Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Markas Operasi Khas Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Markas Selatan Amerika Syarikat.
Markas Pemerintahan Operasi Khas Amerika Syarikat
(USSOCOM)
United States Special Operations Command Insignia.svg
Lambang Markas Pemerintahan
Ditibuhkan pada16 April 1987; 32 tahun yang lalu (1987-04-16)[1]
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas Medan Fungsional
Operasi khas
PerananMenyediakan sepenuhnya kemampuan pasukan operasi khas untuk mempertahankan Amerika Syarikat dan kepentingannya dan merancang serta menyelaraskan operasi terhadap rangkaian pengganas[1]
SaizKeseluruhan pemerintahan: 69,000[2][3]
Staf ibupejabat: 2,500[2]
Sebahagian daripadaUnited States Department of Defense Seal.svg Jabatan Pertahanan
IbupejabatMacDill AFB, Florida, A.S.
Nama samaranUSSOCOM, SOCOM
PertempuranOperasi Earnest Will

Pencerobohan Panama
Perang Teluk Parsi
Pasukan Petugas Bersepadu
Operasi Gothic Serpent

Operasi Uphold Democracy
Perang Global terhadap Keganasan

Laman webwww.socom.mil
Komander
Komander
terkini
Jeneral Richard D. Clarke, USA[1]
Penyelia Kanan Lain-Lain Pangkat, USSOCOMCommand Chief Master Sarjan Gregory A. Smith, USAF[5]

Markas Pemerintahan Operasi Khas Amerika Syarikat (USSOCOM atau SOCOM) adalah markas medan bersepadu yang bertanggungjawab mengawasi pelbagai markas komponen operasi khas Tentera Darat, Kor Marin, Tentera Laut, dan Tentera Udara dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Markas pemerintahan ini adalah sebahagian daripada Jabatan Pertahanan dan merupakan satu-satunya markas medan bersepadu yang ditubuhkan melalui satu Akta Kongres. USSOCOM beribupejabat di Pangkalan Udara MacDill di Tampa, Florida.

Idea sebuah markas operasi khas bersepadu Amerika tercetus selepas Operasi Cakar Helang, iaitu cubaan gagal menyelamatkan tebusan di kedutaan Amerika di Iran pada tahun 1980. Siasatan seterusnya, dipengerusikan oleh Laksamana bersara James L. Holloway III, iaitu mantan Ketua Operasi Tentera Laut AS, menyatakan kurangnya perintah dan kawal serta penyelarasan antara perkhidmatan sebagai faktor penting kegagalan misi.[6] Sejak pengaktifannya pada 16 April 1987, Markas Operasi Khas A.S. telah terlibat dalam banyak operasi, dari pencerobohan Panama 1989 hingga ke Perang Global terhadap Keganasan yang sedang berlangsung.[7][8]

USSOCOM menjalankan beberapa misi rahsia dan sulit, seperti operasi tindakan terus, peninjauan khas, anti pengganas, pertahanan dalaman asing, pertempuran bukan konvensional, perang saraf, urusan sivil, dan anti-narkotik. Setiap cawangan mempunyai Markas Operasi Khas yang unik dan berupaya menjalankan operasinya sendiri, tetapi apabila pasukan operasi khusus yang berlainan perlu bekerjasama untuk satu operasi, USSOCOM menjadi markas komponen bersama operasi, bukan cawangan SOC yang tertentu.[9]

Senarai panglima medan USSOCOM[sunting | sunting sumber]

Nombor Panglima Medan Ambil jawatan Lepas jawatan Tempoh masa Cabang tentera
1 Jeneral James J. Lindsay
(lahir 1932)
16 April 1987 27 Jun 1990 3 tahun, 72 hari USA
2 Jeneral Carl W. Stiner
(lahir 1936)
27 Jun 1990 20 Mei 1993 2 tahun, 327 hari USA
3 Jeneral Wayne A. Downing
(1940-2007)
20 Mei 1993 29 Februari 1996 2 tahun, 285 hari USA
4 Jeneral Henry H. Shelton
(lahir 1942)
29 Februari 1996 25 September 1997 1 tahun, 209 hari USA
- Laksamana Muda Raymond C. Smith, Jr.
Pemangku
25 September 1997 5 November 1997 41 hari USN
5 Jeneral Peter J. Schoomaker
(lahir 1946)
5 November 1997 27 Oktober 2000 2 tahun, 357 hari USA
6 Jeneral Charles R. Holland
(lahir 1948)
27 Oktober 2000 2 September 2003 2 tahun, 310 hari USAF
7 Jeneral Bryan D. Brown
(lahir 1948)
2 September 2003 9 Julai 2007 3 tahun, 310 hari USA
8 Laksamana Erich T. Olson
(lahir 1952)
9 Julai 2007 8 Ogos 2011 4 tahun, 30 hari USN
9 Laksamana William H. Mcraven
(lahir 1955)
8 Ogos 2011 24 Ogos 2014 3 tahun, 20 hari USN
10 Jeneral Joseph L. Votel
(lahir 1958)
24 Ogos 2014 3 Mac 2016 1 tahun, 215 hari USA
11 Jeneral Raymond A. Thomas
(lahir 1958)
3 Mac 2016 2 Mac 2019 2 tahun, 364 hari USA
12 Jeneral Richard D. Clarke
(lahir 1962)
2 Mac 2019 Penjawat kini 195 hari USA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c SOCOM Public Affairs (2013). SOCOM Fact Book 2013 (PDF). SOCOM Public Affairs. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 14 February 2013. Dicapai 14 February 2013.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ a b SOCOM Public Affairs (2015). SOCOM Fact Book 2015 (PDF). SOCOM Public Affairs. [pautan putus]
  3. ^ Paul McCleary (21 May 2019) SOCOM Pivots Toward Great Power Competition Diarkibkan 25 May 2019 di Wayback Machine. reports SOCOM strength to be 70,000
  4. ^ "U.S. Soldier Dies in Raid to Free Prisoners of ISIS in Iraq". The New York Times. 22 October 2015. Diarkibkan daripada asal pada 24 October 2015. Dicapai 24 October 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ "USSOCOM Senior Enlisted Leader Biography". United States Special Operations Command. Diarkibkan daripada asal pada 25 July 2019. Dicapai 25 July 2019.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ "Biography of Admiral James L. Holloway III, US Navy (Ret.)". June 2006. Diarkibkan daripada asal pada 25 August 2009. Dicapai 21 March 2008.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  7. ^ Rother, Larry (6 December 1996). "With a Bang, Panama Is Erasing House of Horrors". The New York Times. 
  8. ^ Shanker, Thom (12 February 2004). "Regime Thought War Unlikely, Iraqis Tell U.S". The New York Times. 
  9. ^ "USSOCOM Posture Statement" (PDF). USSOCOM. 2007. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 27 February 2008. Dicapai 12 February 2008.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Web[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:US Special Operations Forces