 March 2015). "Marcus Thuram (17), son of Barca hero Lilian Thuram, scored the winner in a cup final on Saturday". 101 Great Goals. Dicapai pada 25 May 2017.
  14. ^ "Gianluigi Buffon faces Marcus Thuram, son of former team-mate Lilian Thuram". BBC Sport. 19 August 2018. Dicapai pada 27 December 2018.
  15. ^ "L'histoire des premiers noirs dans le sport français". France Inter (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2017-06-23.
  16. ^ Biodata Marcus Thuram di Soccerway
  17. ^ "Bundesliga Rookie Award". Bundesliga. Dicapai pada 10 February 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]