Markas Selatan Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Markas Pemerintahan Selatan Amerika Syarikat
Seal of the United States Southern Command.svg
Lambang Markas Selatan AS
Ditibuhkan pada1963 (1963)
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas medan bersepadu
Sebahagian daripadaUnited States Department of Defense Seal.svg Jabatan Pertahanan
IbupejabatDoral, Florida, A.S.
Nama samaran"USSOUTHCOM"
PertempuranOperasi Unified Response
Operasi Continuing Promise
Operasi New Horizons
Pencerobohan Panama
PenobatanRibbon Bar of the Order of Saint Charles (Colombia).svg Order of San Carlos[1]
Komander
Panglima MedanLaksamana Craig S. Faller, USN
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Michael T. Plehn, USAF
Kawasan Tanggungjawab SOUTHCOM dalam tulisan hijau

Markas Pemerintahan Selatan Amerika Syarikat (USSOUTHCOM), terletak di Doral, Florida di Miami Raya, adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Ia bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan kontingensi, operasi, dan kerjasama keselamatan bagi Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Caribbean (kecuali komanwel, wilayah, dan pemilikan AS), perairan wilayah mereka, dan bagi perlindungan daya sumber tentera A.S. di lokasi ini. USSOUTHCOM juga bertanggungjawab bagi memastikan perlindungan Terusan Panama dan kawasan sekitarnya. Seperti yang dijelaskan dibawah, USSOUTHCOM telah berada dibawah pengawasan kerana beberapa hak asasi manusia dan kontroversi kedaulatan undang-undang di mana ia telah terseret selama hampir satu dekad.

Dibawah kepimpinan Panglima empat bintang, USSOUTHCOM disusun menjadi sebuah ibupejabat dengan enam direktorat utama, markas komponen dan kumpulan tentera yang mewakili SOUTHCOM di rantau itu. Panglima terkini ialah Laksamana Craig S. Faller, USN.

USSOUTHCOM merupakan markas bersama[2] dengan lebih daripada 1,201 anggota tentera dan awam yang mewakili Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, Kor Marin, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, dan beberapa agensi federal yang lain. Orang awam yang bekerja di USSOUTHCOM adalah, sebahagian besarnya, pekerja awam Tentera Darat, kerana Tentera Darat adalah Ejen Bantuan Markas Medan USSOUTHCOM. Perkhidmatan menyediakan USSOUTHCOM dengan markas komponen yang, berserta dengan komponen Operasi Khas Bersama, dua Pasukan Petugas Bersama, satu Pasukan Petugas Antaraagensi Bersama, dan Pejabat Kerjasama Keselamatan, melaksanakan misi USSOUTHCOM dan aktiviti kerjasama keselamatan. USSOUTHCOM melaksanakan autoritinya menerusi para komander komponen, Pasukan Petugas Bersama/Pasukan Petugas Antaraagensi Bersama, dan Organisasi Kerjasama Keselamatan.

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Markas Selatan AS telah diaktifkan pada tahun 1963 dan muncul dari tahun1947 membentuk Markas Caribbean AS. Panglima terakhir Markas Caribbean AS dari Januari 1961 hingga Jun 1963 dan Panglima pertama Markas Selatan AS sejak bulan Jun 1963 ialah Leftenan Jeneral–kemudian Jeneral–Andrew P. O'Meara.[3]

