Marie Tharp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marie Tharp
Marie Tharp in 1968
Kelahiran(1920-07-30)30 Julai 1920
Meninggal dunia23 Ogos 2006(2006-08-23) (umur 86)
Pusat pendidikanOhio University
University of Michigan
University of Tulsa
Terkenal keranaSeafloor topography
Kerjaya saintifik
BidangGeology, Oceanography
InstitusiLamont–Doherty Earth Observatory Columbia University
Glob batimetri yang dihasilkan oleh Marie Tharp dan Bruce Heezen
Peta manuskrip yang dicipta Tharp dan Heezen menggambarkan perkembangan awal pemahaman dasar lautan (1957)

Marie Tharp (30 Julai 1920 - 23 Ogos 2006) ialah seorang ahli geologi yang terlibat dengan pemetaan dasar lautan (kartografi lautan) Amerika. Sekitar tahun 1950-an, beliau bekerjasama dengan ahli geologi Bruce Heezen untuk menghasilkan peta saintifik lantai Lautan Atlantik yang pertama. [1] Hasil pemetaan kartografi beliau mendedahkan topografi yang lebih terperinci dan menonjolkan geografi dasar lautan dalam pelbagai dimensi. [2]

Penemuan Tharp tentang Permatang Atlantik Tengah menyebabkan anjakan paradigma dalam kajian sains bumi yang membawa kepada penerimaan teori tektonik plat dan hanyutan benua . [3] [4] [5]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Marie Tharp dilahirkan pada 30 Julai 1920, di Ypsilanti, Michigan dan merupakan anak tunggal kepada Bertha Louise Tharp, seorang guru Jerman dan Latin, dan William Edgar Tharp, seorang juru ukur tanah untuk Jabatan Pertanian Amerika Syarikat . [6] Beliau sering menemani bapanya melakukan kerja lapangan, yang memberi beliau pendedahan awal kepada pembuatan peta . Walaupun begitu, dia tidak berminat untuk meneruskan kerjaya dalam kerja lapangan kerana pada masa itu kerja lapangan secara lazimnya difahamkan sebagai kerja lelaki. 

Kerja William Tharp sebagai seorang juru ukur tanah menyebabkan keluarga itu sentiasa berpindah sehingga beliau bersara pada tahun 1931. Pada ketika itu, Marie telah bersekolah di lebih 17 [7] sekolah awam di Alabama, Iowa, Michigan dan Indiana, yang menyukarkannya untuk menjalinkan persahabatan. [6] Ibunya, yang meninggal dunia ketika Marie berusia 15 tahun, [8] merupakan kenalan wanita yang paling rapat dengan diri beliau. [6] Pengalaman persekolahan di Florence, Alabama selama satu tahun memberi pengaruh yang besar bagi diri Marie. Pada masa ini, beliau menghadiri kelas yang dipanggil Sains Semasa, di mana beliau diperkenalkan kepada saintis-saintis kontemporari dan projek penyelidikan mereka. Selain itu, beliau juga mengikuti lawatan lapangan sekolah pada hujung minggu untuk mengkaji pokok dan batu. [8]

Selepas persaraan bapanya, Marie Tharp berpindah ke ladang di Bellefontaine, Ohio, di mana beliau berjaya menamatkan pendidikan sekolah menengah dari sekolah menengah tempatan. [2] Beliau mengambil masa beberapa tahun antara sekolah menengah dan kolej untuk bekerja di ladang keluarganya. [7] Beliau kemudiannya memasuki Universiti Ohio pada tahun 1939, di mana beliau dikatakan "menukar jurusannya setiap semester." [7]

Tharp mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Ohio pada tahun 1943 dalam bidang bahasa Inggeris dan muzik, beserta empat kursus minor.

Selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor, ramai pemuda lelaki tercicir dari sistem persekolahan dan universiti untuk menyertai angkatan tentera. [9] Semasa Perang Dunia II, terdapat peningkatan kadar pengambilan wanita ke dalam bidang kerja seperti geologi petroleum, biasanya terhad kepada lelaki. "Dengan bilik darjah kosong (tiada lelaki) semasa tahun perang, Michigan—yang tidak pernah membenarkan wanita menyertai program geologinya—mencuba sedaya upaya untuk mengisi tempat duduk," [2] walau bagaimanapun, kurang daripada 4% daripada semua ijazah kedoktoran sains bumi pada masa itu diperoleh wanita. [10] Setelah mengambil kelas geologi di Ohio, Tharp menghadiri program geologi petroleum Universiti Michigan di Ann Arbor, di mana beliau menamatkan Ijazah Sarjana pada tahun 1944. [11] [2]

Selepas menamatkan pengajian, Tharp mula bekerja sebagai ahli geologi muda di syarikat Stanolind Oil di Tulsa, Oklahoma, tetapi mendapati syarikat itu tidak membenarkan wanita mengelola atau mengikuti kerja lapangan. Tharp hanya dibenarkan untuk menyelaraskan peta lapangan dan data untuk perjalanan rakan sekerja lelaki. [2] [9] Semasa masih bekerja sebagai ahli geologi untuk syarikat Stanolind Oil, Tharp mendaftar di fakulti matematik di Universiti Tulsa, di mana beliau memperoleh BSc keduanya. [9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Menjelang tahun 1948, Tharp menghabiskan empat tahun di Tulsa, mencari langkah kerjaya seterusnya. Beliau berpindah ke Bandar Raya New York dan pada awalnya mencari kerja di Muzium Sejarah Alam Amerika, tetapi selepas mendapat tahu bagaimana penyelidikan paleontologi memakan banyak masa, beliau seterusnya mencari jawatan di Universiti Columbia . [12] Setelah mencari, beliau akhirnya menemui kerja lukisan teknik dengan Maurice Ewing, pengasas Balai Cerap Geologi Lamont (kini Balai Cerap Bumi Lamont-Doherty ). Anehnya, apabila ditemu duga untuk pekerjaan itu, Tharp tidak sekalipun menyebut bahawa beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang geologi. [13] Tharp merupakan salah seorang wanita pertama yang bekerja di Balai Cerap Geologi Lamont.

Semasa di sana, beliau bertemu Bruce Heezen, dan pada awalnya mereka bekerjasama menggunakan data fotografi untuk mencari pesawat tentera yang terhempas semasa Perang Dunia II. [14] Kemudiannya, beliau mula bekerja untuk Heezen secara eksklusif, dengan membuat kerja-kerja pemetaan dasar laut. [12] Tharp bekerja dan dinaikkan pangkat secara berterusan dari tahun 1952 hingga 1968, apabila jawatannya dipotong dan dipindahkan ke status pekerjaan yang dibiayai oleh geran kerana politik makmal yang melibatkan Heezen (beliau kekal dalam status pekerjaan yang dibiayai geran sehingga kematian Heezen pada tahun 1977). Semasa tempoh Perang Dingin, kerajaan Amerika Syarikat melarang peta dasar laut diterbitkan, kerana bimbang kapal selam Soviet boleh menggunakannya. [9]

Dalam tempoh 18 tahun pertama kerjasama mereka, Heezen mengumpul data batimetri di atas kapal penyelidikan Vema, manakala Tharp pula bertugas melukis peta hasil olahan data tersebut, memandangkan wanita dilarang bekerja di kapal pada masa itu. Beliau kemudiannya mendapat kebenaran untuk menyertai ekspedisi pengumpulan data pada 1968 di atas kapal USNS Kane . [15] Beliau menggunakan data yang dikumpul daripada tinjauan kapal penyelidikan Woods Hole Oceanographic Institution Atlantis, beserta data seismografi daripada gempa bumi bawah laut dalam penyelidikan beliau. Kerjanya dengan Heezen merupakan percubaan sistematik pertama untuk memetakan seluruh dasar lautan.

