Marlleynney Fane Paul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Marlleynney Fane JL. Paul atau Mar (lahir 17 Ogos 1987) adalah seorang penyanyi yang berasal dari bandar Kota Kinabalu, Sabah. Beliau lahir daripada program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada tahun 2012 dimana beliau muncul sebagai naib juara di dalam program realiti TV tersebut.[1]

Marlleynney Paul
Kelahiran
Marlleynney Fane JL. Paul

(1987-08-17) 17 Ogos 1987 (umur 36)
WarganegaraMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2012-kini
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • Jazz
  • R&B
  • Gospel
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Uchop

Biografi[sunting | sunting sumber]

Mar dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Ogos 1987. Beliau berasal dari Kudat namun kini beliau menetap di Tamparuli, Sabah. Mar mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau sering menjadi pemazmur di Gereja St. Philip, Tamparuli. Kemudian beliau berkolaborasi dengan artis-artis tempatan Sabah seperti Jonathan Tse, S. Welly, Bernard Laimen dan ramai lagi. Beliau kemudian mencuba nasib dengan mengikuti ujibakat Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diadakan di Sabah dan beliau berjaya terpilih diantara 11 orang peserta daripada 16 orang yang menghadapi peringkat saringan program tersebut.[2] Biarpun beliau kerap berada di kedudukan terbawah setiap minggu namun rezeki lebih menyebelahinya apabila beliau berjaya mara ke konsert akhir Vokal musim kedua.[3] Meskipun tewas kepada Uchop selaku juara namun beliau berasa berbangga kerana dapat mara dan berjaya berada di peringkat akhir program realiti tersebut walaupun terpaksa berkorban masa dengan tidak merayakan perayaan Krismas bersama ahli keluarga berikutan ketika itu kesemua ahli keluarganya jauh di Sabah.[4]

Vokal Bukan Sekadar Rupa 2[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu Ranking
Minggu 2 "I Wanna Dance With Somebody" (Whitney Houston) -
Minggu 5 "Sebelah Jiwaku" (Jaclyn Victor) 2nd
Minggu 7 "You Know I'm No Good" (Amy Winehouse) 2nd
Separuh Akhir "Karena Ku Sanggup" (Agnes Monica) 2nd
Minggu Akhir "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah) + "Semua Isi Hatimu"(3 Suara)
"Maafkanlah Cinta"
Komposer: Ajai
Lirik: Ajai
"Bujang Senang" (Wings)
Naib Juara

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album kolaborasi[sunting | sunting sumber]

  • Mana-Mana Saja (bersama Jonathan Tse)
  • Syiokkk Juga Dingar (bersama Aznor Jipin)
  • Songulun Koupusan Ku (bersama Bernard Laimen)
  • Igitai Oku (bersama Larry Boyy)
  • Cinta Kita (bersama S. Welly)
  • Sumandak KB (bersama S. Welly)
  • Suara Hati (bersama Gideon Hilarious)
  • Pangkaraanku Dirun (bersama Keydeet Jake)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Akhir Saat Ini"
  • "Maafkanlah Cinta"
  • "Lupakan Aku"
  • "Cinta Bukan Untukmu"
  • "Di Ingati" (lagu tema tribute Gempa Bumi Sabah)
  • "Ginavo Di Pinohobo Nu"
  • "Nunuk Ragang"
  • "Mana-Mana Saja"
  • "Hino Ko Po"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Peranan Saluran
2012 Vokal (Musim 2) Peserta TV3

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Televisyen Show

Tahun Acara Kategori Keputusan
2012 Vokal (Musim 2) Naib Juara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azlina Abdullah (27 Disember 2012). [1] mStar. Dicapai pada 27 Disember 2012.
  2. ^ Budiey (Admin) (4 November 2012). [2] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 November 2012.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (20 Disember 2012).[3] mStar. Dicapai pada 20 Disember 2012.
  4. ^ SS (22 Disember 2012). [4] Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2012.