Mario Capanna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Capanna 1968.jpg
Mario Capanna sebagai pemimpin pelajar (1968)

Mario Capanna (lahir 1945) ialah ahli politik dan penulis Itali.

Dilahirkan di Città di Castello, Capanna belajar di Università Cattolica del Sacro Cuore di Milan dan menjadi pemimpin gerakan pelajar Itali pada akhir 1960-an dan awal 1970-an. Pada 1969, beliau diserang oleh pendukung-pendukung Movimento Sociale Italiano Neo-Fascisme.

Capanna menyertai dunia politik pada 1975 menerusi parti politik Proletarian Unity Party (PdUP) yang kemudian bergabung dengan Proletarian Democracy (DP). Beliau merupakan pemimpin yang berkarisma kepada Proletarian Democracy dan justera, dipilih sebagai wakil Proletarian Democracy kepada Italian Chamber of Deputies (1983-1987), dan Parlimen Eropah (1979).

Pada 27 Julai 1987, Capanna meletakkan jawatannya sebagai ketua Proletarian Democracy dan digantikan oleh Giovanni Russo Spena. Kemudian, pada 1989, beliau keluar dari parti tersebut untuk membentuk Rainbow Greens, sebuah parti politik hijau yang baharu.

Capanna kini merupakan Presiden Jawatankuasa untuk Hak Genetik (Committee for Genetical Rights), sebuah persatuan bebas yang mengkhususkan maklumat bioteknologi.

Karya pilihan[sunting | sunting sumber]

  • Formidabili quegli anni (1988)
  • Arafat (1989)
  • Speranze (1994)
  • Il fiume della prepotenza (1996)
  • Lettera a mio figlio sul '68 (1998)
  • L'Italia viva (2000)
  • Verrò da te (2003)