Margaret Mead

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Margaret Mead
Mead in October 1948
Kelahiran(1901-12-16)16 Disember 1901
Philadelphia, Pennsylvania, Amerika
Meninggal dunia15 November 1978(1978-11-15) (umur 76)
Bandar Raya New York, Amerika
Pusat pendidikan
PekerjaanAhli antropologi
Pasangan
Anak-anakMary C. Bateson (lahir 1939)
AnugerahHadiah Kalinga (1970)

Margaret Mead (16 Disember 1901 – 15 November 1978) ialah seorang ahli antropologi budaya Amerika. Mead dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania dan dibesarkan di kota Doylestown, Pennsylvania yang tidak jauh dari situ. Ayahnya seorang profesor di sebuah universiti, sementara ibunya seorang aktivis sosial. Mead lulus daripada Kolej Barnard pada 1923 dan mendapatkan gelar PhD-nya daripada Universiti Columbia pada 1929. Pada tahun 1925, beliau berangkat untuk melakukan penelitian lapangannya di Polinesia. Pada 1926, Mead bergabung dengan Muzium Sejarah Alam Amerika, Bandar Raya New York, sebagai pembantu kurator, dan akhirnya menjadi kurator etnologi muzium itu dari 1946 hingga 1969. Selain itu, beliau mengajar di Universiti Columbia sebagai pensyarah khas sejak 1954. Mengikuti teladan gurunya Ruth Benedict, Mead menumpukan pengajiannya pada masalah-masalah asuhan anak, keperibadian dan kebudayaan.[1] Mead juga berkhidmat sebagai pengerusi Persatuan Kemajuan Sains Amerika pada 1975.[2]

Penemuan-penemuan yang ditulisnya dalam bukunya yang pertama, Coming of Age in Samoa (Menjadi Dewasa di Samoa) (1928), telah banyak diperdebatkan. Buku ini ditulisnya berdasarkan penelitian yang dilakukannya sebagai mahasiswa pascasarjana. Karya-karyanya yang diterbitkan didasarkan pada waktu beliau tinggal di Pulau Sepik dan Manus, kerana mereka yang boleh membaca daripada kedua-dua kebudayaan yang digambarkannya itu telah menantang sebagian daripada pengamatannya. Namun posisinya sebagai ahli antropologi perintis tetap teguh.

Margaret Mead berkahwin tiga kali, pertama kali dengan Luther Cressman dan dua lagi perkahwinan berikutnya adalah sesama ahli antroplogi, Reo Fortune dan Gregory Bateson. Dengan Bateson, beliau memperoleh seorang anak perempuan, yang juga seorang ahli antropologi, Mary Catherine Bateson. Cucu perempuannya, Sevanne Margaret Kassarjian, ialah seorang pelakon drama dan televisyen yang bekerja secara professional dengan nama Sevanne Martin. Mead meninggal di New York City pada 15 November 1978, dalam usia 76 tahun.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Margaret Mead, anak sulung daripada lima adik-beradik, dilahirkan di Philadelphia, tetapi dibesarkan di Doylestown, Pennsylvania yang berdekatan. Ayahnya, Edward Sherwood Mead, ialah seorang profesor kewangan di Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvania, dan ibunya, Emily (née Fogg) Mead,[3] ialah seorang ahli sosiologi yang mengkaji tentang pendatang Itali.[4] Adiknya, Katharine (1906–1907) meninggal pada usia sembilan bulan. Ini ialah peristiwa traumatik bagi Mead yang telah menamakan gadis itu, dan pemikiran adiknya yang hilang menghantuinya selama bertahun-tahun.[5]:347–348 Keluarganya sering berpindah-randah, dengan pendidikan awalnya diarahkan oleh neneknya sehingga pada usia 11 tahun, beliau didaftarkan oleh keluarganya di Buckingham Friends School di Lahaska, Pennsylvania.[6] Keluarganya memiliki ladang Longland dari 1912 hingga 1926.[7] Dilahirkan dalam keluarga dengan pelbagai pandangan agama, beliau mencari bentuk agama yang memberikan ekspresi kepercayaan yang beliau telah kenal secara formal, yakni agama Kristian. Dengan itu, beliau mendapati ritual Gereja Episkop Amerika Syarikat sesuai dengan ekspresi agama yang dicarinya.[8] Mead belajar selama satu tahun (1919) di Universiti DePauw, kemudian dipindahkan ke Kolej Barnard.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Columbia Encyclopedia, Edisi ke-5, 1993.
  2. ^ "AAAS Presidents". aaas.org. American Association for the Advancement of Science. Dicapai pada October 13, 2018.
  3. ^ "Shaping Forces – Margaret Mead: Human Nature and the Power of Culture (Library of Congress Exhibition)". Loc.gov. November 30, 2001. Dicapai pada September 29, 2010.
  4. ^ ""Margaret Mead" by Wilton S. Dillon" (PDF). Dicapai pada September 29, 2010.
  5. ^ Howard 1984.
  6. ^ Stella, Nicole and Jenifer (2005). New Hope, Lahaska, and Buckingham (PA) (Images of America). Arcadia Publishing. m/s. 46. ISBN 978-0-7385-3796-2.
  7. ^ "National Historic Landmarks & National Register of Historic Places in Pennsylvania". CRGIS: Cultural Resources Geographic Information System. Diarkibkan daripada yang asal (Searchable database) pada 2007-07-21. Dicapai pada 2021-05-11. Note: This includes Jeffrey L. Marshall (October 1999). "National Register of Historic Places Inventory Nomination Form: Longland" (PDF). Dicapai pada September 30, 2012.
  8. ^ Mead 1972, halaman 76–77

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Coming of Age in Samoa (1928) ISBN 0-688-05033-6
  • Growing Up in New Guinea (1930) ISBN 0-688-17811-1
  • The Changing Culture of an Indian Tribe (1932)
  • Sex and Temperament in Three Primitive Societies (1935)
  • Male and Female (1949) ISBN 0-688-14676-7
  • New Lives for Old: Cultural Transformation in Manus, 1928-1953 (1956)
  • People and Places (1959; buku untuk pembaca muda)
  • Continuities in Cultural Evolution (1964)
  • Culture and Commitment (1970)
  • Blackberry Winter (1972; biografi tentang masa mudanya) ISBN 0-317-60065-6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]