Mareșal (Romania)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mareșal (Marsyal) ialah pangkat tertinggi dalam Tentera Darat Romania, dan Angkatan Tentera Romania. Ia setaraf dengan Fil Marsyal di negara-negara lain.

Pangkat mareșal hanya boleh dianugerahkan kepada Jeneral atau Laksamana (Bahasa Romania: [amiral] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), dalam masa perang kerana kebaktian tentera yang luar biasa,[1] oleh Presiden Romania[2] dan di sahkan oleh Majlis Tertinggi Pertahanan Negara.[3]

Hanya tiga orang yang bukan kerabat diraja telah dianugerahkan pangkat mareșal setakat ini: Alexandru Averescu, Constantin Prezan, dan Ion Antonescu. Dua orang yang pertama ialah Jeneral semasa Perang Dunia I, dan yang kedua ialah Jeneral semasa Perang Dunia II, dan Pemerintah Romania antara penurunan takhta Raja Carol II (6 September 1940) dan penahanannya oleh Raja Michael I (23 Ogos 1944). Antara raja-raja Romania, Ferdinand I, Carol II dan Mihai I adalah Marsyal Romania. Raja Carol I adalah Fil Marsyal Rusia dan Jerman secara serentak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Pangkat tentera Romania