Maria Ressa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maria Ressa
Ressa pada 6 Julai 2011
Kelahiran
Maria Angelita Ressa

(1963-10-02) 2 Oktober 1963 (umur 60)
Manila, Filipina
KerakyatanA.S.[1][2]
Filipina[3]
PendidikanUniversiti Princeton (B.A.)
Universiti Filipina Diliman
PekerjaanWartawan, penulis, eksekutif syarikat
Terkenal keranaPengasas bersama Rappler
Laman web rasmiRappler
mariaressa.com

Maria Angelita Ressa (lahir 2 Oktober 1963) ialah seorang wartawan dan penulis berdarah Filipina-Amerika, beliau dikenali sebagai salah seorang pengasas bersama Rappler dan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.[4] Beliau sebelum ini menghabiskan hampir dua dekad bekerja sebagai wartawan penyiasatan utama di CNN bahagian Asia Tenggara. Ressa disifatkan sebagai "wartawan paling terkenal di Filipina".[5][6]

Ressa dimasukkan dalam senarai Person of the Year 2008 oleh Time sebagai salah satu koleksi wartawan dari seluruh dunia memerangi berita palsu. Beliau ditangkap kerana "fitnah siber" di tengah tuduhan pelbagai kejadian berita palsu dan pengelakan cukai korporat pada 13 Februari 2019. Pada 15 Jun 2020, sebuah mahkamah di Manila mendapati beliau bersalah atas pertuduhan fitnah siber.[5] Oleh kerana beliau merupakan pengkritik yang terang-terangan terhadap Presiden Filipina Rodrigo Duterte, penahanannya dilihat oleh komuniti kewartawanan antarabangsa sebagai tindakan bermotifkan politik oleh pemerintah kedua. Ressa ialah salah seorang daripada 25 tokoh terkemuka di Suruhanjaya Maklumat dan Demokrasi yang dilancarkan oleh Reporters Without Borders.[6]

Beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama Dmitry Muratov pada tahun 2021 atas pengiktirafan "usaha menjaga kebebasan bersuara yang merupakan prasyarat kepada [adanya] demokrasi dan keamanan yang berkekalan." Beliau merupakan warga Filipina pertama menerima anugerah ini.[7][8]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tiglao, Rigoberto (6 Mac 2019). "Rappler's Ressa is a colossal con man". The Manila Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2019.
  2. ^ Guillermo, Emil (8 Mei 2019). "Dual citizens – Pay attention to Otso Diretso". Philippine Daily Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2019.
  3. ^ Macaraig, Ayee (13 Februari 2019). "From wars to Duterte: Maria Ressa 'refuses to hide'" (dalam bahasa Inggeris). Philstar Global. Agence France-Presse. Dicapai pada 15 Februari 2019.
  4. ^ Arsenault, Adrienne (27 April 2017). "'Democracy as we know it is dead': Filipino journalists fight fake news". CBC News (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ a b Ratcliffe, Rebecca (15 Jun 2020). "Maria Ressa: Rappler editor found guilty of cyber libel charges in Philippines". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 15 Jun 2020.
  6. ^ a b "Maria A. Ressa | Reporters without borders". RSF (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2018. Dicapai pada 15 Jun 2020.
  7. ^ Gavilan, Jodesz (9 Oktober 2021). "What you need to know: Filipinos and the Nobel Peace Prize". Rappler.
  8. ^ "The Nobel Peace Prize 2021". NobelPrize.org. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2021. Dicapai pada 8 Oktober 2021. The Nobel Peace Prize 2021 was awarded jointly to Maria Ressa and Dmitry Andreyevich Muratov "for their efforts to safeguard freedom of expression, which is a precondition for democracy and lasting peace."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Dong Puno
Timbalan Naib Presiden Berita dan Hal Ehwal Semasa, ABS-CBN News
2004–2010
Diikuti oleh:
Ging Reyes