Marjorie Wallace

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marjorie Wallace
Kelahiran (1954-01-23) 23 Januari 1954 (umur 70)
PangkatMiss World 1973
(Pemenang)

Marjorie Wallace (lahir 23 Januari 1954) ialah seorang pelakon, pengacara TV, model dan ratu kecantikan Amerika Syarikat. Pada tahun 1973, beliau mencipta sejarah baru sebagai wanita Amerika Syarikat pertama yang berjaya menjuarai pertandingan kecantikan Miss World, namun selepas 104 hari, pengurusan pertandingab mengumumkan beliau akan menjadi Miss World pertama yang dilucutkan gelarannya. Beberapa tahun kemudian, beliau membantu melancarkan rancangan televisyen, Entertainment Tonight, sebagai pengacara bersama asal.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 23 November 1973, Wallace berjaya mengalahkan 53 peserta dalam pertandingan Miss World 1973 yang diadakan di Royal Albert Hall di London sebagai wakil Amerika pertama yang memnangi gelaran dan mahkota Miss World.

Sepanjang berada di UK, beliau bekerja dengan selebriti termasuk penyanyi Wales Tom Jones, Bintang bola sepak Ireland Utara George Best, dan pelumba Indianapolis 500 serta Formula One Peter Revson, di mana beliau pernah dilaporkan berkahwin dengan mereka. Sewaktu pertunangannya dengan Revson, beliau berselisih dengan Tom Jones, mencium Jones ketika berada di Pantai Barbados. Hal ini melanggar kontrak Miss World yang sudah ditandatangani Wallace, sehingga memaksa pihak pengurusan pertandingan untuk melucutkan gelarannya pada 7 Mac 1974, 104 hari selepas memenanginya.[1] Penganjur pertandingan mengumumkan bahawa Wallace "telah gagal memenuhi syarat dasar dari pekerjaan."[2]

Pemenang tempat pertama, Evangeline Pascual dari Filipina, ditawarkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemenang (namun tanpa gelaran dan mahkota) namun beliau menolak. Pemenang tempat kedua, Patsy Yuen dari Jamaica, menerima tawaran untuk menyelesaikan tugas Miss World tanpa secara rasmi dinobatkan sebagai Miss World.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smilgis, Martha. "Margie & Her Men." People magazine, November 22, 1976, p 34, line 10. Accessed September 2, 2011.
  2. ^ Associated Press. "Britons Dethrone Indianapolis Girl as 'Miss World'". Pittsburgh Post-Gazette, March 8, 1974, p. 4, line 8. Accessed September 2, 2011.
  3. ^ pageantopolis.com. Accessed September 2, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Tiada
Pengacara Entertainment Tonight bersama Ron Hendren dan Tom Hallick
1981
Diikuti oleh:
Ron Hendren dan Dixie Whatley
Didahului oleh
Australia Belinda Green
Miss World
1973
(dilucutkan)
Diikuti oleh:
United Kingdom Helen Morgan (mengundurkan diri)
Afrika Selatan Anneline Kriel (menggantikan)