Seawal pertengahan abad ke-19, banjaran gunung dasar laut di Atlantik telah digariskan secara kasar oleh John Murray dan Johan Hjort . Marie Tharp juga menemui lembah rekahan pada perwakilan grafiknya yang lebih tepat mengenai Permatang Atlantik Tengah, yang berdasarkan data pengukuran baharu yang diperoleh dengan pembunyi gema . Dia mengambil masa setahun untuk meyakinkan Bruce Heezen tentang perkara ini. Kemudian, dia juga memetakan rabung tengah laut yang lain. [16] [17]

Teori hanyutan benua[sunting | sunting sumber]

Don Blomquist dan Marie Tharp di meja pemetaan; peta permatang Atlantik Tengah boleh dilihat

Sebelum awal 1950-an, saintis mengetahui sangat sedikit tentang struktur dasar lautan . Walaupun mempelajari geologi di darat adalah lebih murah dan mudah, struktur keseluruhan bumi tidak dapat difahami tanpa pengetahuan tentang struktur dan evolusi dasar laut.

Pada tahun 1952, Tharp bersusah-payah menyelaraskan profil bunyi dari Atlantis, yang diperoleh semasa 1946–1952, dan satu profil dari kapal tentera laut Stewart yang diperoleh semasa 1921. Beliau membangunkan kira-kira enam profil yang merentas dari barat ke timur Atlantik Utara. Daripada profil ini, beliau dapat mengkaji batimetri bahagian utara Permatang Atlantik Tengah. Tharp berjaya mengenal pasti sebuah struktur sejajar berbentuk V yang wujud secara berterusan melalui paksi permatang dan percaya bahawa struktur ini mungkin lembah retakan [12] [18] yang terbentuk oleh kerak lautan yang dipisahkan. [12] Heezen pada mulanya tidak yakin kerana idea itu akan menyokong hanyut benua, yang pada ketika itu merupakan teori yang penuh kontroversi. Pada masa itu ramai saintis, termasuk Heezen, percaya bahawa konsep hanyut benua adalah mustahil. Sebaliknya, untuk sementara waktu, Heezen memihak kepada hipotesis Bumi Berkembang, [19] [20] (dan kini terkenal) menolak penjelasan Marie Tharp sebagai "cakap-cakap perempuan" semata-mata. [21]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1948, beliau berkahwin dengan David Flanagan dan berpindah bersamanya ke New York. Mereka bercerai pada tahun 1952. [22]

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakan saintis, Marie Tharp mendapat banyak pengiktirafan. Anugerah beliau termasuk:

  • 1978 – Pingat Hubbard National Geographic Society
  • 1996 – Anugerah Pencapaian Cemerlang Persatuan Geografi Wanita
  • 1999 - Anugerah Perintis Wanita Mary Sears dari Woods Hole Oceanographic Institution dalam bidang Oseanografi
  • 2001 – Anugerah Warisan Balai Cerap Bumi Lamont–Doherty [23]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Penerbitan terpilih[sunting | sunting sumber]