No. Panglima Ambil jawatan Lepas jawatan Tempoh masa Cabang tentera
1 LtJen Willis D. Crittenberger
November 1947 Jun 1948 7 bulan USA
2 LtJen Matthew Ridgway
Jun 1948 Oktober 1949 1 tahun, 4 bulan USA
3 LtJen William H. H. Morris Jr.
Oktober 1949 April 1952 2 tahun, 6 bulan USA
4 LtJen Horace L. McBride
April 1952 Jun 1954 2 tahun, 2 bulan USA
5 LtJen William K. Harrison Jr.
Jun 1954 Januari 1957 2 tahun, 7 bulan USA
6 LtJen Robert M. Montague
Januari 1957 Februari 1958 1 tahun, 1 bulan USA
7 LtJen Ridgely Gaither
Februari 1958 Julai 1960 2 tahun, 3 bulan USA
8 LtJen Robert F. Sink
Julai 1960 Januari 1961 6 bulan USA
9 Jeneral Andrew P. O'Meara
Januari 1961 Februari 1965 4 tahun, 1 bulan USA
10 Jeneral Robert W. Porter Jr.
Februari 1965 Februari 1969 4 tahun USA
11 Jeneral George R. Mather
Februari 1969 September 1971 2 tahun, 7 bulan USA
12 Jeneral George V. Underwood Jr.
September 1971 Januari 1973 1 tahun, 4 bulan USA
13 Jeneral William B. Rosson
Januari 1973 Julai 1975 2 tahun, 6 bulan USA
14 LtJen Dennis P. McAuliffe
Julai 1975 September 1979 4 tahun, 2 bulan USA
15 LtJen Wallace H. Nutting
Oktober 1979 Mei 1983 3 tahun, 7 bulan USA
16 Jeneral Paul F. Gorman
Mei 1984 Mac 1985 1 tahun, 10 bulan USA
17 Jeneral John R. Galvin
Mac 1985 Jun 1987 2 tahun, 3 bulan USA
18 Jeneral Frederick F. Woerner Jr.
Jun 1987 Julai 1989 2 tahun 1 bulan USA
19 Jeneral Maxwell R. Thurman September 1989 November 1990 1 tahun, 4 bulan USA
20 Jeneral George A. Joulwan November 1990 November 1993 3 tahun USA
- MejJen W. A. Worthington
Pemangku
Disember 1993 Januari 1994 1 bulan USA
21 Jeneral Barry McCaffrey Februari 1994 Februari 1996 2 tahun USA
- LaksMuda James Perkins
Pemangku
Mac 1996 Jun 1996 3 bulan USN
22 Jeneral Wesley Clark Julai 1996 Julai 1998 1 tahun USA
23 Jeneral Charles E. Wilhelm 25 September 1997 8 September 2000 2 tahun, 11 bulan USMC
24 Jeneral Peter Pace 8 September 2000 30 September 2001 1 tahun USMC
- MejJen Gary D. Speer
Pemangku
30 September 2001 18 Ogos 2002 10 bulan USA
25 Jeneral James T. Hill 18 Ogos 2002 9 November 2004 2 tahun, 2 bulan USA
26 Jeneral Bantz J. Craddock 9 November 2004 19 Oktober 2006 1 tahun, 11 bulan USA
27 Laksamana James G. Stavridis 19 Oktober 2006 25 Jun 2009 2 tahun, 8 bulan USN
28 Jeneral Douglas M. Fraser 25 Jun 2009 19 November 2012 3 tahun, 4 bulan USAF
29 Jeneral John F. Kelley 19 November 2012 14 Januari 2016 3 tahun, 1 bulan USMC
30 Laksamana Kurt W. Tidd 14 Januari 2016 26 November 2018 2 tahun, 10 bulan USN
31 Laksamana Craig S. Faller 26 November 2018 Penjawat kini 10 bulan USN

Para Panglima Markas Selatan A.S. mengikut cabang tentera[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Darat: 18
  • Tentera Laut: 4
  • Kor Marin: 3
  • Tentera Udara: 1
  • Pengawal Pantai: tiada

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Colombian President Visits, Thanks Southcom for its Support, DoD, dated 2018, last accessed 25 April 2018
  2. ^ See TITLE 10 > Subtitle A > PART I > CHAPTER 6 > § 164 for assignment, powers and duties.
  3. ^ "A Half-Century of Service SOUTHCOM" (PDF). USSOUTHCOM. 2013. Dicapai 12 November 2017. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Conn, Stetson; Engelman, Rose C.; Fairchild, Byron (2000) [1964], Guarding the United States and its Outposts, United States Army in World War II, Washington, D.C.: Center of Military History, United States Army 
  • Vasquez, Cesar A. "A History of the United States Caribbean Defense Command (1941-1947)." Florida International University, doctoral thesis (2016).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]