Pergi ke kandungan

Mariani Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mariani
Mariani ketika zaman mudanya, pada tahun 1960-an
Kelahiran
Siti Mariam binti Ismail

(1933-04-20)20 April 1933
Meninggal dunia1 Disember 2015(2015-12-01) (umur 82)
Sebab kematianKanser usus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1951–2015
Karya
Filemografi
Pasangan
Anak-anak12 (termasuk Melissa Saila dan Rozita Rohaizad)
Ibu bapa
  • Ismail Osman (bapa)
  • Umi Kalsom Mahbon (ibu)
Saudara
  • Salmah binti Ismail Biduanita Puan Sri Saloma (adik)
  • Siti Aminah binti Ismail @ Mimi Loma (adik)
  • Jasmaniah binti Ismail (adik)

Siti Mariam binti Ismail (20 April 1933 – 1 Disember 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Beliau ialah antara seniwati paling bergaya sewaku kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Ketika menjayakan salah satu watak dalam filem Santau

Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik Singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun. Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut. Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Selepas itu, beliau pernah ditawarkan berlakon oleh pemilik Studio Jalan Ampas iaitu Tan Sri Run Run Shaw namun beliau menolaknya kerana cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Selepas dua tahun, itu pun selepas dipujuk oleh Saloma, barulah beliau bersetuju untuk berlakon. Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chemburu arahan S. Ramanathan pada tahun 1953. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti filem Masam-Masam Manis, Ahmad Albab dan Putus Sudah Kaseh Sayang.

Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda yang merupakan satu-satunya lagu nyanyian beliau telah ditampilkan dalam filem Darah Muda iaitu filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwati Sarimah pada tahun 1963.

Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau ialah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005 dan drama 16 episod, Qalesya. Beliau juga memiliki syarikat produksi sendiri bersama suami, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd sejak 2007.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf, Mariani mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Rozita Rohaizad, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Mohammad Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Sharoneirza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melisa Alias @ Melissa Saila.

Beliau meninggal pada 1 Disember 2015 pada usia 82 tahun. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia (termasuk pra-FFM) (FFM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
2013 (FFM25) Dirinya sendiri Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat Menang
1983 (FFM4) Dendam Dari Pusara Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1971/1972 Putus Sudah Kaseh Sayang Pelakon Wanita Terbaik Menang
1965 Masam-Masam Manis Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1962 Darah Muda Tercalon
1958 Taufan Menang
1957 Kembali Saorang Menang


ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE (RTM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
2015 Putus Sudah Kaseh Sayang Anugerah Tokoh Filem Melayu Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]