Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat
INDOPACOM Emblem 2018.png
Ditibuhkan pada1 Januari 1947 (1947-01-01)[1]
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas Medan Bersepadu
PerananPerintah dan kawal semua Angkatan Tentera A.S. di rantau Indo-Pasifik
Saiz375,000 anggota[2]
Sebahagian daripadaUnited States Department of Defense Seal.svg Jabatan Pertahanan AS
IbupejabatKem H. M. Smith, Hawaii, A.S.
PertempuranPerang Korea, Perang Vietnam
PenobatanStreamer JMUA.PNG
Joint Meritorious Unit Award[1]
Laman webwww.pacom.mil
Komander
PanglimaLaksamana Philip S. Davidson, USN
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Bryan P. Fenton, USA
Ketua StafMejar Jeneral Michael A. Minihan, USAF[3]
Penyelia Kanan Lain-Lain PangkatSarjan Mejar Anthony A. Spadaro, USMC

Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM)[4][5] adalah markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bagi rantau Indo-Pasifik. Ia merupakan markas medan bersepadu yang paling lama dan paling besar. Panglimanya, iaitu seorang pegawai kanan tentera A.S. di Pasifik, bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di kawasan yang meliputi lebih kurang 100 milion batu persegi (260,000,000 km2), atau kira-kira 52 peratus permukaan Bumi, terbentang dari perairan Pantai Barat Amerika Syarikat hingga ke pantai barat India, dan dari Artik hingga ke Antartika. Markas A.S. ini juga bertanggungjawab untuk melindungi pencerobohan ke atas Amerika Syarikat melalui negeri Hawaii.

Panglima melapor kepada Presiden Amerika Syarikat menerusi Setiausaha Pertahanan dan dibantu oleh tentera komponen dan markas bersepadu subordinat, termasuk Tentera Darat Pasifik AS, Pasukan Marin Pasifik, Armada Pasifik AS, Tentera Udara Pasifik, Tentera Jepun AS, Tentera Korea AS, Markas Operasi Khusus Korea, dan Markas Operasi Khusus Pasifik. USINDOPACOM juga mempunyai dua unit pelapor langsung (DRUs)—U.S. Pacific Command Joint Intelligence Operations Center (JIOC) dan Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DMHA), serta sebuah Standing Joint Task Force, Joint Interagency Task Force West (JIATF-W). Bangunan ibupejabat USINDOPACOM, iaitu Pusat Kawalan Pasifik Nimitz-MacArthur, terletak di Kem H. M. Smith, Hawaii.

Dahulu ia dikenali sebagai Markas Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM)[4] sejak penubuhannya, markas ini telah dinamakan semula sebagai Markas Indo-Pasifik AS pada 30 Mei 2018, bagi mengiktiraf penekanan lebih besar terhadap subbenua India.

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Walaupun para pegawai yang berkelayakan dalam Angkatan Tentera AS boleh dilantik sebagai Panglima INDOPACOM, hanya pegawai Tentera Laut yang pernah memegang jawatan ini.

Markas Pasifik Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

No. Imej Panglima Tempoh Perkhidmatan
1. 75px Laksamana John H. Towers 1 Januari 1947 – 28 Februari 1947 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
2. 75px Laksamana Louis E. Denfeld 28 Februari 1947 – 3 Disember 1947 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
3. 75px Laksamana DeWitt C. Ramsey 12 Januari 1948 – 30 April 1949 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
4. 75px Laksamana Arthur W. Radford 30 April 1949 – 10 Julai 1953 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
5. 75px Laksamana Felix B. Stump 10 Julai 1953 – 31 Julai 1958 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
6. 75px Laksamana Harry D. Felt 31 Julai 1958 – 30 Jun 1964 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
7. 75px Laksamana Ulysses S. Grant Sharp, Jr. 30 Jun 1964 – 31 Julai 1968 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
8. 75px Laksamana John S. McCain, Jr. 31 Julai 1968 – 1 September 1972 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
9. 75px Admiral Noel A.M. Gayler 1 September 1972 – 30 Ogos 1976 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
10. 75px Laksamana Maurice F. Weisner 30 Ogos 1976 – 31 Oktober 1979 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
11. 75px Laksamana Robert L.J. Long 31 Oktober 1979 – 1 Julai 1983 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
12. 75px Laksamana William J. Crowe, Jr. 1 Julai 1983 – 18 September 1985 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
13. 75px Laksamana Ronald J. Hays 18 September 1985 – 30 September 1988 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
14. 75px Laksamana Huntington Hardisty 30 September 1988 – 1 Mac 1991 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
15. 75px Laksamana Charles R. Larson 1 Mac 1991 – 11 Julai 1994 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
16. 75px Laksamana Richard C. Macke 19 Julai 1994 – 31 Januari 1996 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
17. 75px Laksamana Joseph W. Prueher 31 Januari 1996 – 20 Februari 1999 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
18. 75px Laksamana Dennis C. Blair 20 Februari 1999 – 2 Mei 2002 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
19. Thomas fargo.jpg Laksamana Thomas B. Fargo 2 Mei 2002 – 26 Februari 2005 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
20. 75px Laksamana William J. Fallon 26 Februari 2005 – 12 Mac 2007 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
21. Timothy J. Keating 2007 2.jpg Laksamana Timothy J. Keating 26 Mac 2007 – 19 Oktober 2009 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
22. CDRUSPACOM ADM Willard.jpg Laksamana Robert F. Willard 19 Oktober 2009 – 9 Mac 2012 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
23. CDRUSPACOM ADM Locklear.jpg Laksamana Samuel J. Locklear III 9 Mac 2012 – 27 Mei 2015 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
24. Harris Jr PACOM 2015.jpg Laksamana Harry B. Harris, Jr. 27 Mei 2015 – 30 Mei 2018 Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy

Markas Indo-Pasifik A.S.[sunting | sunting sumber]

No. Imej Panglima Tempoh Perkhidmatan
25. Davidson PACOM.jpg Laksamana Philip S. Davidson 30 Mei 2018 – kini Emblem of the United States Navy.svg
USN

Para Panglima Markas Pasifik AS dan Markas Indo-Pasifik AS mengikut cabang tentera[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Laut: 25
  • Tentera Udara: tiada
  • Tentera Darat: tiada
  • Kor Marin: tiada
  • Pengawal Pantai: tiada

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "U.S. Indo-Pacific Command > About USINDOPACOM > History". www.pacom.mil. U. S. Indo-Pacific Command. Dicapai 1 February 2019. 
  2. ^ "About United States Indo-Pacific Command". www.pacom.mil. U.S. Indo-Pacific Command. Dicapai 1 February 2019. 
  3. ^ "MAJOR GENERAL MICHAEL A. MINIHAN > U.S. Air Force > Biography Display". www.af.mil. United States Air Force. Dicapai 1 February 2019. 
  4. ^ a b "U.S. Indo-Pacific Command Holds Change of Command Ceremony". U.S. Indo-Pacific Command. Public Affairs Communication & Outreach. 30 May 2018. Dicapai 30 May 2018. 
  5. ^ Watkins, Thomas (30 May 2018). "In nod to India, US military renames its Pacific Command". AFP. Dicapai 31 May 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]