Mari Kiviniemi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mari Kiviniemi
Perdana Menteri Finland
Memegang jawatan
22 Jun 2010
PresidenTarja Halonen
Didahului olehMatti Vanhanen
Menteri Pentadbiran Amwam dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
19 April 2007 – 22 Jun 2010
Perdana MenteriMatti Vanhanen
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehTapani Tölli
Menteri Perdagangan Luar dan Pembangunan
Dalam jawatan
3 September 2005 – 2 Mac 2006
Perdana MenteriMatti Vanhanen
Didahului olehPaula Lehtomäki
Digantikan olehPaula Lehtomäki
Anggota Parlimen Finland
untuk Helsinki
Memegang jawatan
21 Mac 2007
Anggota Parlimen Finland
untuk Vaasa
Kaunti Vaasa (1995–1999)
Dalam jawatan
24 Mac 1995 – 20 Mac 2007
Butiran peribadi
Lahir (1968-09-27) 27 September 1968 (umur 55)
Seinäjoki, Finland
Parti politikParti Tengah
PasanganJuha Louhivuori
Alma materUniversiti Helsinki

Mari Kiviniemi Johanna (lahir 27 September 1968) merupakan Perdana Menteri Finland . Dia terpilih sebagai Perdana Menteri pada tarikh 22 Jun 2010. Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, Kiviniemi ialah Menteri Pentadbiran Am dan Kerajaan Negeri dalam Dewan Negara Finland dari 2007 - 2010. Sebelumnya ia adalah Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Pembangunan dari 2005 ke 2006. Parti politiknya adalah Parti Pusat . Pada bulan Jun 2010, beliau dipilih sebagai ketua Parti Pusat.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Kiviniemi dilahirkan di Seinajoki , Finland . Dia dibesarkan di desa Ostrobothnia Selatan. Anak seorang penternak ayam, dan pergi ke sekolah di Jalasjärvi . Dia pernah menyertai program pertukaran pelajar ke Jerman selama setahun . Dia belajar di Universiti Helsinki pada tahun 1988 - jurusan ekonomi.

Berkahwin dengan Juha Mikael Louhivuori seorang usahawan pada tahun 1996. Mereka memiliki dua anak, Hanna dan Antti. Dia boleh bercakap bahasa Finland, Sweden dan Inggeris. Dia suka mendengar muzik klasik dan bermain piano , seruling dan ski . Keluarganya mempunyai sebuah pondok musim panas di Tasik Vanajavesi .

Kiviniemi adalah ahli politik sejak 1991. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Kesatuan Pelajar. Kiviniemi juga merupakan ahli dewan bandar Helsinki.

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Januari 2010, Perdana Menteri Finland Matti Vanhanen mengumumkan mengundurkan diri dari Parti Pusat pada Konvensyen Jun 2010. Kiviniemi mengumumkan pencalonan dirinya untuk kekosongan itu. Kempen dilancarkan pada bulan April 2010.

Pada 12 Jun 2010, Kiviniemi menewaskan Mauri Pekkarinen dengan 1.357 ke 1.035. Perdana Menteri Matti Vanhanen bertemu dengan Presiden Finland Tarja Halonen pada 18 Jun meminta izin untuk mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri. Perlantikan Kiviniemi telah diluluskan oleh Parlimen pada 22 Jun 2010, dengan nisbah suara 115-56 dan 29 ahli parlimen . Pemilihannya ini merupakan wanita Finland kedua menjadi Perdana Menteri Finland selepas Anneli Jäätteenmäki (17 April 2003 hingga 14 Jun 2003).

Rujukan[sunting | sunting sumber]