Margaret dari Scotland, Permaisuri Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Margaret dari Scotland
Permaisuri Norway
Tempoh1281 – 9 April 1283
Keputeraan28 Februari 1261
Istana kota Windsor, Windsor, Berkshire, England
Kemangkatan9 April 1283(1283-04-09) (umur 22)
Tønsberg, Vestfold, Norway
PemakamanKatedral Lama, Bergen
PasanganEric II dari Norway
AnakandaMargaret, Gadis Norway
KerabatDunkeld
AyahandaAlexander III dari Scotland
BondaMargaret dari England

Margaret dari Scotland (bahasa Norse Lama: Margrét Alexandersdóttir; Norway: Margrete Alexandersdotter; Gaelik Scotland: Maighread Nic Rìgh Alasdair; 28 Februari 1261 – 9 April 1283) merupakan Permaisuri Norway sebagai suri Raja Eric II.[1] Baginda kadangkala dikenali sebagai Gadia Scotland untuk membezakan baginda daripada paduka puterinya, Margaret, Gadis Norway, yang mewarisi takhta Scotland.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Margaret diputerakan pada 28 Februari 1261[3] di Istana kota Windsor.[4] Baginda merupakan paduka anakanda pertama Raja Alexander III dari Scotland dan Margaret dari England, suri pertama Alexander.[3] Sebuah jawatankuasa lima earl, empat uskup, dan empat baron ditugaskan dengan memastikan paduka anakanda pertama Raja dibawa dengan selamat ke Scotland.[5] Baginda diikuti oleh dua adinda putera, Alexander dan David.[3] Permaisuri Margaret mangkat pada tahun 1275, tetapi surat ditulis oleh Margaret yang lebih muda menunjukkan hubungan mesra dengan paduka ayahanda saudara baginda Raja Edward I dari England.[6]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Margaret kekal tidak berkahwin sehinggalah usia 20 tahun, yang dianggap terlalu lama bagi seorang puteri zaman pertengahan.[3] Baginda akhirnya bertunang dengan Eric II, raja Norway, pada tahun 1281. Niatnya untuk meredakan ketengangan yang berkembang antara Norway dengan Scotland pada dekad-dekad sebelumnya.[7] Menurut para pembabad, Margaret menentang pemasangan ini, namun paduka ayahandanya bertegas.[1] Mahkota Scotland memberi baginda dan Eric estet-estet Rothiemay di Banffshire, Belhelvie di Aberdeenshire, Bathgate di West Lothian, dan Ratho di Midlothian sebagai hantaran kahwin baginda.[3] Perjanjian menyusun perkahwinan baginda menetapkan bahawa Margaret dan anak-anaknya akan mewarisi takhta Scotland jika Raja Alexander mangkat tanpa meninggalkan putera sah dan jika tiada putera sah baginda meninggalkan anak yang sah.[2]

Margaret berlayar ke pelabuhan Bergen pada awal pagi 15 Ogos. Perkahwinan baginda dengan raja Norway yang berusia 13 tahun itu diraikan dua atau tiga minggu kemudian, menjadikan baginda permaisuri Norway.[8] Baginda dimahkotakan oleh Jon Raude, Uskup Agunf Nidaros, Gereja Christ, Bergen.[8][1] Seorang wanita beradab, Margaret mungkin mendapati ia susah untuk menyesuaikan kehidupan berkahwin dengan seorang remaja. Scots melaporkan bahawa baginda cuba "memupuk" Eric dengan mengajarnya bahasa Perancis dan Inggeris, adab makan, dan fesyen. Paduka bonda mertua baginda, Ingeborg dari Denmark, melemahkan kedudukan baginda sebagai permaisuri dan menguasai istana.[1]

Antara Mac dan 9 April 1283,[2] Permaisuri Margaret melahirkan satu-satunya anakanda baginda, Margaret, dikenali sebagai Gadis Norway, di Tønsberg.[7] Baginda mangkat semasa atau tidak lama selepas bersalin,[2] dan dimakamkan di Gereja Christ di Bergen.[8] Memandangkan kedua-dua paduka adinda putera Margaret mangkat dahulu daripada paduka ayahandanya, paduka puteri baginda mewarisi takhta Scotland pada tahun 1286.[7]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Margrete Aleksandersdotter – utdypning (Store norske leksikon)
  2. ^ a b c d Duncan 2002, m/s. 166.
  3. ^ a b c d e Barrow 1990, m/s. 121.
  4. ^ Panton, James (2011). Historical Dictionary of the British Monarchy (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 320. ISBN 978-0-8108-7497-8.
  5. ^ Barrow 1990, m/s. 125.
  6. ^ Prestwich 1998, m/s. 356-357.
  7. ^ a b c Oram 2002, m/s. 107.
  8. ^ a b c Helle 1990, m/s. 149.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Margaret dari Scotland, Permaisuri Norway
Tarikh keputeraan: 28 Februari 1261 Tarikh kemangkatan: 9 April 1283
Kerabat diraja Norway
Didahului oleh
Ingeborg Eriksdotter
Permaisuri Norway
1281–1283
Diikuti oleh:
Isabel Bruce

Templat:Norwegian consorts Templat:Scandinavian Scotland