Maria Tunku Sabri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maria Tunku Sabri (lahir 10 Ogos 1970)[1][2] atau Maria JJCM merupakan personaliti TV3 yang merupakan bekas pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Maria Tunku Sabri juga bekas pramugari Malaysia Airlines.

Maria Tunku Sabri
Kelahiran (1970-08-10) 10 Ogos 1970 (umur 53)
PekerjaanPersonaliti televisyen, pengacara, bekas pramugari Malaysia Airlines
Tahun aktif2001–kini
PasanganAhmad Nazri Abd Malek

Jalan-Jalan Cari Makan[sunting | sunting sumber]

Program ini mengetengahkan restoran dan makanan yang lazat di seluruh Malaysia. Ia diminati oleh penonton Melayu dan Cina. Maria menjadi hos dari musim 1 hingga 12. Penerbit ialah Hamsiah Biri. Namun, Maria bertindak sebagai hos, pengacara dan penerbit di lokasi.[3]

JJCM 11 unik kerana lokasinya ialah di Kota Singapura iaitu di Vivocity, Bugis Junction, Arab Street, Orchard Road dan Clarke Quay (Kelaki). Bantuan maklumat diperolehi daripada Lembaga Pelancongan Singapura.[4]

Mulai JJCM 13, beliau digantikan oleh Serina Redzuawan.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Adik Manja Returns Puan Dibah Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Keluarga Untuk Disewa Datin Kay TV9 Drama pertama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2001–2008 Jalan-Jalan Cari Makan Pengacara TV3

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Maria tinggal bersama suaminya Ahmad Nazri Abd Malek dan anaknya Amreel Nuqman dengan Aleeya Nazneen di USJ, Subang Jaya, Selangor.

Saman[sunting | sunting sumber]

Pada 2004, Maria memfailkan tuntutan saman terhadap Wan Johari Wan Hussin kerana enggan mengahwininya seperti dijanjikan. Perjanjian itu dikatakan tidak menepati Akta Kontrak.

Pada 22 Februari 2008, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi menggugurkan saman itu kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tambahan pula kedua-dua pihak beragama Islam dan melibatkan perkahwinan. Tidak wajar seorang yang telah bernikah mengahwini lelaki lain.[6]

Pada 24 Jun 2009, Mahkamah Persekutuan menerima kes Maria untuk saman semula terhadap Datuk Wan Johani Wan Hussin kerana didakwa melanggar perjanjian. Wan Johani engkar untuk mengahwininya seperti dijanjikan. Wan Johari menafikan kontrak pampasan RM5.5 juta. Perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan. Tambahan pula, perjanjian itu tidak sah kerana Maria telah pun berkahwin dan punya suami. Ada undur-unsur paksaan dan ugutan daripada Maria.

Pada 2 April 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membicarakan kes seorang ahli perniagaan kerana mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta selepas lelaki itu gagal menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.

Pada 9 Julai 2010, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd. Yusof akan memutuskan kedudukan kes itu. Karpal Singh bertindak sebagai peguam Maria. Akbardin Abdul Kader sebagai peguam Wan Johani.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ifqdar Rahman (9 November 2016). "'Memburu' makanan halal di Taiwan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-03. Dicapai pada 3 Ogos 2018 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ MEDIA HIBURAN (21 Julai 2014). "Pengacara Maria Tunku Sabri bakal menyambut hari lahir pada 10 Ogos depan. Jom ucapkan sesuatu sempena hari lahir beliau. Ucapan terpilih akan disiarkan di dalam majalah Media Hiburan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-03. Dicapai pada 3 Ogos 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Maria cemburu kemesraan anak dan suami Utusan Malaysia
  4. ^ Kepuasan Maria Tunku Sabri Utusan Malaysia
  5. ^ Maria Ditukar, JJCM Mahukan Perubahan! mStar Online
  6. ^ Bicara kes Maria Tunku Sabri 27 September
  7. ^ Kes saman Maria Tunku Sabri didengar 9 Julai