Margaret Qualley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Margaret Qualley
Qualley di San Diego Comic-Con 2017
Kelahiran
Sarah Margaret Qualley

(1994-10-23) 23 Oktober 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini
Ibu bapa

Sarah Margaret Qualley (lahir 23 Oktober 1994)[1] ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat. Selepas memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2013, beliau telah membintangi beberapa siri televisyen yang berjaya dan filem-filem Hollywood. Hasil kerja Qualley telah memperoleh pencalonannya untuk Anugerah Emmy dan Screen Actors Guild.

Anak perempuan kepada pelakon Andie MacDowell, Qualley dilatih sebagai penari balerina di zaman remajanya dan mula bergiat aktif sementara dalam bidang pemodelan. Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan peranan kecil dalam filem drama 2013 Palo Alto, namun kemudian memegang watak remaja bermasalah dalam siri drama misteri HBO The Leftovers (2014–2017). Qualley kemudian muncul dalam komedi gelap The Nice Guys (2016) dan dalam siri thriler ghaib Netflix, Death Note (2017).[2]

Qualley mendapat pujian dan pencalonan di Anugerah Emmy Primetime ke-71 untuk menjayakan pelakon dan penari Ann Reinking dalam siri mini drama biografi FX Fosse/Verdon (2019). Kejayaan komersialnya yang terbesar muncul pada tahun 2019 dengan komedi drama Quentin Tarantino Once Upon a Time in Hollywood sambil terus menerima pujian untuk persembahannya dalam penerbitan yang lebih kecil seperti Native Son dan Io (kedua-duanya 2019).[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Margaret Qualley dilahirkan pada 23 Oktober 1994 di Montana. Beliau ialah anak perempuan Andie MacDowell, seorang pelakon dan model, dan Paul Qualley, seorang model, pemuzik, kontraktor dan usahawan penternakan.[4] Beliau mempunyai abang, Justin (lahir 1986), dan dan kakak, Rainey (lahir 1990). Rainey juga merupakan seorang pelakon, model, penari, penyanyi dan pencipta lagu dengan nama Rainsford.[5][6][7] Qualley bersaudara menghabiskan beberapa tahun mereka di kawasan penternakan di Missoula, Montana.[8] Ibu bapa mereka berpisah ketika Margaret berusia lima tahun dan beliau membahagikan masanya bersama ibu bapa mereka.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Catatan
2013 Palo Alto Raquel
2016 The Nice Guys Amelia
2017 Novitiate Suster Cathleen Harris
The Vanishing of Sidney Hall Alexandra
Death Note Mia Sutton
2018 Donnybrook Delia Angus
2019 IO Sam Walden
Native Son Mary Dalton
Adam Casey Freeman
Once Upon a Time in Hollywood Pussycat
Strange but True Melissa
Seberg
2020 Wake Up Jane Doe Filem pendek
My Salinger Year Joanna Pos-produksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014–2017 The Leftovers Jill Garvey 18 episod
2018 Asesinato en el Hormiguero Express Margaret Qualley Rancangan khas
2019 Fosse/Verdon Ann Reinking 5 episod

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2019 Death Stranding Mama Suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "InStyle Magazine Covers: 1995". In Style Magazine. Dicapai pada May 22, 2016.
  2. ^ Kroll, Justin (November 12, 2015). "'The Leftovers' Star Margaret Qualley Joins Nat Wolff in 'Death Note'". Variety. Dicapai pada April 16, 2016.
  3. ^ Kroll, Justin (2016-10-06). "Anthony Mackie, Margaret Qualley, and Danny Huston Join Sci-Fi Drama 'IO'". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-24.
  4. ^ "Andie Macdowell profile". filmreference.com. Dicapai pada 2016-05-22.
  5. ^ "Getting to that Stage: Rainey and Margaret Qualley, photographed at Alder Manor, in New York". Vanity Fair. Dicapai pada July 9, 2014.
  6. ^ "Social Safari in Paris, France". newyorksocialdiary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-24. Dicapai pada May 22, 2016.
  7. ^ "Rainsford on Her Manifesting Pop Stardom and Fitting Fashion In, Too: New Face, Fresh Style". Billboard. Dicapai pada 2017-07-24.
  8. ^ Rovzar, Chris. "Rainey and Margaret Qualley on Their Singing and Acting Careers". HWD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-24.
  9. ^ "Introducing indie actress Margaret Qualley". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-14. Dicapai pada 2017-07-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]