Mariam Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mariani
Mariani.jpg
Mariani Ismail
Kelahiran Siti Mariam Binti Ismail
20 April 1933(1933-04-20)
Tanjung Pagar, Singapura Singapura
Meninggal dunia 01 Disember 2015 (umur 82)
Sebab kematian Kanser usus
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur Kuala Lumpur  Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1952 - 2014
Agama Islam
Pasangan 1. Darus
2. H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf
3. Mohammad Alias
Anak Melissa Saila dan 12 lagi orang anak
Saudara Biduanita Puan Sri Saloma (adik), Aminah binti Ismail @ Mimi Loma (adik) dan 5 lagi adik-beradik

Siti Mariam Ismail (20 April 1933-1 Disember 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Penglibatan dan Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut . Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Selepas itu,beliau pernah ditawarkan berlakon oleh pemilik Studio Jalan Ampas iaitu Tan Sri Run Run Shaw namun beliau menolaknya kerana cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Selepas dua tahun, itu pun selepas dipujuk oleh Saloma, barulah beliau bersetuju untuk berlakon. Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chemburu arahan S. Ramanathan pada tahun 1952. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti filem Masam-masam Manis dan Putus sudah Kasih Sayang.

Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda. Filem Darah Muda juga adalah antara filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwati Sarimah pada tahun 1963.

Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau adalah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005. Juga drama 16 episod, Nur Qalesya.[1]. Beliau kini memiliki syarikat produksi sendiri bersama suami, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd sejak 2007.

Ketika menjayakan salah satu watak dalam filem Santau

Beliau meninggal pada 1 Disember 2015. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.[2]


Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali.[3] Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf, Maraini mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Mohammad Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melisa Alias @ Melissa Saila.

Filem dan Drama[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Yatim Piatu - (1952) Pelakon Pembantu
  2. Cemburu (watak jahat) - (1952) Pelakon Utama
  3. Raja Sehari - (1953) Pelakon Utama
  4. Istana Impian - (1953) Pelakon Pembantu
  5. Putus Harapan - (1953) Pelakon Pembantu
  6. Iman - (1954) Pelakon Pembantu
  7. Perjodohan - (1954) Pelakon Pembantu
  8. Merana - (1954) Pelakon Pembantu
  9. Hang Tuah - (1956) Pelakon Pembantu
  10. Mogok - (1957) Pelakon Utama
  11. Taufan - (1958) Pelakon Pembantu
  12. Saudagar Minyak Urat - (1959) Pelakon Pembantu
  13. Siti Muslihat - (1962) Pelakon Pembantu
  14. Darah Muda - (1963) Pelakon Pembantu
  15. Labu Labi - (1962) Pelakon Utama (berlakon sebagai Manisah, anak kepada Haji Bakhil)
  16. Nasib Si Labu Labi - (1963) Pelakon Utama
  17. Tiga Abdul - (1964) Pelakon Utama
  18. Masam-Masam Manis - (1965) Pelakon Pembantu
  19. Kacha Permata - (1966) Pelakon Pembantu
  20. Ahmad Albab - (1968) Pelakon Utama
  21. Putus Sudah Kasih Sayang - (1971) Pelakon Utama (berlakon sebagai yang isteri lumpuh dan berkerusi roda bersama P. Ramlee)
  22. Dupa Chendana - (1964) Pelakon Utama
  23. Dia Ibuku - (1981) Pelakon Pembantu
  24. Setinggan - (1981) Pelakon Pembantu
  25. Dendam Dari Pusara - (1983) Pelakon Pembantu
  26. Pontianak Harum Sundal Malam II - (2005) Artis Jemputan
  27. Santau - (2009) Pelakon Pembantu
  28. Mantra - (2010) Artis Jemputan
  29. Khurafat - (2011) Pelakon Pembantu
  30. Momok Jangan Panggil Aku - (2011) Artis Jemputan
  31. Jidin Sengal - (2012) Artis Jemputan
  32. Malam....Penuh Bermisteri - (2013) Pelakon Pembantu
  33. Kisah Paling Gangster - (2013) Pelakon Pembantu
  34. Cara Mengundang Hantu - (2014) Pelakon Utama

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. Bila Larut Malam
  2. Surat Cinta Untuk Umi

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]