  • Tharp, Marie; Heezen, Bruce C.; Ewing, Maurice (1959). The floors of the oceans: I. The North Atlantic. 65. Geological Society of America. doi:10.1130/SPE65-p1.
  • Heezen, B C; Bunce, Elizabeth T; Hersey, J B; Tharp, Marie (1964). "Chain and Romanche fracture zones". Deep-Sea Research and Oceanographic Abstracts. 11 (1): 11–33. Bibcode:1964DSRA...11...11H. doi:10.1016/0011-7471(64)91079-4.
  • Heezen, B C; Tharp, Marie (1965). "Tectonic fabric of the atlantic and indian oceans and continental drift". Philosophical Transactions of the Royal Society of London A. 258 (1088): 90–106. Bibcode:1965RSPTA.258...90H. doi:10.1098/rsta.1965.0024.
  • Tharp, Marie; Friedman, Gerald M (2002). "Mapping the world ocean floor". Northeastern Geology and Environmental Sciences. 24 (2): 142–149..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ O'Connell, Suzanne (August 8, 2020). "Marie Tharp's maps revolutionized our knowledge of the seafloor". The Washington Post.
  2. ^ a b c d e "Marie Tharp | Encyclopedia.com". www.encyclopedia.com. Dicapai pada 2019-02-07. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Lamont–Doherty Earth Observatory Bestows Heritage Award on Marie Tharp, Pioneer of Modern Oceanography, Published Jul 10, 2001, Retrieved Oct 12, 2014
  4. ^ Erin Blakemore: Seeing Is Believing: How Marie Tharp Changed Geology Forever. In: Smithsonian Magazine, 30. August 2016.
  5. ^ Earth Institute: Marie Tharp’s Adventures in Mapping the Seafloor, In Her Own Words. Columbia Climate School, 24. Juli 2020.
  6. ^ a b c Higgs, Bettie Matheson (2020-07-13). "Understanding the Earth: the contribution of Marie Tharp". Geological Society, London, Special Publications (dalam bahasa Inggeris). 506: SP506–2019–248. doi:10.1144/SP506-2019-248. ISSN 0305-8719. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Higgs2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ a b c "Marie Tharp – Ages of Exploration" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-07. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ a b Felt, Hali (June 2017). "Marie Tharp – Plate Tectonics Pioneer" (PDF). Geological Society of America.
  9. ^ a b c d Yount, L. (2006). Modern Marine Science: Exploring the Deep. Facts On File, Incorporated. ISBN 9781604130669. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Blakemore, Erin (2016-08-30). "Seeing Is Believing: How Marie Tharp Changed Geology Forever". Smithsonian (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ Barton, Cathy (2002). "Marie Tharp, oceanographic cartographer, and her contributions to the revolution in the Earth sciences". Geological Society, London, Special Publications. 192 (1): 215–228. Bibcode:2002GSLSP.192..215B. CiteSeerX 10.1.1.1032.1530. doi:10.1144/gsl.sp.2002.192.01.11.
  12. ^ a b c d Tharp, Marie (2006-12-12). "Marie Tharp biography". Woods Hole Oceanographic Institution. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-08. Dicapai pada 2008-06-02. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "tharpbio" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  13. ^ A Student's Guide to Earth Science, Volume 2. Greenwood Publishing Group. 2004. ISBN 031332901X.
  14. ^ Evans, R. (November 2002). "Plumbing Depths to Reach New Heights". Library of Congress. Dicapai pada 2008-06-02.
  15. ^ Woodward, William (2017). "New Collection of USNS Kane Maiden Scientific Voyage Photographs". AIP History Newsletter. 49 (1): 8–9 – melalui https://repository.aip.org.
  16. ^ Betsy Mason: Marie Tharp's groundbreaking maps brought the seafloor to the world. In: [Science News], 13 January 2021.
  17. ^ Sabine Höhler: A Sound Survey: The Technological Perception of Ocean Depth, 1850–1930. In: Transforming Spaces. The Topological Turn in Technology Studies.
  18. ^ North, Gary W. (2010-01-01). "Marie Tharp: The lady who showed us the ocean floors". Physics and Chemistry of the Earth, Parts A/B/C (dalam bahasa Inggeris). 35 (15–18): 881–886. Bibcode:2010PCE....35..881N. doi:10.1016/j.pce.2010.05.007. ISSN 1474-7065.
  19. ^ Barton, C. (2002). "Marie Tharp, oceanographic cartographer, and her contributions to the revolution in the Earth sciences". Geological Society, London, Special Publications. 192 (1): 215–228. Bibcode:2002GSLSP.192..215B. CiteSeerX 10.1.1.1032.1530. doi:10.1144/GSL.SP.2002.192.01.11.
  20. ^ Doel, R.E.; Levin, T.J.; Marker, M.K. (2006). "Extending modern cartography to the ocean depths: military patronage, Cold War priorities, and the Heezen-Tharp mapping project, 1952–1959". Journal of Historical Geography. 32 (3): 605–626. doi:10.1016/j.jhg.2005.10.011.
  21. ^ Tharp, Marie (1999). "Chapter 2: Connect the Dots: Mapping the Seafloor and Discovering the Mid-ocean Ridge". Dalam Lippsett, Laurence (penyunting). Lamont–Doherty Earth Observatory of Columbia, Twelve Perspectives on the First Fifty Years 1949–1999. Lamont–Doherty Earth Observatory of Columbia University, Palisades, NY. OCLC 43636190.
  22. ^ Felt, Hali (2012). Soundings: The Story of the Remarkable Woman Who Mapped The Ocean Floor. Henry Holt.
  23. ^ "Marie Tharp". Physics Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-30. doi:10.1063/PT.6.6.20180730a.