Pergi ke kandungan

Mariachi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan mariachero membuat persembahan di Guadalajara sempena ulang tahun penubuhan Wikipedia ke-10

Mariachi (disebut [maˈɾ.ja.t͡ʃi]) ialah genre muzik tradisional di Mexico dimainkan pemain alat tiup bras pancaragam dan gitar (yakni mariachero[1] [maˈɾ.ja.t͡ʃe.ɾo]) pada hari-hari besar di negara tersebut.

Ia dikembangkan dari muzik yang lazim dalam kalangan masyarakat Sepanyol dibawakan para penjajah ke empayar besarnya (Sepanyol Baru) pada abad ke-16[2] lagi-lagi di kawasan Mexico merangkumi "Nayarit, Jalisco, Colima, Michoacán, sebahagian Zacatecas, Aguascalientes serta bebahagian Guanajuato, Sinaloa dan Guerrero".[3] Ia pertama kalinya disebutkan bertulis sebagai suatu tradisi tersendiri pada 1852 dalam suatu surat oleh paderi Cosme de Santa Anna kepada uskupnya Diego Aranda y Carpinteiro menerangkan perangai diperhatikan dalam keraian sempena hari Sabtu Suci:[4]

Al acabarse los divinos oficios en mi Parroquia en el sábado de gloria encuentro que en la plaza y frente de la misma iglesia se hallan dos fandangos, una mesa de juego y hombres que a pie y a caballo andan gritando como furiosos en consecuencia del vino que beben y que aquello es ya un desorden muy lamentable: sé que esto es en todos los años en los días solemnísimos de la resurrección del Señor y solo que ya sabemos cuantos crímenes y excesos se cometen en estas diversiones, que generalmente se llaman por estos puntos mariachis.
("Apabila misa di gereja kariah saya tamat pada Sabtu Suci, saya melihat dataran depan gereja ada dua kumpulan tarian, sebuah meja judi, serta orang-orang berjalan kaki dan berkuda meneriak bengis kerana mabuk wain, dan ini merupakan yang sangat dikesali: saya tahu benda sebegini berlaku setiap tahun pada hari penghidupan semula Tuan kami, dan kita tahu berapa banyak jenayah dan pembaziran yang dilakukan dalam penghiburan ini, yang umumnya disebut di tempat sini sebagai mariachi").

Meyer (1981) dipetik Jáuregui (1997)[5]

Ia disenaraikan UNESCO sebagai suatu warisan budaya tidak ketara negara Mexico pada November 2011[6]

  1. Jáuregui, Jesús (2007). El mariachi : simbolo musical de Mexico. Mexico, D.F. : Instituto Nacional de Antropologia e Historia : Consejo Nacional para la Cultura y las Artes : Taurus. m/s. 420. ISBN 978-970-770-925-6.
  2. Paraíso, Raquel (2010). "Las redes de la globalización y su efecto en las músicas folclóricas: el caso de los sones mexicanos". Revista de Literaturas Populares. Ciudad de México: Facultad de Filosofía y Letras, Universidad Nacional Autónoma de México. 1 & 2: 151–182. ISSN 1665-6431.
  3. "¿El mariachi es de Cocula…?". INAH. 28 Nov 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jan 2-15. Dicapai pada 6 Jan 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Jauregui"
  5. (Jáuregui 1997, p. 36)
  6. "El Mariachi, música de cuerdas, canto y trompeta". UNESCO Culture Sector. Dicapai pada 27 Nov 2011.