Marfu'

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Marfu' menurut bahasa merupakan isim maf’ul dari perkataan rafa’a (رفع iaitu mengangkat), dan ia sendiri bererti “yang diangkat”. Suatu hadith itu dinamakan marfu’ kerana disandarkannya kepada yang memiliki kedudukan tinggi, iaitu Rasulullah S.A.W.

Hadits marfu adalah hadits yang khusus disandarkan kepada Nabi S.A.W berupa perkataan, perbuatan atau taqrir beliau; baik yang menyandarkannya adalah sahabat, tabi’in atau yang lain; baik sanad hadith itu bersambung atau terputus.

Berdasarkan takrifan di atas, hadith marfu' itu ada yang sanadnya bersambung, ada yang terputus. Dalam hadith marfu' ini tidak dipersoalkan sama ada ia memiliki sanad dan matan yang baik atau sebaliknya. Apabila sanadnya bersambung, maka dapat disifat sebagai hadith shahih atau hadith hasan, berdasarkan darjat kesabitan dan keadilan perawi. Bila sanadnya terputus, hadith tersebut disifatkan dengn hadith dhaif mengikuti perawi.

Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Daripada definisi di atas, hadith marfu’ terfapat 8 jenis, iaitu perkataan, perbuatan, taqrir, dan sifat manakala setiap satu itu terbahagi kepada dua pula iaitu marfu’ secara tasrih (tegas dan jelas), dan marfu’ secara hukum.

Marfu’ secara hukum maksudnya adalah isinya tidak terang dan tegas menunjukkan marfu’, namun dihukumkan marfu’ kerana bersandar pada beberapa petunjuk.

Perkataan yang marfu’ tasrih: seperti perkataan sahabat, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda begini”; atau “Rasulullah S.A.W menceritakan kepadaku begini”; atau “Rasulullah S.A.W bersabda begini”; atau “Dari Rasulullah S.A.W bahwasanya bersabda begini”; atau yang semisal dengan itu.

Perkataan yang marfu’ secara hukum: seperti perkataan dari sahabat yang tidak mengambil dari cerita Israilliyaat berkaitan dengan perkara yang terjadi di masa lampau seperti awal penciptaan makhluk, berita tentang para nabi. Atau berkaitan dengan masalah yang akan datang seperti tanda-tanda hari kiamat dan keadaan di akhirat. Dan di antaranya pula adalah perkataan sahabat : “Kami diperintahkan seperti ini”; atau “kami dilarang untuk begini”; atau termasuk sunnah adalah melakukan begini”.

Perbuatan yang marfu’ tasrih: seperti perkataan seorang shahabat : “Aku telah melihat Rasulullah S.A.W melakukan begini”.

Perbuatan yang marfu’ secara hukum: seperti perbuatan shahabat yang tidak ada celah berijtihad di dalamnya di mana hal itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut bukan dari shahabat semata (melainkan dari Rasulullah S.A.W). Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Al-Bukhari, "Adalah Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas r.a. berbuka puasa dan mengqasar solat pada perjalanan empat burud" [Burud merupakan jamak dari bard, iaitu salah satu jarak yang digunakan di zaman itu (sekitar 80 km)].

Penetapan (taqrir) yang marfu’ tasrih: seperti perkataan sahabat, "Aku telah melakukan perbuatan demikian di hadapan Rasulullah S.A.W"; atau “Si Fulan telah melakukan perbuatan demikian di hadapan Rasulullah S.A.W" – dan dia (sahabat tersebut) tidak menyebutkan adanya pengingkaran Rasulullah S.A.W terhadap perbuatan itu.

Penetapan yang marfu’ secara hukum: seperti perkataan sahabat, "Adalah para sahabat begini/demikian pada zaman Rasulullah S.A.W.”.

Sifat yang marfu’ tasrih: seperti perkataan seorang sahabat yang menyebutkan sifat Rasulullah S.A.W sebagaimana dalam hadith Ali r.a., "Nabi S.A.W itu tidak tinggi dan tidak pula pendek”; atau “Adalah Nabi S.A.W berkulit cerah, peramah, dan lemah lembut”.

Sifat yang marfu’ secara hukum: seperti perkataan sahabat, "Dihalalkan untuk kami begini”; atau “Telah diharamkan atas kami demikian”. Ungkapan seperti secara zahir menunjukkan bahawa Nabi S.A.W yang menghalalkan dan mengharamkan. Ini dikarenakan sifat yang secara hukum menunjukkan bahwa perbuatan adalah sifat dari pelakunya, dan Rasulullah S.A.W adalah yang menghalalkan dan mengharamkan; maka penghalalan dan pengharaman itu merupakan sifat baginya. Poin ini sebenarnya banyak mengandung unsur tolak ansur yang tinggi, walaupun bentuk seperti ini dihukum sebagai sesuatu yang marfu’.

Dalam penyampaiannya ada beberapa kalimat yang bisa menjadi tanda dari Hadits Marfu diantaranya:

Jika yang berbicara sahabat:

  • Kami telah diperintah (امرنا).
  • Kami telah dilarang (نهينا عن).
  • Telah diwajibkan atas kami (اوجب علينا).
  • Telah diharamkan atas kami (حرم علينا).
  • Telah diberi kelonggaran kepada kami (رخص لنا).
  • Telah lalu dari sunnah (مضت السنة).
  • Menurut sunnah (من السنة).
  • Kami berbuat demikian di zaman Nabi (كنا نفعل كذا فى عهد النبي ص).
  • Kami berbuat demikian padahal Rasulullah masih hidup (كنا نفعل كذا والنبي).

Jika yang meriwayatkanya tabi`in:

  • Ia merafa`kanya kepada Nabi S.A.W (يرفعه).
  • Ia menyandarkanya kepada Nabi S.A.W (ينميه).
  • Ia meriwayatkanya dari Nabi S.A.W (يرويه).
  • Ia menyampaikanya kepada Nabi S.A.W (يبلغ به).
  • Dengan meriwayatkan sampai Nabi S.A.W (رواية).

Jika di akhir sanad ada sebutan (مرفوعا) artinya: keadaanya diMarfu`kan.