Markas Pemerintahan Udara RAF

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Markas Pemerintahan Udara
Fail:RAF Air Command.png
Lambang Markas Udara
Ditubuhkan pada1 April 2007
NegaraUnited Kingdom
CawanganTentera Udara Diraja
MarkasPangkalan RAF High Wycombe
MotoFortis Ubique Volantis (Berani Terbang Dimana jua)

Markas Pemerintahan Udara atau Headquarters Air Command ialah satu-satunya Markas yang kini aktif dalam Tentera Udara Diraja. Ia telah dibentuk oleh penggabungan Markas Tempur dan Anggota dan Latihan pada 1 April 2007, dan berpusat di pangkalan udara RAF High Wycombe, Buckinghamshire.

Markas Udara (Air Command) diperintah oleh Ketua Turus Udara. Asalnya, ia dibawah perintah Ketua Marsyal Udara empat bintang, Panglima Tertinggi, Markas Udara, tetapi struktur ini telah ditamatkan kerana Levine Report 2011. Ketua Turus Udara kekal memerintah sendiri formasi ini, berbeza dengan Tentera Laut Diraja (yang menugaskan kepada Panglima Armada) atau Tentera Darat British (yang menugaskan kepada Panglima Medan Tentera Darat). Terdapat dua Timbalan Panglima berpangkat Marsyal Udara. Timbalan Panglima (Operasi) bertanggungjawab bagi Grup yang diwarisi dari Markas Tempur, No. 1 Grup dan No. 2 Grup; Timbalan Panglima (Anggota) bertanggungjawab bagi Grup yang diwarisi dari Markas Anggota dan Latihan, No. 22 Grup (Latihan).

Timbalan Panglima (Operasi)[sunting | sunting sumber]

Timbalan Panglima Tertinggi (Operasi) (TPT)

  • Marsyal Udara I W McNicoll CB CBE, 26 Februari 2007 – 13 April 2010 (dilantik sebagai TPT Markas Tempur)
  • Marsyal Udara R F Garwood CB CBE DFC, 14 April 2010 hingga Musim Bunga 2012

Timbalan Panglima (Operasi)

  • Marsyal Udara R F Garwood CB CBE DFC, Musim Bunga 2012 hingga April 2013
  • Marsyal Udara G J Bagwell CB CBE, 16 April 2013 hingga kini

Timbalan Panglima (Anggota)[sunting | sunting sumber]

Jawatan ini sekarang dipegang bersama jawatan Pegawai Udara Anggota.
Timbalan Panglima Tertinggi (Anggota)

  • Marsyal Udara S G G Dalton CB, 1 Mei 2007 – 31 Mac 2009
  • Marsyal Udara S Bryant CBE, 1 April 2009 – 17 Jun 2010
  • Marsyal Udara A D Pulford CBE, 1 September 2010 hingga Musim Bunga 2012

Timbalan Panglima (Anggota)

  • Marsyal Udara Sir A D Pulford KCB, CBE, Musim Bunga 2012 hingga 3 Mei 2013
  • Marsyal Udara B M North OBE, 3 Mei 2013 hingga kini

Mantan Panglima Tertinggi (jawatan dimansuhkan pada Musim Bunga 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Marsyal Udara Sir Clive Loader KCB OBE, 30 Mac 2007 – 2 April 2009 (dilantik sebagai PT Markas Tempur)
  • Ketua Marsyal Udara Sir Christopher Moran KCB OBE MVO, 3 April 2009 – 26 Mei 2010 (Mati semasa bertugas)
  • Ketua Marsyal Udara Sir Simon Bryant KCB CBE, 18 Jun 2010 hingga Mac 2012

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bahan berita[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Markas Tempur
Markas Udara
2007–
Diikuti oleh:
masih wujud
Didahului oleh
Markas Anggota dan Latihan