Mariam Alisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mariam Alisa
Genre
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Ben Amir
Elvina Teylv
Lagu pembukaan"Dalam Keraguan" oleh Nadia Aqilah
Lagu penutup"Dalam Keraguan" oleh Nadia Aqilah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal26 Ogos 2016 – 23 September 2016

Mariam Alisa merupakan siri drama televisyen melodrama Malaysia 2016 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Elvina Mohamad (dikreditkan sebagai Elvina Teylv) sebagai watak tajuk bersama Ben Amir sebagai heronya.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 26 Ogos 2016 hingga 23 September 2016 menggantikan Ketupat Palas Mr. Handsome dan digantikan oleh Sweetie Nanie.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal iti, gati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.

Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya.

Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam. Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Mariam Alisa (TV3) My Infotaip (25 Ogos 2016). Dicapai pada 26 Ogos 2016.
: Slot Lestary, Setiap Rabu- Jumaat , 9:00 Malam
Sebelumnya Mariam Alisa Berikutnya
Ketupat Palas Mr. Handsome Sweetie Nanie