Mario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mario
Watak Mario
Patung Mario di Kungsbacka, Sweden
Dicipta oleh Shigeru Miyamoto
Dilakonkan oleh
Disuarakan oleh
Informasi
PekerjaanTukang paip
KeluargaLuigi (saudara kembar)
Kewarganegaraan Itali

Mario[e] ialah watak fiksyen permainan video yang dicipta oleh pereka permainan video Shigeru Miyamoto. Selaku maskot Nintendo, Mario telah muncul dalam lebih daripada 200 permainan video sejak dicipta. Mario kini muncul dalam pelbagai jenis permainan video, seperti permainan perlumbaan, teka-teki, permainan watak berperanan, aksi, sukan dan sebagainya.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Lambang Mario yang biasa digunakan dalam siri ini.

Mario digambarkan sebagai tukang paip Itali yang pendek dan gemuk di Kerajaan Cendawan. Dalam siri Mario, dia berulang kali menghentikan rancangan Bowser untuk menculik Princess Peach dan menakluki Kerajaan Cendawan. Dia juga mempunyai kawan dan lawan yang lain.

Sebagai maskot Nintendo, Mario adalah salah satu watak-watak paling terkenal dalam sejarah permainan video,[1] dan Mario menjadi sinonim dengan permainan video itu sendiri. Permainan Mario telah terjual lebih 201 juta unit, menjadikan siri Mario sebagai siri permainan video paling banyak terjual.[2]

Konsep[sunting | sunting sumber]

Mario telah dicipta oleh Shigeru Miyamoto dalam usahanya mencipta permainan video terlaris untuk Nintendo, selepas permainan sebelumnya seperti Sheriff tidak berjaya. Pada mulanya, Miyamoto ingin membuat permainan video menggunakan watak Popeye, Bluto dan Olive Oyl. Walau bagaimanapun, dia tidak dibenarkan menggunakan watak-watak ini, jadi dia akhirnya membuat Jumpman (kemudian dikenali sebagai Mario), Donkey Kong, dan Pauline. Misi Mario adalah untuk menundukkan Bowser yang menculik Puteri Peach. Bowser juga mahu mengalahkan Kerajaan Cendawan.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Super Mario Bros.: The Great Mission to Rescue Princess Peach!, dan Amada Anime Series: Super Mario Bros.
  2. ^ Mario Paint, dan Super Mario All-Stars
  3. ^ Super Mario Bros. Special Drama CD
  4. ^ Pengalihan suara Jepun bagi filem Super Mario Bros
  5. ^ Jepun: マリオ Hepburn: Mario?, disebut [maɾi.o]; English: /ˈmɑːri, ˈmær-/, Itali: [ˈmaːrjo]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The History of Mario". Dicapai pada 2008-08-23.
  2. ^ "The Sims game sales top 100 million". CBC.ca. 2008-04-17. Dicapai pada 2008-12-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]