Maria Magdalena
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
| Mary Magdalene | |
|---|---|
| Disciple | |
| Lahir | Date unknown Place unknown |
| Meninggal | Date unknown Place: possibly Saint-Maximin-la-Sainte-Baume, Ephesus, Asia Minor [1] |
| Dihormati oleh | Eastern Orthodoxy Roman Catholic Church Anglican Communion Lutheranism other Protestant churches Bahá'í Faith |
| Hari perayaan | July 22 |
| Atribut | Western: alabaster box of ointment Eastern: container of ointment (as a myrrhbearer), or holding a red egg (symbol of the resurrection); embracing the feet of Christ after the Resurrection |
| Naungan | Apothecaries; Kawit, Cavite; Atrani, Italy; Casamicciola Terme, Ischia; contemplative life; converts; glove makers; hairdressers; penitent sinners; people ridiculed for their piety; perfumeries; pharmacists; reformed prostitutes; sexual temptation; tanners; women |
sunting | |
Mary Magdalene atau Maria Magdalena atau Maria dari Magdala ialah seorang tokoh agama dalam Kristian. Beliau dianggap sebagai wanita kedua terpenting dalam Perjanjian Baru selepas Mariam (Mary), ibu kepada Yesus.[2] Maria Magdalena mengembara bersama Nabi Isa sebagai salah seorang pengikut-Nya. Beliau hadir dalam dua peristiwa penting berkaitan Nabi Isa, iaitu penyaliban dan kebangkitan. Dalam keempat-empat buah Injil, nama Maria Magdalena disebut sebanyak 12 kali, iaitu lebih kerap daripada kebanyakan pengikut Nabi Isa yang lain. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat berani kerana tetap berada di sisi Nabi Isa ketika saat-saat penderitaan dan kematian-Nya, serta selepas itu.
Injil Lukas menyatakan bahawa tujuh roh jahat telah keluar daripadanya (Lukas 8:2). Injil Markus pula menyebut bahawa Yesus telah membuang tujuh roh jahat daripada Maria Magdalena (Markus 16:9). Istilah “tujuh iblis” ditafsirkan sebagai merujuk kepada penyakit yang kompleks, bukan kepada sebarang bentuk dosa.[3]
Maria Magdalena hadir semasa penyaliban Yesus dan semasa peristiwa Sabat. Injil-injil berkanun, iaitu (Matius 28:1–8), (Markus 16:9–10), (Lukas 24:10) dan (Yohanes 20:18), menggambarkan beliau sebagai saksi terawal serta wanita pertama yang memberikan keterangan tentang kebangkitan Yesus.[4] Yohanes 20 dan Markus 16:9 menamakan beliau sebagai orang pertama yang telah melihat Yesus selepas kebangkitannya.
Ahli teologi Ortodoks Augustine melabelkan beliau sebagai “Rasul kepada para rasul”. Beberapa sarjana mendakwa bahawa Maria Magdalena ialah seorang pelacur.
Namun, Mary Magdalene dianggap sebagai tokoh suci oleh Gereja Katolik, Ortodoks, Anglican dan Lutheran, dengan sambutan perayaan diadakan pada 22 Julai setiap tahun. Sementara itu, gereja-gereja Protestan menghormati beliau sebagai seorang wanita yang beriman, suci dan mulia. Gereja-gereja Ortodoks Timur juga memperingati beliau pada hari Ahad.
Identiti
[sunting | sunting sumber]Magdalena berasal daripada perkataan 'Magdala' iaitu sebuah kota pesisiran Galilea di Tiberias. Maria Magdalena digambarkan membasahi kaki Yesus dengan air matanya dan menyekanya dengan rambutnya, kemudian mencium kaki Nabi Isa dan meminyaki kaki Nabi Isa dengan minyak wangi (Lukas 7:36-50; Markus 15:40, Matius 27:56, dan Yohanes 19:25).
Beliau salah seorang daripada wanita yang menyertai rombongan Nabi Isa semasa menyebarkan Injil di Galilea. Perempuan lain yang turut serta ialah Yohana isteri Khuza dan Susana.
Menurut Alkitab juga, Maria Magdalena juga merupakan orang pertama yang mendapati makam Nabi Isa kosong dan kemudian orang pertama yang melihat Nabi Isa Bangkit (Yoh. 20:1-18).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Saint Mary Magdalen". New Catholic Dictionary. 1910. Dicapai pada 2007-02-28.
- ↑ Morrow, Carol Ann. "St. Mary Magdalene: Redeeming Her Gospel Reputation". Liguori Publications.
- ↑ "Saint Mary Magdalene". Encyclopædia Britannica. 2011.
- ↑ Thompson, Mary R. (1995). Mary of Magdala, Apostle and Leader. New York: Paulist Press. ISBN 0-8091-3573-6.

